Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Friday, April 5, 2013

Bingka Jagung @ Kueh Bakar Jagung..

Assalamualaikum...

Salam pagi Jumaat yang penuh barakah untuk semua teman2 dan pengunjung2 ZLC yang saya kasihi dan hormati sekelian, sepertimana yang saya janjikan semalam pagi ini saya nak berkongsi sejenis resepi kueh bakar jagung atau ada yang pangil bingka yang agak mudah pembuatannya dan saya bakar menggunakan kuali pemanggang ajaib i-ikan..wahhh mesti ada yang tak percayakan kuali atau pemanggang ajaib nie memang ajaib bukan sahaja kita boleh bakar ikan atau ayam tapi boleh buat kueh jugak...

Sebenarnya beberapa minggu lepas saya ada terperasan sifu masakkan yang terkenal.. sapa lagi kalau bukan Che Mat Gebu di DTS ada buat Bingka Pandan Durian menggunakan pemanggang ajaib nie..tp mana lah ada stok durian maka saya pun tengok bahan2 yang ada saya ubah suai maka terhasillah bingka jagung yang lembut dan sedap ini...so terima kasih banyak2 pd CM yang memberi idea membuat bingka dalam kuali pemanggang yang sungguh ajaib ini..jom kita tengok resepi yang mudah dan lembut sahaja bila dimakan..cuma saya potong semasa bingka ini agak panas so dia x brapa cantik potongannya mungkin bila tunggu betul2 sejuk baru molek..anyway sedap u dan yang ini saya gunakan susu cair sebab saya xbrapa nak makan santan kan so..bleh sajer nak ubah2 dia..

Bingka Jagung..

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan air
2 butir telur ayam - gred A
3/4 cawan gula pasir
3/4 cawan jagung dalam tin cream style
beberapa titik pewarna makanan kuning
2 sudu makan butter - dicairkan.

Cara:

1. Mula-mula panaskan pemanggang ajaib i-ikan selama 5 minit dengan api yang kecil
2. Blenderkan tepung gandum bersama, susu cair, air, gula dan telur sehingga halus.
3. Masukkan beberapa titis pewarna kuning dan juga jagung cream style ke dalam adunan bersama butter yang dicairkan, gaul rata adunan kueh.
4. Masukkan adunan bingka jagung ke dalam pemanggang ajaib yang telah di panaskan. Masak selama 20 minit pertama mengguna apa yang kecil dan terbalikkan pemanggang untuk 20 minit seterusnya so bakar / panggang selama 40 minit untuk kedua2 belah.
5. Sejukkan bingka terlebih dahulu sebelum dipotong, kueh ini sangat lembut dan sedap...cubalah..

No comments:

Post a Comment