Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Monday, March 2, 2015

Kuih Bom Kledek Jingga - very d soft

Assalamualaikum...salam Isnin buat semua teman2 dan pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang saya sayangi..hari ini nak kongsikan resepi kuih melayu yang amat mudah dibuat dan di sukai ramai iaitu kuih bom..abisss lah nanti meletopsss semuanya..hahaha..sorry lah uolls gurau2 pulak pepagi hari..x boleh nak bercerita panjang sebab ada keje lain ek...terus ke resepi yer kawan2 saya dapat resepi ini pun dari group RR di FB terima kasihlah sebab sejak join group ini senang nak cari resepi dan idea ada aje..

Kuih Bom Keledek Jingga

Bahan-Bahan:

500 gram keledek warna oren - direbus hingga lembut
1 cawan tepung gandum
1 camca teh garam
secukupnya bijan putih
Minyak masak untuk mengoreng kuih bom

Bahan Inti Kelapa

3 1/2 cawan - kelapa parut putih
1 1/2 cawan - gula merah
1 1/2 cawan - air

Cara:

1. Mula2 sediakan inti - masak kelapa parut bersama gula merah dan air sehingga kering dan sejukkan dahulu (saya buat lebih inti - baki nya boleh disimpan dlm fridge utk buat kueh lain)
2. Untuk sediakan adunan kuih bom. Keledek yang telah direbus empuk di lecek hingga halus, masukkan tepung dan garam serta di gaul sebati.
3. Ambil sekepal adunan sebesar bola pinpong leperkan di tapak tangan dan masukkan pula inti kelapa secukupnya. Tutupkan dan bentuk adunan jadi bebola serta golekkan pada bijan.
4. Goreng dalam minyak terendam sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.  Sedia untuk dihidang..cubalah sangat lembut kuih bom ini.  (kalau nak kenyal saya rasa boleh tukarkan tepung gandum gan tepung pulut)..lain kali bleh cuba guna tepung pulut pulak..
inti kelapa in d making
bawak bekal sikit..
ni yang belum digoreng

No comments:

Post a Comment