Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Sunday, March 4, 2012

Banana Crumble with Tropical Fruit Ice Cream..

Assalamualaikum...

Selamat hari Ahad untuk anda semua...hari ini saya nak berkongsi sejenis kueh yang berasal dari negara mana saya kurang pasti sebab tak buat research tapi rasa2nya omputih lah kot yang sering makan benda2 yang macamnie.. resepinya agak mudah dan rengkas kita cuma perlu sediakan crust dan buah2an yang sesuai seperti apple atau pisang dan sprinkle di atasnya adunan crumble ala2 serbuk roti yang dibuat dari tepung dan butter serta sedikit gula...dan makan pula dengan ice cream...mak aiiii memang sedap dan terangkat...anak2 buah saya suka makan fruit crumble mcm nie tak kiralah kita letak apple atau banana...kononnya saya buat tadi pagi untuk hidangan minum petang nanti tapi tak sabar dan terus dipotong untuk di ngap..hehehe.  Ok kita tengok resepi dibawah:


Banana Crumble with Tropical Fruit Ice Cream

Bahan- Bahan:

Untuk Base Crust: (garing rapuh)
200 gm tepung gandum
100 gm butter/majerin
2 sudu makan brown sugar
2-3 sudu makan air sejuk - ice water dr fridge (jgn masuk sekali gus sikit2 hingga cukup sahaja)

Untuk Adunan Crumble:
11/2 cawan tepung gandum
4 sudu mkan butter/majerin
3 sudu makan brown sugar
sedikit sahaja garam - kalau guna salted butter tak perlu letak garam

Bahan2 lain yang diperlukan:
4-5 biji pisang embun di potong/dadu
Ice Cream apa2 perisa - saya guna Tropical Fruit Ice Cream jenama Nestle ajer

Cara:
 
1. Mula2 sediakan base crust dengan masukkan tepung butter dan brown sugar dalam mangkuk, gaul rub in mathod hingga menjadi seperti bread crumb dan letakkan ice water sedikit dahulu..gaul hingga menjadi doh dan tambah ice water jika perlu bentukkan doh jadi sekepal. Sekadar bergumpal dan tak perlu diuli. masukkan doh crust ini dalam baking tray berukuran 8 inci atau 7 inci pun boleh ratakan dan tekan sedikit memenuhi tray dan ketepikan dahulu.
2. Buat pula untuk adunan crumble masukkan tepung, butter, brown sugar dan sedikit garam gaul kan cara rub in method yang sama tapi kali ini tak perlu letak ice water.
3. Pisang yang telah dipotong atau di dadu letakkan diatas crust base dan taburkan pula adunan crumble hingga menutupi pisang tadi.
4. Bakar di dalam  oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 150'c selama 30-40 minit atau sehingga masak. Sejukkan sebentar sebelum dihidang.
5. Untuk menghidang potongkan Banana Crumble bentuk persegi letak dalam piring atau mangkuk dan scoop ice cream di atasnya.  Boleh gunakan apa2 jenis ice cream hari ini saya guna ice cream fruit tropical untuk gandingkan dengan Banana Crumble...memang sedap..cuba lah..




No comments:

Post a Comment