Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Sunday, December 13, 2015

Resepi Warisan - Botok-Botok Ikan Tenggiri..

Assalamualaikum..rasanya lama sangat saya tak mengupdate di blog ZLC dah setengah bulan Disember baru hari ini saya nak menjengah ke sini..huhu sebenarnya banyak kerja dan kesihatan tak berapa mengizinkan semenjak dua menjak ni.  Hari ini saya nak kongsikan satu resepi warisan yang popular di Negeri Johor sebab di tempat lain di Malaysia nie tak der kot masakan botok2 yang di buat menggunakan pelbagai jenis daun yang boleh dimakan yang mengandungi khasiat herba yang sangat tinggi disamping bahan pelengkapnya ikan dan juga rempah yang di adun khas.

Botok-botok yang di buat sejak zaman nenek moyang kita dulu-dulu sebenarnya di ambil nama kerana penggunaan ikan yang kurang segar menurut cerita arwah ibu saya sebab ikan-ikan  yang digunakan tidak berapa segar atau molek jadi masakan ini di namakan busuk-busuk tapi di sebut dengan sebutan botok-botok..mungkin kot saya pun kurang arif tentang perkara ini. Tapi pada masa ini tidak ramai yang berminat untuk membuat masakan warisan lama ini kerana penyediaannya yang agak cerewet.  Menurut arwah  mak dulu kalau nak buat selengkapnya perlu cari daun2 yang boleh di makan sebanyak 25 jenis. Di sediakan sehari sebelum proses untuk membuat botok-botok sebab daun-daun yang banyak perlu di bersihkan dengan sangat teliti, di buang segala kotoran, potongkan bahagian urat-urat daun yang keras dan basuh satu persatu sehingga bersih menggunakan air garam untuk membuang kotoran dan toskan terlebih dahulu, Setelah siap daun-daun yang hendak di gunakan perlu sediakan rempah dan juga ikan.

Pada masa sekarang ini selalunya ikan tenggiri digunakan atau kalau yang di jual di pasar tani atau di kedai makan ada juga yang menggunakan ikan kembung.  Lazimnya botok2 ini di masak secara kukus dan di balut dengan daun pisang..resepi botok-botok yang ingin saya kongsikan hari ini merupakan resepi yang diwarisi dari arwah ibu saya yang dipelajari dari nenek.... ok dah panjang bercerita ini jom kita tengok bahan2 dan pembuatan botok seperti di bawah ini..yang di buat pada jumaat lepas oleh kakak-kakak saya dan di bantu oleh saya..tolong ikat dan tolong makan aje..hihihi..

ni botok2 yang dah masak tengok santan yang melekat2 putih tu sedap tau..

Resepi Botok-Botok Ikan Tenggiri
  
Utk daun2 boleh guna beranika daun yg boleh di mkn spt berikut dan juga jenis2 lain jika ada,

1. Daun mengkudu
2. Daun bebuas
3. Pucuk betik
4. Pucuk ubi
5. Daun keledek
6. Daun Labu
7. Daun semangkuk
8. Daun pucuk teh
9. Daun kaduk
10. Daun kunyit
11. Daun kesum
12. Daun selasih
13. Daun puding
14. Pucuk2;daun muda yg sesuai di buat ulam lain pun boleh.
Basuh semua daun hingga bersih buang segala kotoran dulu klau ada bhagian urat daun yg keras kena buang guna pisau spt daun mengkudu
Resepi rempah botok2
Bahan-Bahan:2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
3 batang bserai
Seinci lengkuas
Rempah kari ikan - 5-6 sudu besar (sudu makan penuh2)
3 sudu makan kerisik
Air asam secukupnya - bancuhan rempah botok2 tidak terlalu cair ya biar pekat sedikit..kalau cair nanti rempahnya meleleh.
Cara:
1. Blender semua bahan di atas hingga halus.  Campurkan dengan 5 atau 6;sudu besar rempah kari ikan. Gaulkan dengan air asam jawa agak2 ya jangan sampai masam sangat, garam dan gula biar cukup rasa balance sebab nak masuk dlm daun..dan ikan. Rempah yg di adun nak lagi sedap kena campur kerisik lbih kurang 3 sudu mkn..gaul rata.
2.  Persiapan daun kena teliti satu persatu basuh dengan air dan letak juga garam masa membasuh..itu buang kotoran. Bila dah bsuh bersih bilas 3 kli tos kan dulu. Smua jenis daun kena buat mcm tu.
3.  Utk bungkus klau nak rebus dengan santan kena pandai susun di tapak tangan silangkan daun mengkudu yg besar utk base dia kmudian boleh diletakan serba sedikit daun 2 yg ada mulakan dgn daub betik daun ubi daun semangkuk baru letak daun yg bersaiz kecil.
4.  Utk letak rempah daun2:yg beraroma wangi seperti daun kunyit kesum selasih dihiris rampai halus. Letakkan daun hiris halus sdikit kmudian ambil rempah nak sedap letak lbih rempah yg di adun tadi letak sekeping ikan tenggiri dan tutupkan ikan rempah semula. Ambil daun2 yg size agak kcil dan last tutup atau bungkus bhan atau daun yg kita susun tadi. Kemas2 baru ikat dengan tali rafia anggaran 2 kaki sbb perlu ikat bersilang supaya tidak terburai masa merebus.
5.  Buat sehingga selesai berapa yg kita nk then masuk dlm periuk sesuai..bancuh kan santan pekat degan air secukupnya sama balance letak garam dlm santan ya. Curah kan pada bungkusan botok2 td rebuskan lbih kurang 2 jam. Bila dah masak santan dia agak bergentil pekat dan sedap sbb lemak n mkan gan daun2 tu mmg sedap.
Note: saya tak beri anggaran tepat kerana bergantung pada banyaknya yang hendak kita buat. Kalau suka makan botok banyak daun2 kena lebih kan daun2nya. begitu juga rempah kalau nak banyak kena lebihkan. Santan untuk meruebus pun ikut anggaran botok2 yang kita buat banyak mana ok.
Cubalah memang sedap. kalau dah pernah cuba mesti nak lagi.
ni pulak yang di buka nampak rempah2 dan ikan dia tu kan..

daun-daun yang dah di basuh bersih di toskan dan susun ikut jenis2 dia

rempah botok2 yang siap di bancuh dan ikan tenggiri

ini yang di nak dibungkus susun dulu daun2  lepas tu letak rempah dan ikan pastu bungkus

dan ikat dengan tali rafia..jadi bentuk parcel seperti di atas

dah siap bungkus semua kita rebus dengan santan yang dicampur air sikit dan garam sikit.








1 comment: