Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Friday, April 20, 2012

Sayuran Campur Dengan Century Egg..

Salam hujung minggu untuk semua pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang saya kasihi..malam nie saya nak berkongsi resepi tertunggak lagi minggu lepas saya masak tau..dah abissss pun masa buat sayuran ini saya juga buat salad sayuran segar yang pernah saya masukkan DISINI .   Resepi sayuran yang mudah, berkhasiat, berwarna warni dan sedap dimakan lebih2 lagi bagi pengemar2 sayuran seperti saya..tapi ada kelainan dalam sayuran campur saya kali saya letakkan century egg, century egg nie merupakan telur yang diperap dan disaluti dengan tanah liat merah serta sekam padi atau hampas padi, warnanya hitam, perlu dibasuh dan buangkan segala tanah liat dan sekam padi dan direbus.

Bagi sesiapa yang suka atau pandai makan telur ini boleh saja memakannya sama ada begitu sahaja, dibuat sup, dicampur dalam masakan sayur goreng atau juga dicampur dengan bahan2 stimbot..harga telur nie kalau dijual di gerai stimbot secucuk ada 3 biji telur puyuh century nie RM1.50 agak mahal la juga sebiji 50sen kan tapi kalau di beli di kedai2 menjual telur dalam pack 10 biji hanyalah RM2.50 telur ni ada jugak size besar telur ayam biasa tapi saya biasa beli dan makan yang kecil sahaja.

Anak2 buah saya yang kenit2 Aina dan Sara memang pandai makan telur ini bila kami ke gerai stimbot di dataran bandaraya mesti mereka nak telur hitam...mungkin sebab rasanya yang agak liut sedikit  tapi bagi yang tak biasa makan memang agak pelik sebab warnanya yang kehitaman itu.  Ok lah jom kita semak resepi dibawah

Sayuran Campur dengan Century Egg

Bahan-Bahan:
1 pohon bunga kobis yang sedang - potong kuntum bunga
1 batang karet - dihiris
1 bungkus - kacang sepat (sweet snow peas) dibuang hujung dan pagkal
1/2 biji capsicum hijau - di dadu
1/2 biji capsicum kuning -di dadu
1/2 biji capsicum merah - didadu
10 biji century egg -(yang kecil) di rebus dan kupas kulit
5 ulas bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dicincang
2 sudu makan oyster sos
1 kiub ayam knorr
1/2 cawan air
secubit garam
sedikit minyak untuk menumis

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah dan bawang putih cincang hingga layu dan berbau harum masukkan oyster sos dan air biar mendidih masukkan kiub ayam, masukkan sayuran yang agak keras dahulu seperti karet. Balik2kan Masukkan pula kobis bunga dan diikuti dengan kacang sepat dan capsicum.
2. Goreng sayur sekejap sahaja x perlu lama2 nanti hilang segala zat2 vitamin dalam sayuran, masukkan telur dan garam sedikit. kacau rata dan boleh dipadamkan api. Hidangkan panas2 bersama nasi atau boleh diratah begitu sahaja.

dua2 berwarna warni..sblah sayuran goreng campur tu salad sayuran mentah..

No comments:

Post a Comment