Assalamualaikum...
Selamat petang selasa pada semua kawan2 dan pengunjung ZLC yang saya sayangi..nampaknya hari ini hujan sangat lebat dari petang tadi..guruh sabung menyabung di langit...dan masa saya balik dari pejabat jam 5 petang tadi masih hujan. Sekarang dah nak dekat senja barulah beransur reda dan berhenti..terasa sejuk sedikit bila hujan lebat begini dan perut mulalah bernyanyi keroncong minta diisi.. Dan kala hujan tadi saya teringatkan resepi Lempeng Nasi yang pernah di buat oleh Che Mat Gebu..alang-alang semua bahan ada saya pun mulalah melempeng. Kebetulan pulak adik saya bedah ada memasak sambal tumis telur memang sesuai sangatlah jika dicicah dengan lempeng..dan satu lagi rezeki yang mendatang kakak saya Hjh Aiti pulak ada kirimkan sebungkus kari daging cincang...macam tau2 ajer saya nak buat lempeng...sangat sesuai la tu..ditambah pulak minum gan kopi 'o' panas pehhhh terangkat..hehehe..
Lempeng nasi ini sangat lembut dan gebu ajer ala2 pancake walaupun tak gunakan susu atau pun telur ianya masih lembut dan memang sedaplah.. resepinya saya agak2 ajer sebab ingat2 lupa bahan2 yang CMG buat tu tapi saya dah derhaka kan sikit sebab resepi asal rasanya lempeng nasi kosong ajer yang dibancuh dengan tepung tapi saya sajer masukkan bawang hiris dan ikan bilis..tapi masih tetap mengekalkan kesedapan lempeng dan boleh juga di tiadakan dua2 bahan ini bila saya nak buat lain kali..Terima kasih pada tuan punya resepi asal dan saya nak kongsikan pulak pada teman2 disini pula ok..jom kita tengok resepi di bawah.
Lempeng Nasi Ala Pancake
Sumber: CMG@DTS
Bahan-Bahan:
21/2 cawan Nasi sejuk
2 cawan tepung gandum
11/2 camca teh baking powder
3 cawan air
2 labu bawang besar (size sederhana dibelah 2 hiris nipis)
segemgam ikan bilis - rendam sebentar
2 sudu makan olive oil / minyak masak pun boleh (saya guna olive oil)
garam secukup rasa
Sambal tumis/kari/apa2 lauk untuk makan dengan lempeng
Cara:
1. Mula2 blenderkan Nasi bersama air sehingga nasi menjadi halus, masukkan sekali ikan bilis yang direndam dan blender lagi hingga sebati.(kalau tak guna ikan bilis dan bawang pun tak apa)
2. Salinkan nasi yang diblender ke dalam mangkuk, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata supaya tepung tidak bergentel masukkan baking powder sekali bersama tepung. Masukkan pula bawang besar hiris, olive oil dan garam dan gaulkan sebati. Adunan lempeng mestilah tidak terlalu cair atau pun pekat sama macam kita buat pancake.
3. Panaskan nonstick pan, sapukan sedikit butter untuk yang pertama sahaja lepas tu takperlu diletak butter dan masukkan anggaran 3/4 cawan adunan lempeng. Biarkan adunan jatuh dengan sendiri tak perlu dilenggangkan pan.
4. Tutupkan pan dengan penutup dan masak sebentar sehingga permukaan lempeng berlubang2 dan bolehlah dibalikkan. Setelah masak kedua2 belah angkat dan susun di dalam pinggan. Buatlah sehingga adunan habis. Boleh dapat dalam 9 keping lempeng berukuran 6 inci.
5. Hidangkan panas bersama sambal tumis, kari atau apa2 kuah yang bersesuaian..cubalah sedap.
Kalau cicah sambal sardine pun bess juga nihh...Terima kasih sudi mencuba. ^__*
ReplyDeletemmg best CM...tq sbb slalu kongsikan resepi yg mudah tp sedap...
Delete