Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Wednesday, April 4, 2012

JJCM...Chicken Chop@Bistro Hutan Bandar


Salam Rabu untuk semua rakan2 dan pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang saya sayangi..hari ini tak ada resepi yang saya nak kongsikan cuma cerita jalan2 cari makan bersama adik saya Siti Zubaidah, suaminya dan dua anak buah saya yang comel iaitu Sara Sahira dan Aina Arissa yang sangat2 keletahnya...ada2 ajer la mereka bercerita Sara berumur 6 tahun sekolah Tadika Kemas tahun hadapan akan memasuki sekolah rendah di tempat saya bekerja ini manakala aina pula tahun ini akan berusia 4 tahun..tapi adoyaiiii kalau bercerita tu non stop dan sangat bijak serbi serbi mereka tahu dan yang paling kelakar si Aina nie asik la boleh ulang2 dailog mak dia walaupun sesuatu perkara itu dah lama berlalu...anak2 nie lah bila terlebih minum susu bijak2 ada2 ajerkan...


Semalam sebenarnya balik dari menziarahi abg ipar saya di Hospital kami telah singgah di Bistro Hutan Bandar...tempat makan ini terletak bersebelahan Ibu Pejabar TNB Johor Bahru dan berhadapan dengan Sekolah Agama Johor Bahru.. saya baru pertama kali ke tempat ini tapi adik saya Bedah dan anak2nya dah selalu juga makan2 di sini dan sungguh ramai pengunjung disini...emm boleh tahan jugalah makanan2 dan rata2nya orang akan memilih makanan western. sama ada chicken chop, fish and chip, steak, lamb chop dan beranika jenis burger dan fries... Saya perhatikan menu di tempat ini juga menawarkan beranika pilihan makanan nasi, mee dan macam2 lagi lah pilih sahaja semuanya ada.  Semalam saya makan Chicken Chop tapi mak aiii nak abiskan jenuh juga sebab big portion lain kali boleh kongsi sahaja dengan adik saya harganya pun sangat berpatutan dan murah juga....dan juga saya makan pepes ayam yang comel2 pernah saya masukkan entri pepes di blog sebelum ini DISINI 

Oklah itu sahaja cerita JJCM saya kali ini...jom kita layan gambar Chicken Chop semalam ok..


No comments:

Post a Comment