Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Saturday, March 17, 2012

Nasi Tomato..

Assalamualaikum...

Selamat sejahtera dan selamat berhujung minggu untuk semua kawan2, hari ini saya nak kongsikan satu resepi yang sesuai dimasak jika hendak menjamu tetamu atau sesuai juga dimasak pada hujung2 minggu begini dimana semua anak2 dan mungkin suami tak bekerja pada hari sabtu atau ahad jadi dapatlah makan sekeluarga dan agak istimewa sedikit.  Hidangan Nasi Tomato boleh di hidangan bersama beberapa lauk pilihan dan kebiasaanya orang akan menghidangkan bersama ayam masak merah atau masak kurma ayam..tapi kali ini gandingan Nasi Tomato ini ialah Rendang Ayam Kunyit Berkuah, Sambal Sotong Kering, timun dan tomato, ada juga rojak petis sebagai hidangan sampingan. Ok lah kita terus semak resepi versi cik Bedah ini yang sangat sedap dan lembut makan begitu sahaja pun sedap kerana butiran nasinya yang halus dan panjang, kali ini  menggunakan beras Basmathi India Gate yang saya beli di Singapura.


Nasi Tomato

Bahan-Bahan:

5 cawan - beras basmathi bermutu tinggi (di cuci dan rendam dalam 20 minit toskan)
2 labu bawang besar - dihiris nipis
5 ulas bawang putih - dihiris nipis
2 inci halia tumbuk atau di memar sahaja
1 tin kecil - tomato puree (160 gm)
7 cawan air - (boleh gunakan sukatan air seperti dicadang dipek beras)
1 cawan - Susu cair
2 batang kayu manis, 4 cengkih, 1 bunga lawang, 3 biji pelaga
2 sudu makan minyak sapi ghee
2 sudu makan majerin
1 sudu makan gula
garam secukup rasa

Cara:

1. Panaskan minyak sapi dan majerin dalam periuk, bila dah mencair minyak sapi dan majerin tumiskan rempah penumis kayu manis, cengkih bunga lawang dan pelaga.
2.Bila dah berbau harum rempah penumis masukkan pula bawang yang dihiris tumis sehingga bawang layu dan berbau harum dan agak keperangan masukkan tomato puree, kalau nak warna nasi cantik agak kemerahan masukkan sesudu gula, bila dah agak mengaring masukkan air dan biarkan sehingga air mendidih.
3. Setelah air mendidih masukkan susu cair, garam diikuti dengan beras yang telah ditos. Masak sehingga airnya agak kering dengan api sederhana, balikkan atau kacau sedikit bila air pada nasi sudah kering dan kecilkan api untuk mengeringkan nasi sepenuhnya. 
4. Tetup periuk nasi kalau ada daun pisang yang lebar tutupkan nasi dengan daun pisang dan  biarkan sampai wap air keluar dari celahan daun pisang. Padamkan api dan hidangkan bersama lauk sampingan untuk Nasi Tomato.  Selamat mencuba.




inilah beras yang saya gunakan tp klau nak guna beras moghul atau pusar pun cantik..


No comments:

Post a Comment