Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Saturday, January 28, 2012

Stuff Tofu@Tahu Tulip@Tahu Teratai@Tahu Bersumbat Goreng...semua sama daa.....

Assalamualaikum...

Selamat malam semua, malam minggu nie mungkin ada yang berjalan tengok wayang atau ke pusat membeli belahkan.  Saya jarang2 berjalan di sebelah malam selalu kalau nak ke mana2 sebelah siang ajer tu pun ikut mood juga kalau rajin.  Sama lah jugak macam menulis diblog nie kalau rajin tulis kalau tak rajin..buat donno jer..hehehe boleh eks macam tu..sebelum saya terus merapu baek lah saya menulis resepi yang penah juga saya masukkan sebelumnya kira ulang tayanglah tapi yang kali ini saya buat tadi siang..biasalah sesuatu makanan yang kita atau warga umah kita suka jadi berulang la buat yang pentingnya sedap dianak tekak kita kan so tak kisahlah berapa kali nak buat....

Jom kita tengok resepi di bawah:



Stuff Tofu @ Tahu Tulip

Bahan-Bahan:
40 keping tahu pok - di belah atas cross (silang) guna gunting dan korek isinya serta terbalikkan
(isinya disimpan untuk campur dengan inti)
Bahan untun Inti:
5 keping tahu lembut - dilecek
semangkuk isi udang - didadu
2 biji bawang besar di dadu halus
5 ulas bawang putih - dicincang/tumbuk
1 camca teh minyak bijan
1 camca teh serbuk lada putih
sedikit garam
2 pokok daun bawang dan sup - dihiris halus
sedikit minyak untuk menumis rencah sahaja.

Cara:

1. Sediakan inti dengan cara panaskan 2 sudu makan minyak masak tumiskan bawang dadu dan bawang putih sehingga wangi dan layu, masukkan isi udang yang dicincang, lada sulah, minyak bijan dan sedikit garam, tak perlu masukkan air. Balik2kan rendah sehingga udang masak dan terus padamkan api.
2. Tahu lembik yang dilecek boleh ditapiskan dengan penapis santan atau bakul penapis sehingga air lebihan tahu habis (sebab tahu lembik banyak air dan perlu di buang airnya)
3. Dalam mangkuk adunkan tahu yang dilecek bersama bahan rencah yang di tumis tadi dengan daun bawang/sup yang dihiris halus,dan isi tahu pok yang dikorek tadi jangan lupa masukkan.  Letakkan sedikit sahaja garam, takut masin. gaul rata.
4. Ambil sebiji tahu yang telah siap diterbalikkan isikan dengan inti dan padatkan sedikit buat sehingga habis.
5. Gorengkan tahu dalam minyak sederhana panas sehingga keperangan dan agak garing, angkat dan tos diatas paper towel. Hidangkan panas bersama sos pilihan anda.
Tahu Tulip ini juga boleh dikukus jika tak mahu digoreng.  Kukuskan selama 10-15 minit.
Selamat mencuba.
Ini lah rupa tahu pok

Tahu yang siap di korek isi dan terbalikkan

nie yang dah siap digoreng..

No comments:

Post a Comment