Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Saturday, January 28, 2012

Fried Spiral Pasta Cabonara With Asparagus...

Assalamualaikum...

Selamat hari sabtu dan berhujung minggu untuk semua, hari ini saya tak kemana2 seharian di rumah jadi dapatlah menjalankan aktiviti masak2 di dapur.  Sebenarnya hari ini merupakan ulangtahun perkahwinan kakak saya Hjh Siti Rashidah dan suaminya jadi kakak saya yang dipanggil Aiti oleh semua anak2 buah saya buat makan2 sikit di rumah petang tadi.  Saya dapat tugasan khas untuk mengoreng Pasta Spiral Cabonara yang saya gandingkan dengan Asparagus, Cendawan Tiram dan juga hirisan ayam sebagai perencah.  Oleh kerana sos canabora yang digunakan berasa lemak dan tidak pedas sesuailah untuk anak2 yang tak boleh makan pedas.

Di samping mengoreng Pasta Cabonara saya ada juga buat tahu tulip dan juga caramel custard yang nie atas permintaan anak buah saya Aishah.. anak2 buah saya semuanya memang suka makan caramel custard nie..macam tak jemu pulak mereka dengan makanan manis.  Disamping itu akak saya Aiti bawak ayam goreng, wantan goreng (yang nie x sedap) kalau saya buat mesti lagi sedap..hehe perasan la pulak saya, ada juga kentang putar dengan brown sauce (sedap) nanti saya sharekan resepinya kalau ingat, coleslaw dan juga fish ball yang digoreng dicucuk pada lidi dengan timun, adik saya bedah pulak masak Makaroni goreng pedas, yang ini untuk orang dewasa sebab pasta cabonara tu tak pedas, dan pisang goreng togel dengan butter yang dimakan dengan susu cair. Macam2 betul makanan yang ada makan sedikit sahaja dah terasa kenyangnya.

Ok lah asik bercerita tentang makanan ajer mesti anda semua boring nanti, jom kita semak resepi Pasta Cabonara Goreng yang mudah ini nama dia xtau nak letak apa jadi saya letak jer nama omputih dia...hehe...


Fried Spiral Pasta Carbonara With Asparagus

Bahan-bahan:
400 gram Pasta Spiral - direbus hingga masak dan toskan airnya
1 tin sosCabonara
semangkuk dada ayam - dihiris
1 cawan asparagus - dihiris 1 inci
1 cawan cendawan butang - di hiris (saya gantikan cendawan tiram)
12 ulas bawang merah - dihiris
6 ulas bawang putih - dihiris
1/2 camca teh serbuk lada putih
secukup garam
1 1/2 cawan air
Sedikit minyak untuk menumis

Cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang  merah dan bawang putih yang dihiris hingga layu dan berbau harum, bila agak keperangan masukkan ayam balik2kan. Masukkan air,
2. Biarkan sehingga  ayam agak empuk dan kuah mendidih. Masukkan pula asparagus dan cendawan, gorengkan sebentar dan masukkan pula garam dan serbuk lada sulah serta pasta.
3. Gorengkan sehingga pasta dan kuah sebati, ia akan jadi kering sedikit tapi tak mengapa sebab memang buat pasta goreng bukan jenis yang berkuah.
4. Rasakan kesesuaian rasa dan padamkan api.  Hidangkan.
Antara hidangan yang disediakan

yang nie utk budak2 kenit

sedap kentang putar nie macam kat mcdonald punya..

coleslaw buat sendiri mmg lg lemak berkrim..hehe

Pisang Goreng Togel gan Butter makan gan susu cair sedap..
dah kebawah lak pic yg nie..

No comments:

Post a Comment