Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Tuesday, May 29, 2012

Yee Mee Hailam...

Assalamualaikum...


Selamat petang semua hari ini saya nk kongsikan resepi tertunggak lama dah buatnya semasa di rumah kakak saya Che Ni semasa saya dan adik saya bedah ikut Along dan kak Zam ke Bukit Kepong, agak2 dah lebih dari 2 bulan kot tp xperlah saya tuliskan juga resepinya yang agak ringkas dan mudah dan bagi sesiapa yang suka makan mee hailam boleh lah mencuba mee ini..

Jom kita terus semak resepi dan bahan2 yang diperlukan seperti berikut:


Yee Mee Hailam

Bahan-Bahan:

1 Bungkung Yee Mee kering (dlm pek ada 5-6 keping)
200 gm isi ayam - dihiris nipis
200 gm bebola daging - dihiris dua atau nipis
2 keping fish cake - dihiris nipis
(kalau suka boleh tambah udang dan sotong - xder stok xletak pun)
2 pohon sawi - dipotong2
1 batang karet - dihiris serong
1 mangkuk kecil - kobis bunga yang dipotong bunga
3 biji tomato segar - di potong baji
10 ulas bawang merah ditumbuk kasar
4 ulas bawang putih ditumbuk- cincang
1 - 2 kiub pati ayam knorr
air secukupnya anggaran 5-5  cawan (ikut banyak kuah yang kita nak)
1/2 cawan kicap - jika suka hitam kuahnya tambahkan lagi
4 sudu makam sos tiram
2 sudu makan tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air sebagai pemekat
1/2-1 sudu makan serbuk lada hitam kalau xnak pedas kurangkan
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
Untuk tabur di atas mee
sedikit bawang goreng 
cili padi hijau- dihiris dan rendam dalam sedikit air panas campurkan dengan sedikit gula, garam dan cuka

 Cara:
1. Mula2 rendam sebentar yee mee dalam 10-15 minit, kemudian celur dalam air panas mendidih bila nampak agak lembut terus padamkan api dan toskan.
2. Untuk membuat Kuah Mee Hailam, panaskan sedikit  minyak dalam kuali atau periuk, tumiskan bawang merah dan bawang putih yang ditumuk atau diblend halus tadi, tumiskan sehigga berbau harum lepas itu masukkah pula rencah ayam hiris balik2kan sebentar dan masukkan air.
3. Masukkan sekali fishcake dan bebola daging yang dihiris, diikuti dengan kicap, sos tiram, kiub ayam lada sulah serbuk dan masak sehingga kuah mendidih. Masukkan pula karet dan batang sawi yang telah dipotong.
4. Masak sehingga bahan2 sayuran keras agak empuk baru masukkan kubis bunga dan sayur sawi, masukkan sekali tepung jagung yang telah dibancuh rasa kuah sama ada perlu ditambah sedikit garam atau tidak sebab dah gunakan kicap dan sos tiram dan juga kiub ayam kalau dah berasa masinnya tak perlu letak garam, kacau hingga kuah mendidih dan agak memekat. sebelum tutup api masukkan tomato yang dipotong baji.
5. Hidangkan Yee Mee yang telah dicelur tadi bersama kuahnya dan bila hendak makan taburkan sedikit bawang goreng dan makan bersama cili jeruk...sedappp cuba lah...


No comments:

Post a Comment