Salam selasa untuk semua, dah masuk hari raya yang ke sepuluh tentu semua yng bekerja dah naek kejekan..ada ker yang masih dalam mood bermalasan..entah lah bagi saya sama ajer..keje tetap kena pi keje nanti missuuru pulak n kena marah gan bos..tapi mood raya tu tetap ada sebab raya kan sebulan jadinya kalau ada saper2 yang nak buat open house n nak mengundang saya insyaAllah saya akan datang kalau tiada aral melintang.
Masyarakat malaysia memang kaya dengan budaya open house kerana bila musim2 raya kekadang tu sampai dah terkeluar dari bulan syawal pun masih ada yang mengambil kesempatan untuk mengadakan rumah terbuka..kerana di waktu2 beginilah sahaja dapat bertemu dengan sahabat handai dan saudara mara sambil berjamu selera dapat mengeratkan lagi silatulrahim..saya pun terfikir bila agaknya nak ajak kawan2 saya datang untuk makan2 sebab nak tengok tarikh yang bersesuaian..kalau asik nak berjalan2 tentu tak dan nak adakan rumah terbukakan..tapi tak kisah la saper nak datang jemputlah makan kueh2 raya yang ada cuma kalau kita dah tetapkan tarikh dan undang kawan2 pasti ada juadah sampingan selain kueh raya..yer tak,,
Ok lah kita tinggalkan dulu cerita rumah terbuka..saya nak kongsikan resepi kek marble berkastad buahan2 yang saya buat masa hari raya kedua..kononnyer kek hari jadi lah tu..jom kita semak resepi di bawah ini..
Kek Boleh di sediakan terlebih awal dan kemudian sediakan topping kastad buahannya.
Kek Marble Mentega
Bahan-bahan:
300 gram mentega berkualiti tinggi - saya guna SCS
280 gram tepung gandum *
1 camca teh baking powder* (*disatukan dan diayak)
1 sudu makan ovallate
4 sudu makan susu cair
5 biji telur gred A
250 gram gula halus (gula pasir yang diblender)
1 camca teh esen vanilla
Sedikit pewarna makanan hijau
Sedikit pewarna makanan kuning (atau biarkan pada warna asal)
Sedikit pewarna makanan pink
Cara:
- Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin 4 segi 9 inci x 9 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak
- Putar mentega hingga putih, gunakan kelajuan sederhana laju. Perlahan kan kelajuan dan masukkan telur sebiji demi sebiji putar lagi hingga adunan sebati dan kembang masukkan juga susu cair, esen vanilla dan ovallate putar lagi..
- Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit, putar hingga semua bahan bergaul rata
- Bagi adunan pada 3 bahagian, 1 dicampur warna hijau, kacau rata. 1 dicampur warna kuning, kacau rata dan 1 lagi dicampur warna pink, kacau rata. Sudukan berselang seli setiap warna secara bertindih dalam tin kek tadi, hingga habis, kemudian lorekkan dengan hujung pisau atau lidi 3 - 4 kali. . Nanti marble akan menjadi semasa proses memasak.
- Bakar 50 minit hingga 1 jam, ikut oven masing, jika kek masih belum masak, sambung bakar lagi sekejap. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek anda telah masak.
Topping Kastad Buah-buahan
Bahan: Untuk Kastad
1 cawan tepung kastad
1/2 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
2 1/2 cawan air
1 camca teh esen vanilla
Cara Masak Kastad:
Masak kesemua bahan di atas dalam periuk hingga memekat dan keluar gelembung angin..kacau selalu dengan whisker atau senduk kayu dengan api perlahan dan kena buat pantas sebab nak letak atas kek dan atur buah2an diatasnya.
Bahan Untuk Buah-Buahan:
1 tin buah-buahan cocktail campuran dalam tin - buang airnya dan toskan
1 tin buah peach slice - di buang airnya dan ditoskan
1-2 biji buah kiwi - di buang kulit dan potong kecil
1-2 biji buah oren - di buang kulit dan poton kecil
Cara untuk menghias kek:
1. Keluarkan Kek dari tin atau loyang kek letakkan di atas papan kek, ambil plastik putih yang agak keras ukurkan sekeliling kek dan lilitan plastik mestilah di lekatkan rapat2 pada kek dan hujungnya lekatkan dengan cellophane tape. pastikan plastik berukuran tinggi dari kek kalau kek dalam 3 inci tinggi plastik mistilah 5 inci supaya bila letakkan kastad tidak melimpah.
2. Pastikan lilitan plastik benar2 rapat atau boleh juga ambil tali dan di ikatkan pada sekeliling plastik. Sudukan kastad atas kek secukupnya dan ratakan sedikit. susunkan hirisan buah peach di sekeliling kastad dan letakkan pula buah kiwi dan orange yang dihiris berselang seli, akhir sekali letakkan buah2an coktail di tengah2.
3. Jika ada jelly berwarna putih boleh juga dimasak dan bila agak2 suam curahkan diatas buah2an tadi agar nampak berkilat..tapi saya tak buat. Siap untuk dihidang atau boleh juga disejukkan dahulu di peti sejuk sebelum dihidang.
No comments:
Post a Comment