Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Friday, April 27, 2012

Cekodok Geragau Garing

Assalamualaikum...

Salam Jumaat yang penuh barakah buat semua pengunjung Zalekha Luvs Cooking...Syukur alhamdulillah kerana sekali lagi kita dipertemukan dengan hari Jumaat penghulu segala hari yang sungguh mulia ini semoga kita semua memperolehi kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan diberi petunjuk taufik serta hidayah hendaknya..

Hari ini masih agak sibuk dengan kerja2 harian di pejabat saya dan selalunya waktu rehat pada jumaat yang agak panjang iaitu dari jam 12.15 tengah hari hingga 2.45 petang saya dan kawan2 sepejabat akan keluar sama ada untuk ke pusat membeli belah atau makan2 di luar. Oleh kerana semua orang kepenatan minggu ini sebab banyak kerja yang perlu disiapkan segera jadi kami tak kemana2..saya pun terus menyiapkan saki baki kerja dan alhamdulillah telah beransur selesai. Petang ini dapatlah saya berehat sebentar sambil menjengah ke blog sebab dah dua hari tak ada entry masakan..hari ini saya cuma nak berkongsi sarapan tadi pagi yang sesuai juga untuk dibuat minum petang atau untuk dimakan pada bila2 masa sahaja...Jom kita semak resepi mudah dibawah sebab itu sahaja yang saya masak buat masa ini k..jadi bagi yang tak kisah jom la layan2 mata ok jangan marah eks kawan2..

Cekodok Geragau Garing...

Bahan-bahan

3 cawan tepung gandum
2 labu bawang besar - dibelah dua dan hiris nipis
10 batang cili padi - cincang halus (kalau tak suka pedas kurangkan atau skip sahaja)
1 cawan udang geragau kering - dibilas dan ditoskan
Air secukupnya - anggaran 2 1/2 cawan - untuk dapatkan cekodok yang garing adunan x boleh terlalu pekat
Garam secukup rasa
Minyak untuk goreng terendam

Cara:

1 Gaulkan tepung bersama bawang hiris dan cili api yang dicincang bersama udang geragau kering bersama air, masukkan air sedikit2 yer jangan sekali arung sebab kita nak tengok sebanyak mana air yang diperlukan.
untuk dapatkan cekodok yang agak garing adunan tak boleh terlalu pekat atau terlalu cair sederhana sahaja.
2. Tambahkan garam dalam adunan dan kacau rata. Panaskan minyak dalam kuali bila minyak dah panas sudukan adunan ke dalam minyak jangan terlalu banyak sekali menggoreng cukup sekadar 5-6 supaya  mudah dibalik2an dan tidak melekat antara satu sama lain.  Goreng dengan api yang sederhana hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan letak di atas paper towel. Hidangkan panas bersama sos kegemran anda..

No comments:

Post a Comment