Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Wednesday, April 11, 2012

Solok Lada...

Salam semua...kalau tadi petang saya ada masukkan entry Nasi Kerabu Purple malam ini saya nak masukkan pula satu resepi lauk sampingan bagi Nasi Kerabu iaitu Solok Lada...saya nie memang suka makan solok lada nie ntah la dari dulu lagi kalau ke Pasar Malam mesti suka sangat nak beli solok lada padahal nak membuatnya tu senang ajer kan...cuma penyakit M tu yang lebih...hehe..tapi sebab rasa tak berapa puas hati membeli solok yang dijual dah la harganya mahal satu RM1.50 sekarang kemotot jer sizenya dan rasa pun biasa2 ajer sebab banyak kelapa dari ikan.

So untuk memuaskan hati sendiri nk makan  sedap hari nie saya buatlah solok lada...ladanya saya beli hari sabtu lepas di Jusco semasa saya beli daun2 salad tu semua...ternampak lada yang bewarna hijau kekuningan...hijau muda la tu tapi sizenya memang gedabak besor n panjang...lada nie kalau kat pasar tempat saya ini memang tak ada kalau kat negeri Kelantan tu memang banyak teringat pulak masa dulu2 saya selalu kirim kak watie ofis mate lama saya kalau dia balik kg di Kelantan.  Sekarang nie kak Watie dah berpindah ke Kelantan so xleh nak kirim2 lg....nasib baik lah dah jumpa kat supermarket Jaya Jusco lain kali kalau nak buat lagi senang lah saya nak cari..Ok lah panjang betul cerita saya pasal Lada solok ini kita teruslah semak resepi Solok Lada ok...

Solok Lada...

Bahan-Bahan:

10 batang lada hijau muda yang besar (saya panggil lada solok ajer)
6 ekor ikan kembung bersihkan dan kikis ambil isinya sahaja
3 cawan kelapa parut putih
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cawan pati santan
sedikit garam
sedikit gula
1/2 labu bawang besar hiris/racik halus
3 ulas bawang putih hiris/cincang halus

Cara:

1. Lada dicuci bersih kelarkan dibahagian tengah (tak perlu sampai hujung) untuk menyumbat isinya nanti. Tangkainya mmg saya tak buang terpulanglah kalau nak buang sajer nak cantik..hehe cantik ke?
2. Ikan diambil isinya sahaja buangkan tulang dan kulit ikan tumbuk hingga halus
3. Tumbuk juga bawang merah yang 5 ulas tadi bersama 3 ulas bawang putih bersama ikan
4. Kelapa 2 cawan ditumbuk halus dan 1 cawan lagi tak perlu ditumbuk biar nampak ira2 kelapa parut
5. Campurkan isi ikan yang ditumbuk bersama bawang tadi dengan kelapa masukkan sekali sedikit garam  dan sedikit gula, gaulkan sebati.
6. Ambil sebatang lada dan sumbatkan dengan isi ikan berkelapa hingga penuh dan mampat terbenjol2 sikit pun tak per sedap. Buat sehingga lada habis.
7. Susun lada di dalam periuk atau kuali, masukkan santan, sedikit garam dan juga bawang besar dan bawang putih yang dihiris/cincang halus. kacau kan santan perlahan2 nanti takut lada dan isinya terburai pulak.
8. Masak sehingga lada yang bersumbat ini masak.. Hidangkan bersama nasi kerabu atau makan dengan nasi putih pun sedap.


No comments:

Post a Comment