Selamat pagi Jumaat penghulu segala hari yang penuh barakah ini untuk pengunjung Zalekha Luvs Cooking, didoakan semoga pada hari ini semuanya sehat sejahatera dan marilah kita mulakan tugas dengan lafas Bismillahirahmanirahim dengan hati yang penuh ceria, secerah langit diluar sana..alhamdulillah hari ini sehari lagi kita telah diberi nafas untuk meneruskan kehidupan seharian..
Pada pagi ini saya nak masukkan satu entry untuk sarapan pagi yang sungguh rengkas dibuat dan disukai oleh anak2 dan yang dewasa pun suka juga Roti John nie,..ok lah oleh kerana x banyak waktu saya nak ke pejabat sekejap lagi...Jom kita semak resepi mudah berikut:
Roti John Mini..
Bahan2:
6 pcs mini diner roll - dibelah dua jangan putus
3 biji telur - di pukul/kocok sedikit
1 biji bawang besar - didadu halus/racik
1 batang lada merah - dicincang halus
2 pelepah daun sop/daun bawang - dihiris (saya xletak xder)
sedikit garam
dan sedikit minyak untuk melenser kuali.
Cara:
1. Campurkan telur yang dipukul tadi bersama bawang dadu dan lada hidup, daun sup/bawang dan garam gaul sebati.
2. Panaskan kuali dengan api sederhana, masukan secamca kecil minyak masak atau lenserkan pada kuali atau nonstick pan agar minyak rata. Cedukkan 2-3 sudu makan bancuhan telur dan masukkan dalam kuali.
3. Tekapkan roti diner roll yang dibelah dua tidak putus. Kalau gunakan nonstick pan yang sedang boleh dibuat dua sekaligus.
4. Bila telur dan agak masak balikkan di bahagian sebelah pula. sekejap sahaja xperlu lama. Balikkan di bahagian ada telur dan pastikan telur benar2 masak baru dilipat dua dan angkat roti letak di atas paper towel
5. Bila menghidang bolehlah di letakkan dalam belahan yang bertelur dengan tomato sos, mayonis atau sos black paper..Kalau ada daun salad dan tomato hiris n timun pun sedap juga..ikut kesukaan masing.
Belah dua atau hidangkan secara individu sebab mini diner roll memang comel sahaja sizenya. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment