Selamat hari minggu untuk semua..hari ini kita telah berada dalam bulan April dan selalunya bulan April ini dikaitkan dengan April Fool. Kalau di zaman2 sekolah dahulu selalunya rakan2 disekolah amat suka mengenakan kawan2 yang lain bila tiba tarikh ini...tetapi peredaran masa telah berubah dan tak lagi kita megingati April Fool ini kerana ianya bukan budaya masyarakat kita untuk bergurau senda yang agak berlebihan kalau sikit2 tu adatlahkan... memandang hari ahad ini hari tak bekerja selalunya saya rajin juga nak buat sesuatu atau masak2...tapi ada mood kurang rajin so hari ini kita nikmati sahaja sajian yang mudah...iaitu membeli Rojak Asma di warung depan Masjid As-Solihin Tmn Kenanga berdekatan Pasaraya Maslee Ekspress..promosi sikit warung Rojak Asma yang sedap nie..
Wahhhh macam main April Fool jugak saya hari ini eks mood malas melanda tapi masih ada hidangan yang agak mengenyangkan ini disediakan...tapi oleh orang lain hehe...sedap Rojak Asma yang dibeli ini dan harganya pun amat berpatutan...tengoklah yang digambar tu semangkuk caserole penuh cuma RM10 sahaja kuahnya pun boleh tahan banyak rasanya memang sedaplah tapi kalau beli tempat lain misalnya di Angsana kalau amik banyak ini ajer dah dekat RM25. Isi kandungan Rojak Asma ini memang beranika ada 2..3 jenis cucur atau cekodok ada yang tembam, ada yang diletak taugeh digoreng garing, ada tahu goreng, tempe goreng, kentang rebus goreng, beranika jenis fish cake dan fish ball, dan boleh letak macam2 lagi seperti paru goreng, sotong goreng, sausage, crabstick dan macam2 lagi lah..selalunya kita buat pilihan bahan2 yang kita hendak dan timun daun salad serta cili hijau hiris memang diletak bersama...puas makan anak beranak...next time saya akan cuba buat Rojak Asma sendiri dan akan kongsikan resepinya sekali...tapi hari ini sekadar melayan gambar2 Rojak Asma yang dah selamat di makan...hehehe jangan marah yer...
Aina pun nak enterprem kat Rojak Asma.... |
No comments:
Post a Comment