Assalamualaikum....
Salam Ahad untuk semua teman2 yang saya sayangi, hari ini saya telah membuat sarapan pagi menggunakan roti diletak inti dan bakar di dalam oven...ala2 pie gitu tapi saya jadi tak tau nak bagi nama apa sebab kalau nak dipanggil pie mesti la ada kulit pie atau pie crust sama ada yang dibuat sendiri atau beli sahaja yang ready made..tapi tak per lah kemudian la baru difikirkan namanya yang sesuaikan sekarang jom kita semak resepi mudah di bawah:
ROTI BAKAR BERINTI ALA PIE
Bahan-Bahan:
Untuk Inti Kentang Ayam Berkari
4 biji kentang - size besar dipotong dadu (kukus hingga empuk )
1 batang karet - dipotong dadu (dikukus bersama kentang)
1 pohon daun sup atau pasley - dicincang
1 cawan isi ayam - di hiris kecil
2 labu bawang besar - didadu/racik halus
4 ulas bawang putih - dicincang
3 sudu makan penuh rempah kari- campurkan dengan sedikit air jadikan pes
1/2 cawan air
sedikit gula dan garam untuk perasa
sedikit minyak untuk menumis
Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih cincang dan bawang besar yang didadu hingga layu dan berbau harum. Masukkan pula rempah kari yang telah dijadikan pes. gaul hingga naik minyak.
2. Massukkan air dan diikuti dengan isi ayam, balik2kan sehingga isi ayam empuk masukkan pula kentang dan karet yang telah dikukus tadi..(sebenarnya kalau taknak kukus kentang boleh cuma perlu masa yang lebih lama sikit untuk empukkan kentang dan lebih kan air..)
3. Kacau atau balik2kan semua bahan inti dan perisakan dengan sedikit garam dan gula. Padamkan api dan sejukkan sebelum digunakan.
Bahan untuk membuat Roti Bakar Berinti Ala Pie..
Beberapa keping roti - saya campur roti putih dan roti whole meal
sedikit butter untuk di sapu pada acuan muffin
Semangkuk inti Kentang Ayam Berkari yang disediakan tadi
Cara:
1. Roti dibuangkan tepi2nya - kalau xbuang pun tak mengapa untuk nampak cantik buang lah.
2. Sapukan sedikit butter pada permukaan acuan muffin dan ambil sekeping roti tekankan sedikit dalam acuan dan masukkan pula inti 2-3 sudu sebanyak yang muat.
3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180'C 15-20 minit. Angkat dan hidangkan panas2 sedap sebab kerak2 atau hujung roti berasa garing dengan inti kentang yang penuh, sesuai untuk minum pagi atau petang atau bila2 masa.
* saya buat inti ini lebih sebab dah buat 12 biji Roti Bakar Berinti Kentang ini masih ada baki separuh lagi so boleh disimpan (frozenkan) dan buat pulak puff pastry nanti...ok selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment