Ok sekali lagi kita bertemu dalam episode 2 jalan2 ke Bandung dan pada kali ini saya ingin sambungkan cerita mengenai perjalanan saya di Bandung..pada hari ke 3 iaitu pada hari Jumaat 25hb Mei acara kami bermula seawal 9 pagi setelah breakfast di coffee house hotel kami menaiki kenderaan terus menuju ke Pasar Baru yang terletak di Bandung town. perjalanan kesana rasanya lebih kurang40 minit sahaja kot dan disana kami diberi masa selama 2 jam untuk membeli belah di shopping komplek 8 tingkat...memang x cukup masa dan apa yang dapat ajer kami grab...tu pun ada yang rasa nyesal bila dah balik sebab x membeli barang2 yang bukan sahaja cantik2 tetapi juga sangat2 murah..lain kali saya mesti kesini lagi...sebab asyik teringat2kan kain2 lace dan sulaman yang sangat cantik...huhu. Sebenarnya pada hari kedua balik dari acara makan2 di Kampung Daun kami juga dibawa singgah di Pasar Baru tapi hanya untuk sejam untuk meninjau2 dahulu tempatnya. Nasib saya agak baik dalam tempoh sejam tu saya dan akak saya che nie dapat juga membeli buah tangan seperti telekung dan kain batik..jadinya kami dah tahu tempat yang dituju dan tambah apa2 yang hendak dibeli.
Semasa di Pasar Baru kami di nasihatkan untuk tidak ke Lantai Dasar 1 dan 2 atas sebab2 keselamatan maklumlah ditempat orang kena la ikut arahan dan sentiasa berwaspada tapi dalam pada tu sampai gak saya di kawasan luar komplek pasar baru ini sebabnya nak cari kacang bandung yang sangat garing dan enak..almaklum oleh kerana saya suka akan rasa kacang ini dan nak jadikan oleh2 untuk anak2 buah saya merasa beli 2 kg dan masa di hotel ada kawan pada ketua rombongan kami Kak May@Datin Sharifah iaitu ibu Nani ada bawak saya pun beli lagi sekilo kacang bandung berserta sekilo pisang salai yg ditipiskan dan digoreng bertepung walaupun kita tak pernah jumpa pisang salai sebegini di tempat kita tapi rasanya sedappp..
Selesai bershopping2 di Pasar baru kami dibawa ke tempat makan masakan padang sekali lagi tapi kali ini namanya Restoran Simpang Jaya..pada saya di tempat malam pertama kami makan lebih enak makanannya iaitu di Sederhana..anyway makan ajer lah apa yang ada asalkan perut kenyang kan..hehe.. selesai acara makan2 kami di bawa pula ke gedung jualan jeans ori iaitu di Toko 3..disini saya tak turun hanya duduk dalam van sebab xberhajat nak beli seluar jeans..opsss sebenarnya mana ada size utk saya kan..tp xkisah la..rehat ajer lah sebentar sambil cuci2 mata melihat orang ramai yang lalu lalang dan kenderaan yang terus bertali arus. Balik dari Toko 3 kami di bawa ke Rumah Mode sebuah gedung yang menjual beranika pakaian untuk kanak2 hingga dewasa disini saya cuma belikan untuk anak buah saya yang cilik aina n sara sorang sehelai T-Shirt Angry Bird sebab anak buah saya aina memang suka sangat dengan apa2 juga yang ada angry bird..suka hati aina lah kan..tu pun 80.000 satu bunyinyer mak aiiii ribu seram seh...hehehe. Sebenarnya lupa nak cerita di episode pertama pada hari kedua iaitu malamnya kami ada dibawa ke satu tempat beli belah yang moden jugak menjual pakai2 rangy sesuai2 bagi remaja2 tempat ini iaitu di Bali Heaven. Pakaian yang dijual kebanyakan berjenama dan harganya berpatutan tapi saya tak tahu sama ada ianya original atau tidak. pada hari yang sama kami juga telah dibawa ke sebuah lagi gedung pakaian factory outlet namanya saya tak berapa cam lah tapi dengar macam Brandedshop...sebuah lagi gedung pakaian yang sesuai untuk anak2 dan remaja..
Pada malamnya pula kami telah dibawa ke restoran sunda@jawa Sineng Reret, disini tempatnya saya suka memang cantik dengan interior yang berkonsepkan jawa ukiran2 kayu dan cantik lah tempat ini selain makanan yang enak2. Sebenarnya makam malam kami di sini di sponsor oleh Ibu Nani bersama rakan2nya iaitu Ibu Yuni, ada 2 orang lagi sahabat ibu Nani dan suami ibu Nani juga ada. Ibu Nani seorang mantan pensyarah Universitas di Bandung merupakan kenalan pada kak May bila beliau membawa pelancong2 ke Bandung pasti akan berjumpa dengan ibu2 yang sangat baik hati malah anggun dan awet muda walaupun menginjak ke umur lebih separuh abad..ok udah penat menulis dan berceloteh kita layan gambar ajer yok...
No comments:
Post a Comment