Assalamualaikum...
Salam Jumaat buat semua teman2 yang di kasihi dan juga buat pengunjung2 ZLC yang saya hormati sekelian..apa kabar semuanya semoga anda semua sihat dan dibawah lindungan yang maha Esa..hari ini agak busy dengan kerja2 yang urgent dan tak urgent tp alhamdulillah dapat dibereskan. Lega rasanya bila dapat menyiapkan segala tugasan mengikut dateline.. ok lah x mau berceloteh mengenai kerja..hari ini nak kongsi kan dengan anda sarapan saya pagi tadi..saya pun pelik kenapa pulak saya menjadi rajin 2..3 hari ini pagi2 lagi dah buat sarapan...apa kah..kemenjadian ku begitu..muahahaha..xder apa2lah sebenarnya kalau sempat memang saya suka buat sarapan di rumah lebih menepati citarasa orang kata lebih sedap makan makanan yang dimasak sendiri..hohoho....perasan la pulak che leha nie yer...k jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak Mamee Kari Berapi Power yang lemak2 pedas memang power u...mabelesss untuk pengemar2 mee segera jom kita main masak2 ok..
Mamee Kari Berapi Lemak
Bahan-bahan:
2 paket mee segera - Mamee Kari Berapi
3 1/2 cawan air
1/2 cawan santan
1 labu bawang besar - di belah dua dan hiris
6-7 batang cili padi
1/2 batang lobak merah - dipotong batang mancis
8 biji chicken meatball - dipotong 2
4 keping tofu pok - dipotong 2
Cara:
1. Masukkan air dalam periuk, masak sehingga air mendidih masukkan perencah mamee kari berapi, bawang besar yang dihiris, karet, chicken meatball cili padi dan mee segera.
2. Bila mee segera dah masak baru dimasukkan santan, kacau kan sedikit dan masukkan pula tahu pok. Bila dah masak padamkan api dan hidangkan panas2...sedappp u pedas dan lemak2 gitu..jangan lupa gigit sekali cili api bila makan baru la terasa meletopss..
No comments:
Post a Comment