Masakan Yang Lahir Dari Sentuhan Rasa Kasih Sayang Buat Insan-Insan Yang Menyayangi Diriku Ini..
Zalekha Luvs Cooking
Saturday, December 24, 2011
Suprise...
Naskah Rindu ~Kasih~
Bab 4
Suprise...
Setibanya di kawasan perumahan mewah dan elit di Taman Kemuncak, Johor Bahru kereta Honda Civic yang dipandu Izaloma semakin perlahan dan enjinnya di matikan apabila tiba betul-betul di hadapan Banglo milik Dato' Hisham Abd Rahman dan Datin Maria Hussin itu.."Lea sekarang dah sampai bagaimana babak lakonan seterusnya akak memang tak pandai nak berlakon dan apa yang nak dikatakan pada mama Lea nanti" Izaloma bertanya pada Zalea, "tak apa jangan risau cuma perlu tekankan loceng bila pintu pagar dibuka masuk terus Lea akan tunduk dan akak cakap la dengan Mama ada barang yang akak nak bagi..ok" "Lea nie memang ada ajer idea jangan sampai Mama Lea pengsan sudah.." balas izaloma lalu keluar dari kereta dan menekan loceng di tepi pagar. Sebaik sahaja pintu pagar terbuka Izaloma lantas menaiki semula kereta dan memandu masuk ke dalam perkarangan rumah yang tersergam indah itu.
"Assalamualaikum" Izalmoma memberi salam tatkala itu juga pintu hadapan banglo dibuka dan Datin Maria menyambut dan membalas salam Izaloma "Walaikumsalam, masuklah iza, kamu apakabar baru petang tadi Lea call kata kamu nak datang" seraya itu Datin Maria menghulur tangan disambut oleh Izaloma sambil mencium tangan mama sahabat baiknya itu. "Alhamdulillah Iza sihat..dan ada barang untuk Aunty sebenarnya tunggu yer Iza ambil di kereta" lantas dijawab oleh Datin Maria "Apa yang kamu nak bagi Aunty kata Lea kamu nak bawak Cup Cake untuk Aunty..ada-ada ajer si Lea tu kan. Kamu masuk ajer nanti Aunty nak ke dapur sebentar suruh Mak Timah buat air." "susah-susah ajer aunty tak apa..k nanti Iza ambil barangnya dikereta" Zalea yang telah pun keluar dari kereta perlahan berselindung di belakang pilar terus mendapatkan Izaloma kakak angkatnya itu yang menuju ke arah kereta.
"Akak tunggu Lea dah dengar tadi mama nak ke dapur, ok akak masuk biar Lea berdiri belakang akak"..."Lea nie buat akak terkejut ajer tau"..Zalea membalas "sorry akakku sayang sesekali terkejut tak apakan akak tak ada penyakit jantungkan" Zalea dan Izaloma hampir tertawa tetapi cepat-cepat menutup mulut mereka dengan tapak tangan kerana mereka teringat bahawa pada masa itu mereka sedang berlakon.. "Shyyy senyap sikit Lea jangan sampai mama Lea perasan dan dengar","ok kak insya Allah tidak, ayah tak ada dirumahkan kak, Lea tak nampak kereta ayah" Zalea berbisik perlahan "oppss diam jangan cerita lagi nanti tak suprise pulak". "Iza, cakap dengan sapa kat telefon yer tadi aunty dengar suprise apa yang suprisenya" serentak itu Zalea memunculkan dirinya dari celah kelopak pintu, "Assalamualaikum mama, suprise untuk mama la nie" lalu Zalea meluru mendapatkan mamanya sambil memeluk erat dan mencium pipi kiri dan kanan mamanya. "Astagfirullahallazim...anak bertuah nie sebab lah dengar suprise-suprise dari tadi, nie rupanyer kerjanya nak suprisekan mama, nasib baik mama tak ada sakit jantung, kalau tidak dah pengsan mama" sambil memaut pinggang anak kesayangannya itu Datin Maria menyeka air mata yang mula mengalir di pipinya.."Mama naper nak menangis nie kan Lea dah balik selamat sampai pun"
