Jom kita semak resepi sandwich yang amat mudah dibawah..buat 2 untuk 2 org makan..
sediakan dulu caramelise onion
Caramelize Onions
(lain kali boleh buat banyak sebab sedap)
2 biji bawang besar - dihiris bulat2 kasar
1 sudu makan butter
1 sudu makan oyster sos
1 sudu makan sos tomato
1/2 camca teh gula
sedikit - serbuk lada hitam
Cara:
1. Panaskan butter hingga mencair dalam kuali, masukkan hirisan bawang besar goreng sebentar tak perlu garing...sehingga layu dan berbau harum masukkan oyster sos, tomato sos, gula dan serbuk lada hitam.
2. Balik2kan hingga agak keluar caremal gitu dan bergaul sebati antara sos dan bawang. Padamkan api dan sedia untuk di letak dalam sandwich...sedap bagi sape2 yang suka makan bawang macam saya...hehe
Sandwich Telur Mata dan Sayuran
Dengan Caremalize Onions
Bahan2:
4 keping roti putih
2 biji telur - di goreng mata lembu
sedikit daun salad butter head
sedikit timun yang dipotong dadu
sedikit capsicum hijau merah kuning - di potong dadu
sedikit tomato - dihiris
sedikit caramelize onion
Cara:
1. Letakkan telur mata lembu di atas roti, letak pula timun dadu, capsicum dadu, tomato hiris, dan bawang caremel tadi, letakkan daun salad, tangkupkan dengan sekeping lagi roti dan hidangkan..
sedap kalau letak bawang banyak2...kalau nak makan dengan sos thousand island, mayonis dan sos cili pun sedap...saya makan x letak sos pun...selamat mencuba...
letak bawang caramelize tu bnyk2 sedap... |
No comments:
Post a Comment