Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Monday, January 16, 2012

Peria Goreng Garing..

Assalamualaikum..

Selamat hari Isnin untuk semua, hari ini cuaca di Johor Bahru sangat panas dan terasa bahangnya.  Saya tadi pun rasa letih sangat masa balik dari opis tadi dengan kerja2 yang agak banyak,  bila cuaca macam nie semua orang mengeluh kepanasan.  Tapi tak mengapalah ada kalanya kita dapat hujan yang lebat dan sesekali cuaca menjadi panas macam ni..yang pentingnya kita perlu minum air masak yang secukupnya untuk mengelakkan dehydrate atau badan kita kekurangan air.

Bila cuaca macam nie tu yang terasa nak berendam lama2 emmm tp bukannya ada kolam renang di rumah bathtub pun xder cuma mandi bawah shower ajer...cewahhhh berangan pulak saya nie...stop frm your day dreaming miss j..hehe kekadang ber angan2 nie seronok jugak kan..

ok lah saya nak masukkan satu entry masakan yang sangat simple pada hari ini iaitu Peria Goreng Garing. Sebenarnya semasa di sekolah tadi saya dan kawan saya pembantu pengurusan murid sekolah saya Ina ke kebun sains cikgu solahudin yang ada tanaman  peria dan bendi yang sedang melebat banyak juga tapi tak diambil oleh sesiapa jadi masa ina kata ada peria kat kebun saya pun teruslah memanjat tangga di blok belakang sekolah dan mulakan operasi memetik peria ada lah dalam 8 biji rasanya tapi sizenya agak sederha tak berapa besar macam yang dijual di pasar. Sayur bendi pulak banyak yang dah tua jadi saya ambillah yang agak2 boleh dimakan.  Memandangkan dah ada peria teringat pulak anak buah saya Ain yang suka makan peria goreng garing nie..so jadilah untuk makan petang tadi walaupun agak sedikit pahit..biasalah kan peria mesti terasa pahitnya (bagus utk kesihatan makan benda2 yang pahit nie) tapi sedap kerana garing dan berbau harum daun kari yang saya lurutkan semasa mengoreng tadi..Jom kita semak resepi rengkas di bawah:


Peria Goreng Garing

Bahan-Bahannya:

2 batang peria yang sederhana - dibelah dua hiris sederhana nipis, letakkan sedikit garam pada peria diramas sedikit dan di cuci serta toskan.
Bahan untuk bancuhan tepung:
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 sudu makan rempah kari
sedikit garam
air lebih kurang 1/2 cawan - adunan jangan terlalu cair
2 tangkai daun kari
minyak untuk mengoreng

Cara:
1. Bancuhkan tepung gandum bersama tepung beras, serbuk kari dan garam bersama air, bancuh hingga rata dan tidak bergentel.
2. Panaskan minyak dalam kuali, peria yang telah di tos tadi masukkan ke dalam bancuhan tepung dan celup seperti kita nak goreng pisang.  Goreng dengan api yang sederhana bila dah setengah garing lurutkan daun kari kedalam minyak, balik-balikkan sehingga peria garing dan warna kuning keemasan.
3.  Angkat dan toskan, letakkan di atas paper towel.  Hidangkan peria goreng bersama sos cili atau makan begitu sahaja.

No comments:

Post a Comment