Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Thursday, April 19, 2012

Sandwich Salad + Ayam Bawang Berkaramel..

Assalamualaikum....

Salam Khamis untuk semua pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang saya sayangi hari ini nak berkongsi dengan kawan2 semua resepi sarapan yang sangat ringkas, cepat disediakan dan berkhasiat pula...semenjak dua menjak nie suka pulak saya makan sandwich ala2 salad yang diletak dengan sayuran segar daun salad, tomato, timun dan segala maknikam sayuran yang boleh dimakan mentah..dan sebagai pelengkapnya saya buatkan Ayam Bawang Berkaramel...sesuai tak letak nama macam tu..asal org faham dan rasanya sedap ok lah kan..hehehe sesuka hati saya jer ek..ok jom kita semak resepi di bawah tak leh nk story panjang2 almaklum...kat opis...hehehe

Ayam Bawang Berkaramel

Bahan-Bahan:
1 keping isi ayam - di hiris lebar nipis
3-4 biji bawang besar - di hiris bulat kasar
2 sudu makan besar oyster sos
2 sudu makan besar tomato sos
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1/2 camca teh gula
secubit garam - saya lupa letak tadi..tp rasa dh ok xyah letak pun xper..
sedikit minyak untuk menumis

Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang balik2kan sehingga bawang agak layu dan berbau harum. masukkan pula isi ayam yang dihiris nipis.
2. Balik2kan sehingga isi ayam agak empuk..takperlu letak air, biarkan juice ayam tu keluar sendiri masukkan pula sos oyster, sos tomato dan serbuk lada hitam.
3. Gaul rata dan balik2kan sehingga semua bahan mesra dan sebati baru dipadamkan api.  Sejukkan sebelum di gunakan.  Boleh buat 4 sandwich dengan bahan2 seperti di atas,

Sandwich Salad dan Ayam Bawang Berkaramel..

Bahan-Bahan
8 keping roti gandum penuh (Wholemeal bread)
semangkuk ayam berbawang karamel
1 pohon daun salad - di siat dan cuci toskan
2 biji tomato buah - dihiris
1/2 batang timun dihiris
sedikit Sos kegemaran anda mayonis, cili sos atau thousand islan sos (saya x letak pun) 

 Cara:
1. Ambil sekeping roti whole meal dan susunkan timun di atasnya, diikuti dengan tomato dan ayam bawang berkaramel. Letakkan pula daun salad dan tangkupkan dengan sekeping lagi roti. kalau nak letak sos boleh diletak di atas susunan ayam berbawang atau pun salad..sedappp cuba lah..
Resepinya dapat banyak tapi anda boleh kurangkan mengikut kehendak masing2 ok...

ini lah isi ayam yg ku kawenkan gan caramelize onion..sedap..

No comments:

Post a Comment