Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Wednesday, April 25, 2012

Sambal Lada Hijau Minang

Betemu sekali lagi kita di alam maya ini....dan pada kali ini saya nak kongsi resepi yang saya buat semalam iaitu Salam Lada Hijau Minang...seperti yang saya cerita siang tadi sambal ini saya buat sebab nak dimakan bersama lontong, dan boleh ngam jugaklah sedap sambal hijau ini cuma kurang pedas sahaja al-maklum saya hanya menggunakan lada hijau sahaja patutnya kalau nak kan rasa yang lebih pedas bolehlah ditambahkan dengan cili api...baru la terasa pedas meletopkan...anyway sambal ini mempunyai rasa unik yang tersendiri tetap sedap macam sambal berlado minang yang saya buat pakai lada merah  tu seperti di  SINI   dan saya tak menggunakan gula pun kali ini  mengikut sepertimana resepi asal orang minang..

Ok jom kita semak bahan-bahan  yang diperlukan.

Sambal Lada Hijau Minang...

Bahan-Bahan:
15 biji lada hijau yang bersize agak besar - kalau nak pedas tambahkan sedikit cili padi yer..
4 labu bawang besar - dibelah 2 dan di hiris nipis
2 biji tomato segar - dipotong dadu
sedikit garam
minyak untuk menumis - lebih kurang 1/2 cawan

Cara:
1. Lada hijau diblend dengan sedikit air sebentar sahaja - jangan halus sangat, tapiskan dan buang air lada
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar hiris hingga layu dan berbau harum,
balik2kan jangan sampai garing, apinya sederhana sahaja setelah itu masukkan pula lada hijau yang
ditapis tadi, balik2kan sehingga lada masak sekata dan agak mesra mengaring.
3. Masukkan pula tomato yang didadu tadi dan gorenglah dengan dikacau selalu hingga lauk sambal lado ini masak sebati dan cantik warnanya. Perasakan dengan sedikit garam, gaul rata sebentar dan bolehkan di padamkan api.  Sambal Lada ini sedap dimakan bersama nasi panas, boleh juga dimakan bersama lontong sedappp...cubalah..


3 comments:

  1. sedapnya sambal lada hijau ini.. buat sendiri lagi puas kita makan.. berbanding beli kat luar....

    ReplyDelete
  2. nampak mcm ada ikan bilis jer... yer ker...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada ikan bilis pun yang nmpak mcm warna perang tu sikit2 tomato sebenarnya ..cubalah cik kroll sedap sambal nie...

      Delete