Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Wednesday, September 4, 2013

Berkumpul di Bukit Kepong...

Assalamualaikum...

Salam hari rabu penghujung Syawal buat semua kawan2 dan pengunjung dunia alam maya ZLC semua yang saya sayangi..Apakabar semuanya semoga sentiasa sihat dan dibawah lindungan Allah selalu hendaknya.. Dah berada di penghujung syawal nampaknya sebab esok hari terakhir syawal tapi masih ramai lagi di antara sahabat2 kita yang mengadakan rumah terbuka untuk meraikan syawal bersama teman2 dan saudara mara. 
Marhaban...

Cerita pasal rumah terbuka nie saya dan adik beradik serta sepupu kami telah berpakat untuk berkumpul di rumah kakak saya Che Ni di Felcra Bukit Kepong pada weekend lepas iaitu hari sabtu dan ahad, tu pun x semua yang dapat hadir..tapi tetap meriah sebab dapat berkumpul beramai2 dengan adik kakak abang n anak2 buah semua.  Alhamdulillah sempena raya yang dah nak penghujung berkumpul di rumah salah seorang ahli keluarga diharap dapat dijadikan
sempat bergambar sebelum balik..
acara tahunan sambil mengeratkan siratulrahim dapat beramah mesra almaklum semuanya sibuk dengan tugasan masing2 kalau  x ada acara perjumpaan begini memang payah nak berkumpul ramai2.
Apple pie...kak ly bawak frm kl..gan meringue choc custart sdapp

sebahagian dari hidangan ketupat n laksa johor..
Memandangkan masih lagi dalam bulan raya so akak saya Che Ni n suaminya Che Mat menyediakan juadah2 raya yang marbelesssss ada ketupat segera, rendang daging, ayam masak merah, lodeh, serunding yang ohsemmm sedapppnya, sambal kacang, kuih muih raya, minuman yang beranika, cocktail puding, buahan dari pokok depan umah..dan ada laksa johor yang bestttt gak yang ini SIL saya yg buat bawa dari JB.. Oh lupa ada satu lagi pelengkap untuk makan dengan ketupat iaitu Sambal Goreng Udang Kering - yang nie sangat special n sedap sebab nak buat dia sangat rumit nk kena kupas pastu goreng bawang merah yang kecik2 tu sampai 3kg....di taja oleh kak z n acheh..pehhh penaja jer tau tukang masaknya tetap Chef Bedah adik saya..x kisahlahkan..kalau arwah Mak ada setiap kali hari raya pasti di buat Sambal Goreng Udang Kering macam nie..inshaAllah kalau saya ada buat lagi boleh kongsikan resepinya dengan kawan2.
meringues with choc custard pie (hentam aje nama dia)..sedapppp.
nie..dlm pinggan saper ekk..che mat kot..
sotong n udang pan grill gan sambal spesel cik leman..
siap ko caru, lepas buang jaket yg gelap tu terus cicah air asam..sodap

Acara2 makan pada hari pertama di Bkt Kepong bermula seawal pagi macam raya la jugak semua orang pakai baju raya..saya jer tak..hehehe. sebenarnya saya, n anak2 buah, sayed n ikin ikut along saya n kak zam lebih awal iaitu petang Jumaat ke bukit Kepong tu..Oleh kerana kami dah merancang nak makan2 raya kat sana so masa malam minggu tu ada acara makan2 BBQ pulak tapi cuma bakar ikan, ikan caru ada, selar ada, siakap, belanak, sotong n udang pun ada..so bila dah ada ikan bakar ada
iqin dgn gaya junior chef..hehehe
pencicahnya sambal air asam gan sambal kicap cili api...memang best menikmati suasana malam di kampung sambil makan beramai2..InshaAllah ada rezeki boleh berkumpul beramai2 lagi seperti ini...Pada keesokkannya sebelum bertolak balik ke destinasi masing2 kami juga sempat bertahlil dan marhaban, Alhamdulillah selepas majlis tahlil dan bersarapan kenangan indah 2 hari 2 malam di Bkt Kepong akan tetap diingati..cewahh mcm bercuti2 Malaysia ajerkan 2hr 2 mlm hehehe.
manga@pelam yang manis cicah smbal petis..

Ok lah panjang sangat cacatan JJCM saya di Bkt Kepong nie pasti ada yang terasa boring bacakan..jomlah layan beberapa keping gambar yang sempat saya n anak2 buah snap ok..hingga bertemu lagi salam sayang dari saya..xoxo..
ada sederet pokok mangga yg sdg berbuah lebat..

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete