Monday, March 5, 2012

Sayur Goreng Tempe Tahu..

Assalamualaikum..

Selamat hari Isnin untuk semua...diharapkan anda semua sehat gan gembira selalu disamping keluarga tersayang..hari ini saya cuma hendak berkongsi resepi tertunggak yang saya buat pada hari Jumaat lepas semasa acara makan2 di pejabat...resepi sayuran yang simple ajer nie.. sesuai dimakan bersama nasi impit atau pun nasi putih sahaja.  Ok lah kita terus tengok resepi dibawah yer:


Sayur Goreng Tempe Tahu

Bahan-Bahan:

10 batang kacang panjang - dihiris serong
5 keping tempe - dipotong dadu dan goreng 
5 keping tahu - dipotong dadu dan goreng
2 biji lada merah - di hiris serong
2 biji lada hijau - dihiris serong
2 cekak suun - direndam dan dipotong 2 jika panjang
1 keping besar - tahu kering (fucuk) - direndam dan dipotong kecil
3 sudu makan cili kering- diblender*
1 labu bawang besar - diblender*
2 sudu makan udang kering - direndam sebentar dan ditumbuk
1 labu bawang besar - dihiris uuntuk tumis
3 ulas bawang putih - dihiris untuk tumis
3 sudu makan kicap lemak manis
2 sudu makan oyster sos
1/2 cawan air
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar dan bawang putih yang dihiris.  Apabila bawang agak layu dan berbau harum masukkan cili dan bawang yang di blender, balik2kan sehingga cili agak garing dan masukkan pula udang kering.
2. Masukkan oyster sos, kicap dan air bila agak mendidih rencahnya masukkan kacang panjang diikuti dengan tahu dan tempe yang digoreng terlebih dahulu. Balikkan dan masukkan pula cili hidup hiris serta suun dan fucuk yang dikerat2 kecil. Gorenglah sayuran sehingga semua bahan sebati dan perasakan dengan garam secukup rasa.
3.  Apabila sayuran dah masak padamkan api dan boleh dihidang bersama nasi impit atau nasi putih bersama lauk pauk lain.



No comments:

Post a Comment

Post a Comment