Assalamualaikum...
Salam Ramadhan yang ke 19...dah semakin cepat ramadhan berlalu lebih kurang 10 hari lagi kita akan meningalkan Ramadhan dan menyambut pula kedatangan Syawal...entah kita berpeluang untuk bertemu dengan Ramadhan di tahun akan datang atau tidak..waulahualam..semoga segala amalam kita di bulan mulia ini diterima hendaknya.. Hari ini saya hendak mengongsikan resepi iftar kami sekeluarga pada petang tadi iaitu Lontong, yang siap dengan kuah lodeh, sambal udang dan ayam berkuah ala rempah sate dan nasi himpit yang dimasak lembut..sedap. Bila sesekali dapat buat nasi himpit dan lauk2 lontong kuah lodeh, sambal udang, ayam berempah ala sate.. macam nie dah terasa seperti dah nak beraya kan...hehehe berangan jer nak raya saya nie.. jom kita tengok resepi seperti di bawah..buat masa ini saya tulis resepi bagi buat nasi himpit dan kuah lodeh sahaja ok lain kali saya masukkan pula resepi sambal udang n ayam berkuah rempah ala sate pula k..
Nasi Himpit
Bahan-Bahan:
3 cawan beras - (sukat beras masuk ke dalam mangkuk -sama paras)
3 1/2 mangkuk air - mangkuk yang sama menyukat beras tadi
sedikit garam
Cara:
1. Basuh beras dan toskan, masukkan beras dan 3 1/2 mangkuk air bersama sedikit garam jerang di atas dapur dengan api sederhana hingga beras mengembang dan menjadi seperti bubur. Kacaukan sesekali dengan senduk kayu.
2. Bila beras dah mengembang dan memekat kacau2kan selalu api boleh kecilkan supaya tidak mudah hanggit. Masakkan sehingga nasi himpit menjadi agak pekat kering dan gelembung angin keluar. Proses ini ambil masa yang agak lama sedikit dan pastikan nasi himpit cukup kering dan gelembung semakin berkurangan..Padamkan api masukkan ke dalam loyang dan tekan atau himpitkan nasi sehingga padat, boleh gunakan scraper plastik untuk menekan nasi ini. Sejukkan lebih kurang 4-5 jam sebelum digunakan.
Potong kan bentuk kiub, hidangkan bersama kuah lodeh, sambal tumis atau rendang.
Kuah Lodeh
Bahan-Bahan:
4 biji kentang - dipotong dadu
1 batang karet - dihiris batang mancis
4-5 batang kacang panjang- hiris serong (kali nie xder kacang panjang)
1/2 biji kobis yang kecil - dihiris
2 batang cili merah dihiris serong
3 keping tahu - potong kuib goreng embal
3 keping tempe - potong kuib goreng embal juga
2 cekak suun - direndam dan potong 2 jika panjang
2 keping tahu kering - direndam dan potong kecil
1/2 liter santan pekat
air secukupnya >< 1.2 liter jika guna santan pekat yang dibeli..
Bahan2 rencah ditumbuk halus
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup - (xder pakai kunyit serbuk ajer 1/2 cmteh)
2 batang serai - dititik/memarkan
garam secukup rasa
Cara:
1. Masukkan air ke dalam periuk bersama bahan2 rencah yang di tumbuk halus kecuali garam.
2. Bila kuah santan cair agak mendidih masukkan karat dan kentang masak hingga kentang agak empuk baru masukkan sayuran2 lain. Masukkan pula santan pekat dan diikuti dengan tahu tempe yang digoreng embal tadi juga suun dan tahu kering yang direndam dan dipotong kecil.
3. Kacau selalu kuah lodeh ini agar tak pecah santan, masukkan garam dan masakkan sehingga sayur2 dan bahan2 lain dalam kuah lodeh ini masak kalau nak tahan lama masak hingga kuahnya cukup mendidih lama sedikit baru dipadamkan api.
4. Sedia untuk dihidangkan bersama lontong, nasi impit yang dipotong2 masukkan dalam mangkuk siramkam bersama kuah lodeh dan sayur-sayurannya dan letakkan sedikit sambal tumis jika dihidang secara individu. atau hidangkan secara berasingan kuahnya dalam satu mangkuk dan lontong/nasi impit dalam mangkuk lain dan sambal tumis dalam mangkuk lain bersama lauk pauk sampingan. sedappp cubalah..
No comments:
Post a Comment