Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Saturday, April 28, 2012

Puff Pastry Ala Pizza

Assalamualaikum....

Salam hari Sabtu dan selamat berhujung minggu buat semua teman2 yang disayangi yang sering memberi sokongan kepada saya untuk terus mengilhamkan daya kreativiti walau pun xberapa nak kreatif dalam menghasilkan masakan2 yang simple tapi yang penting ianya berkhasiat, mudah disediakan dan yang paling utama terasa sedap di anak tekak saya dan anak2 buah di rumah ini...syukur alhamdulillah kerana anak-anak buah saya yang sering menjadi food tester pada setiap masakan saya walaupun yang paling mudah tetap memberi komen yang positif sedap di tekak mereka..bukan nak memuji diri sendiri yer sebab yang makan pun memang kami sekeluarga ajer kan....kalau sesiapa yang berpeluang tu seperti rakan2 sepejabat kalau ada saya bawa dapatlah menjamah...tu pun kalau ada berbaki kalau tak telah diselamatkan dengan lafaz bismillah ke perut anak2 saudara ku seramai 6 orang di rumah ini 4 yang besar sekolah rendah iqin, said dan eqa..akak esah dah form five dan yang kenit2 tu sara di tadika dan aina yg sekolah makan jer di rumah..hehehe..

Ok lah tak mau bercerita panjang kita terus sahaja lihat resepi yang telah saya merabankan apa yer perkataan yang sesuai selain meraban@men cacamarba--kan..sesuka hati saya utk membuat puff pastry ala pizza ini..dan saya pun xder parutan keje n lupa pulak nak spreadkan mayonis..tapi tetap sedap rasa dia..  Itu pun setelah melihat di blog sifu CMG @Dapur Tanpa Sempedan yang disini tu maka jadilah puff pastry yg sedap jugaklah walaupun tak cukup bahan tqvm yer Che Mat bagi idea nak buat pastry Puff ini..


Puff Pastry Ala Pizza

Bahan-Bahan
1 paket pastry puff jenama kawan ada 10 keping- untuk yg bertutup saya guna 6 keping utuk dapat 3 biji pastry puff yg besar dan selebihnya saya potong dua untuk yang terbuka.

Untuk Paste sambal bertomato
2 sudu makan cili blender
2 biji tomato - dicincang /dadu
1 biji bawang besar - didadu
1/2 camca teh herba kering oregano
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos tomato
1 camca teh gula
secubit garam
sedikit minyak untuk menumis

Cara sediakan paste:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang dadu hingga layu dan berbau harum, masukkan cili blender balik2kan sehingga naik minyak, masukkan gula dan kacau sebentar masukkan pula sos tomato dan sos tiram, masukkan tomato yang dipotong dadu, dan taburkan oregano, balik2kan sebentar masukkan sedikit garam dan gaul sebati, padamkam api serta sejeukkan sebelum digunakan.

Bahan-Bahan Lain
2 labu bawang besar - dihiris nipis
4 biji cendawan segar - dihiris
1/2 biji capsicum hijau - dihiris
1/2 biji capsicum merah - dihiris
1/2 biji capsicum kuning - dihiris
4 batang -sosej jumbo berkeju - dihiris
parutan keju chedar, parmesen, mozarella (kalau ada saya xder  xletak)
1 biji kuning telur yang dikocok ukt disapu atas pastry yg bertutup

Cara menyediakan Puff Pastry

1.  Ambil sekeping pastry ditorak sedikit dengan taburkan sedikit tepung supaya melebar sedikit..letakkan di atas loyang pembakar yang ditabur dengan sedikit tepung.
2. Letakkan anggaran 2 sudu atau secukupnya paste sambal bertomato tadi atas pastry susunkan pula hirisan bawang, cendawan, capsicum dan sosej di atasnya. (Kalau ada keju parut taburkan sedikit di atasnya)
3. Ambil sekeping lagi pastry ditorak sedikit dan torehkan/buat garisan putus2 menguna pisau supaya nampak seperti bercorak dan letakkan di atas pastry yang telah diletakan inti tadi. Tekan sedikit tepinya dengan garfu dan sapukan sedikit kuning telur di atasnya.
4. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C selama 25-30 minit atau sehingga masak bergantung pada oven masing2.
5. Hidangkan bersama sos kegemaran anda seperti mayonis atau cheezy spread atau cili sos..saya makan begitu sahaja pun sedap...cubalah.



No comments:

Post a Comment