Masakan Yang Lahir Dari Sentuhan Rasa Kasih Sayang Buat Insan-Insan Yang Menyayangi Diriku Ini..
Zalekha Luvs Cooking
Wednesday, August 15, 2012
Tart Nenas...
Assalamualaikum..
Salam...bersiaran di tengah hari Rabu ini dan kali ini saya nak kongsikan resepi biskut raya yang sangat2 digemari oleh ramai orang termasuklah saya iaitu Tart Nenas. Tart Nenas ini seakan menu wajib yang ada di setiap rumah pada hari raya dan sebenarnya biskut yang bertatah atau berinti kan jem nenas ini banyak jenis sama ada ianya di gulung, dicetak, disepit, dibentuk seperti epal yang akan diletakkan inti di atasnya atau dalamnya atau pada masa sekarang dibuat pula seperti kelopak bunga atau dipelbagaikan macam2 pesen la ada...cantik2 belaka.
Tapi bagi saya orang2 lama nie tetap suka pada jenis tart tradisional yang dicetak bentuk bulat di isikan inti di tengahnya kalau yang rajin disepit tentu cantik berseri jer kueh tart dolu2 niekan..tapi oleh kerana agak cerewat kalau nak disepit satu persatu jadi berpuas hati ajer lah dengan tart biasa yang penting kulit atau pastry nya rapuh dan berbau butter yang harum serta inti nenas yang tidak terlalu manis atau masam yang membangkitkan rasa tersendiri bila kita menikmati tart...amboiiii saya siap berimiginasikan keenakkan rasa tart..maaf yer kawan2 semua sebab masih berpuasa tunggu masa berbuka untuk kita makan tart ok atau bila hari raya.. Jom kita tengok resepi tart di bawah ini ok..
Tart Nenas..
Bahan-bahan:
250 gm butter berkualiti - saya guna SCS
500 gm tepung gandum
1 camca teh esen vanilla
sebiji telur
secubit garam - jika guna salted butter tak perlu letak garam
Jem Nenas secukupnya - digentel bulat untuk senang diisi dalam tart..
(jem nenas boleh dibeli di kedai barangan kueh atau supermarket kalau rajin boleh buat sendiri)
Cara:
1. Putar butter sehingga lembut dan kembang masukkan secubit garam dan 1 camca teh esen vanilla. Masukkan juga sebiji terlur dan pukul lagi sehingga adunan butter dan telur sebati.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan bila boleh dikepal gunakan tanggan.dan gaulkan atau uli sekadar adunan butter dan tepung bercampur rata.
3. Canai atau torak adunan tart dan bentukkan dengan pencetak tart. Susunkan di dalam dulang pembakar dan isikan inti. tekan sedikit inti agar rata dan kemas. (kalau rajin boleh sepit menggunakan sepit tart)
4. Bakar di dalam oven pada suhu 170'C selama 25-30 minit atau sehingga tart masak waktu membakar bergantung pada oven masing. Sejukkan di atas redai dan simpan dalam bekas kedap udara..sedapppp cubalah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment