Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Sunday, March 25, 2012

Sambal Sotong Kering...

Assalamualaikum...

Salam Ahad untuk semua semoga anda semua sehat dan bergembira disamping keluarga...hujung minggu seperti ini pasti ramai yang hendak bersiar2 atau pun membeli belah barangan keperluan rumah...saya dah berbelanja semalam so malas la nak kemana2 pada hari ini.. dapatlah saya mengupdate blog dengan entry2 tertunggak seperti resepi yang akan saya kongsi pada hari ini dimasak berapa minggu sudah yang digandingkan bersama nasi tomato dan rendang ayam berkunyit...

Jom kita lihat bahan2 yang diperlukan:

Sambal Sotong Kering..

Bahan-Bahan:

500 gm sotong kering sedang - direndam semalam @6-7 jam pun boleh
4 senduk nasi - lada kisar*
12 ulas bawang merah - dikisar*
4 ulas bawang putih - dikisar*
2 inci belacan*
1/2 cawan jus asam jawa
1/2 cawan air
2 labu bawang besar - dibelah 2 dan hiris kasar
gula secukup rasa
garam secukup rasa
1/2 cawan kacang tanah kisar
3/4 cawan minyak
2 batang serai dititik

Cara:

1. Sotong yang direndam semalaman disiat2 sahaja - petua orang lama n apek yang jual sotong tu kata kalau nak kekalkan kemanisan sotong jangan potong atau dihiris dengan pisau so siat dengan jari aje.. ketepikan.
2.  Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang hiris dan serai biar berbau wangi, masukkan lada dan bahan2 yang bertanda * dikisar bersama. Tumiskan hingga agak garing dan naik minyak.
3. Masukkan gula bergantung kalau tak berapa kuat manis cukup sekadar 2 sudu saya suka rasa yang agak balance so saya letak 4 sudu makan gula, balik2kan hingga bahan2 yang ditumis agak garing dan masukkan sotong.
4.  Masukkan pula air asam dan air masak hingga sambal agak memekat dan masukkan pula kacang tanah tumbuk atau beli yang siap dikisar senang.  Perasakan dengan garam dan rasa akan kesesuaian rasanya.
5. Bila sambal sotong dah masak sebati padamkan api dan hidang bersama nasi putih atau sesuai juga untuk nasi bertumis, nasi tomato atau nasi lemak.  Nak makan dengan ketupat atau nasi impit pun sedap..
Selamat mencuba..


Sambal sotong nie buat masa makan dengan nasi tomato beberapa minggu lalu

No comments:

Post a Comment