Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Sunday, April 22, 2012

Kek Coklat Mentega Cheese Kurang Telur..

Bersiaran sekali lagi saya pada petang ini dan saya  nak kongsikan resepi tertunggak yang dibuat oleh anak buah saya pada minggu lepas iaitu Hawa Hanida dan Siti Aishah..memandangkan ada bahan2 di peti sejuk yang nak diperabiskan seperti cream cheese dan coklat masakan dan coklat2 baki  maka terhasil kek yang bebudak dua orang nie buat resepi asasnya memang dah betul semua bahan disukat 500 gram tapi telur pulak dikurangkan guna 5 biji sahaja sebab mereka kata telur tu size besar cukuplah guna 5.  Jika ikut resepi asal patutnya kena guna 10 atau 12 biji telur untuk adunan bahan2 asas kek 500gram ...emmm nasib baik menjadi anak2 dan memang sesuailah tu kurang sikit kolestrol telurnya kek menjadi lembut dan sedap walaupun colour dia xbrapa nak hitam sebab xguna serbuk koko pun hanya guna coklat masakan dan coklat yang dicincang ...kek yang dibuat tu dapat 2 loyang 8x8 inci so satu dipotong masa panas2 lagi selepas setengah jam keluar dari oven anak2 selalu memang xsabarkan nak makan kek baru masak dan satu lagi buat jamuan pada hari jadi Iqin walaupun dah beli kek dari Secret Recipe kek nie pun laku gak...jom lah kita semak resepi dan hasil air tangan anak2 buah saya ok..

Kek Coklat Mentega Cheese Kurang Telur

Bahan-Bahan:

250 gram mentega
250 gram cream cheese
500 gram tepung gandum - diayak
2 camcateh baking powder - diayak bersama tepung
200 gram gula kastor
200 gram coklat masakan - cairkan guna kaedah double boil
150 gram coklat biasa di cincang2 kecil (atau boleh guna chip coklat)
5 biji telur ayam size A
1 camca teh esen vanilla

Cara:

1. Pukul mentega hingga lembut dan gebu bersama gula kastor, masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi dengan kelajuan sederhana masukkan juga esen vanilla dan pukul lagi.
2. Dalam mangkuk adunan yang lain pukulkan cream cheese hingga halus dan gebu.
3. Masukkan adunan cream cheese berselang seli dengan coklat masakan yang dicairkan tadi. bersama tepung yang digaul dengan coklat cincang. masukkan sedikit demi sedikit dan adunkan guna senduk kayu hingga adunan bergaul rata dan sebati.
4. Setelah siap semua bahan digaul sebati lapikkan 2 biji loyang bersize 8x8 dengan kertas minyak dan lenserkan dengan sedikit butter. Masukkan adunan sama rata banyaknya dan hentakkan sedikit agar adunan rata.
5. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180'C dan bakar selama 50 minit atau sehingga 1 jam bergantung pada oven anda yer...Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang.  Kalau nak dihiaskan dengan butter cream atau chocolate ganache pun boleh..tapi kami x buat pun...selamat mencuba..






No comments:

Post a Comment