Seri Muka Kueh Lama
Lemak Rasanya Menambat Hati
Dibawah Pulut, Diatas Serikaya
Buat Hidangan di Petang Hari
Jom kita semak resepi di bawah..
Kueh Seri Muka...
Bahan-Bahan:
Lapisan Bawah - Pulut:
3 cawan beras pulut - dicuci dan rendam 3 jam
3 cawan santan cair
secubit garam
Lapisan Atas - Kastad Serikaya:
3 butir telur gred A
3/4 cawan gula pasir
2 cawan santan pekat
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan penuh tepung kastad
sedikit pewarna hijau dan pandan paste
Cara:
1. Panaskan pengukus, kukuskan pulut di dalam loyang bersama santan cair yang dicampur dengan sedikit garam. Kukus sehingga pulut masak, balik2kan dan kukus sebentar lagi.
2. Bila pulut dah masak elok, keluarkan pulut dari kukus dan masukkan ke dalam loyang bulat berukuran 8 inci yang di alas dengan plastik, pastikan plastik lebih lebar sedikit dari loyang untuk senang keluarkan nanti. Tekankan pulut supaya rata dan mampat.
3. Dalam satu bekas atau periuk pukul gula bersama telur hingga gula hancur, masukkan santan, tepung gandum dan tepung kastad, serta pewarna hijau dan pandan paste. Pukul gunakan whisk hingga tepung dan santan serta telur bergaul rata dan tidak bergentel. kalau nak masukkan semua bahan dalam blender dan blend pun boleh.
4. Masakkan sebentar adunan lapisan atas ini dengan api kecil hingga keluar wap sahaja, tak perlu memekat dan padamkan api.
5. Masukkan setenggah dari adunan lapisan atas ke dalam loyang pulut yang ditekan tadi. Kukus lebih kurang 10 hingga 15 minit. Setelah lapisan pertama masak masukkan setenggah lagi adunan lapisan atas hingga habis. Kukuskan semula lebih kurang 20 minit.
6. Padamkan api kukusan dan biarkan kueh sejuk barulah dipotong dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment