Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Saturday, March 17, 2012

Rendang Ayam Kunyit Berkuah..

Assalamualaikum...

Satu lagi resepi kalau tadi tomato kali ini lauknya pula Rendang Ayam Kunyit Berkuah...Jom kita terus semak resepinya ok..kalau nak buat agak kering sedikit pun boleh tapi oleh kerana nak makan bersama Nasi Tomato jadi dimasak agak berkuah sedikit rendang ini.

Rendang Ayam Kunyit Berkuah

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam - dipotong kecil (12 atau 14)
1 1/2 senduk nasi - cili blender
8 ulas bwang merah - di blender
4 ulas bawang putih - di blender
11/2 inci halia - di blender
1 inci kunyit - di blender
1 inci lengkuas muda - di blender
3 batang serai - diblender
1 helai daun kunyit - dihiris halus
1 mangkuk - pati santan
1 mangkuk - air
2 keping asam gelugor - direndam sebentar
2 sudu makan kerisik
2 sudu makan gula merah
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis

Cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan2 yang diblender hingga agak mengaring dan berbau harum serta naik minyak.
2. Masukkan ayam, diiukit dengan air, balik2kan sehingga ayam agak empuk masukkan pula pati santan.
3. Masak sehingga kuah rendang agak memekat dan di kacau selalu. Masukkan pula kerisik, gula merah dan garam. Bila agak mesra masukkan asam gelugor dan hirisan daun kunyi.
4. Balik-balik2an sehingga ayam dan kuah sebati serta memekat. Biarkan agak berkuah sedikit, kalau nak makan agak kering lamakan sedikit memasak.  Padamkan api boleh hidangkan.  Selamat mencuba..


No comments:

Post a Comment