"Pandai betul kamu berdua nie merancang yer, ini semua mesti plan Lea kan? kak Iza kamu tu ikut ajer kan rancangan kamu tu" kata Datin Maria sambil memandang Izaloma yang saat itu terasa bersalah lalu izaloma berkata.."maafkan Iza aunty nie semua memang plan Lea untuk suprisekan aunty dan dia suruh Iza ikut sahaja rancangannya ". "Memang bertuah betul anak mama ni, kata nak balik minggu depan, mesti ayah kamu juga terkejut nanti" kata Datin Maria memandang ke arah Zalea, lantas Zalea menjawab. "Kebetulan ada tiket penerbangan lebih awal dan semua urusan telah Lea siapkan, jadi apa lagi Lea pun amik peluang sebab tak sabar-sabar nak jumpa mama, ayah, kak iza, kawan-kawan"..sambil mengenyitkan mata ke arah akak angkatnya Izaloma, "kan Lea dah menyusahkan Iza untuk menyemput Lea di airport, kenapa tak beritahu mama dan ayah boleh kami jemput" kata Datin Maria. Zalea yang sedari tadi duduk memeluk ibunya di sofa empuk berkata dengan manja " mama macam tak kenal dengan anak mama nie..kalau bagitau tak namanya suprise kan kak iza lagi pun tak susahkan jemput Lea tadi jalan pun tak jem kan kak Iza" seraya itu ketiga-tiga mereka ketawa mendengarkan kata-kata Zalea yang memang suka bergurau senda itu.
"Mesti kamu berdua dah laparkan nanti mama suruh Mak Timah hidangkan makan malam untuk kita" saran Datin Maria pada Zalea dan Izaloma, "tak apa la aunty kami dah makan di Umbai, Melaka tadi" kata Izaloma yang ingin menolak ajakan makan malam Datin Maria secara spontan. "Amboiii anak dara berdua nie sempat ke Umbai lagi rupanya" lantas Zalea bersuara "Kak Iza yang belanja tadi mama sedap jugak makanan kat sana, nanti kita pergi dengan papa, mama ajak kak Iza juga okay mama" kata Zalea sambil mengenyitkan matanya pada Izaloma sekali lagi.."macam ada cerita manarik nampaknya asik mengenyit mata kamu pada kak iza kamu tu Lea"..Zalea menjawab " Ish...mana ada apa-apa mama, sahaja suka kenyit mata kat kak Iza yang lama Lea tak jumpa dan bergosip-gosip macam masa di sekolah dulu".
"Sukahati kamu la Lea, Iza aunty nak ke dapur sekejap, ohh aunty lupa pulak mana barang yang nak bagi aunty tu..opss lupa dah dapat punkan, inilah barangnya, anak mama yang nakal dan suka bergurau senda dan asik ketawa aje nie, terima kasih Iza sebab jemput Lea di Airport tadi"..Izaloma membalas "Sama-sama aunty hanya itu yang dapat Iza bantu, kalau tak budak nakal yang comel nie merajuk pulak". "Nanti keluarkankan beg-beg Lea, mama suruh Mak Timah tolong angkat sama" kata Datin Maria pada Zalea lalu dia menjawab "tak mengapa mama berat beg Lea, nanti Lea dan kak Iza keluarkan dari kereta dan kami amgkat perlahan-lahan ke bilik"
Setelah selesai menjamah hidangan yang disediakan oleh Mak Timah, mereka duduk kembali di sofa sambil menunggu Mak Timah menghidangkan kopi, "akak esok datang lagi boleh tak ole-ole untuk akak ada dalam beg dan Lea rasa dah tak larat nak bukak beg macam nak tidur ajer lepas mandi nanti" kata Zalea pada Izaloma. "tengok lah tu anak dara mama kepenatan yer, Iza tidur sini ajer lah" pelawa Datin Maria pada Izaloma, "tak apa aunty esok Iza masih cuti nanti Iza datang lagi nak menuntut ole-ole dari Lea", "ada don't worry ole-ole untuk semua orang ada, untuk akak, mama, ayah, mak Timah, Usatazah Ros, kawan-kawan esok ajer yer" Zalea memberitahu dengan matanya yang agak kuyu kerana kepenatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment