Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Thursday, April 11, 2013

Sotong Goreng Dengan Sayuran..

Assalam...

Bertemu sekali lagi hari ini, mesti ada yang tertanya2 kenapa pulak saya bersiaran di waktu malam kerana sudah agak lama boleh dikatakan berbulan2 juga saya tak online di waktu malam tp hari ini pecah tradisi pulak yer...sebenarnya saya dah lama  x ke udara di waktu malam sebab lappy saya yang lama rosak..ini gunakan notebook baru yang saya dapat..Alhamdulillah ada rezki dapat Notebook 1 Malaysia, walaupun agak kecik keyboard untuk menaip ini di bandingkan dengan jari jemari saya yang montok2 nie..hehehe ada akak kesah montok ke tombak serai ke yang pentingnya saya dapat jugalah untuk masukkan entry bila ada kelapangan...

Kalau tadi petang saya masukkan N3 nasi lemak kismis malam ini saya nak kongsikan pulak resipi lauk sampingan yang saya hidangkan bersama Nasi Lemak Kismis iaitu Sotong Goreng dengan Sayuran, jadinya ada pelengkapnya ada nasi ada sambal tumis bilis ada sotong goreng bersayur..jadilah kan kalau nak meriah lagi boleh juga di tambah dengan ayam goreng berempah ke Udang Butter ke pehhhh dah melebih2 pulak saya ekk...ok lah tanpa membuang masa gan celoteh saya jom kita tengok resepi mudah di bawah kalau makan gan nasi putih juga sesuai lauk sebegini..

Sotong Goreng Dengan Sayuran

Bahan-Bahannya:

4 ekor sotong sederhana besar - dibersihkan belah dan kelar2 bahagian dalamnya serta dipotong kecil
1 batang karet - dihiris batang mancis
1/3 bahagian lada capsicum merah, hijau dan kuning, di hiris memanjang
1 labu bawang besar di belah dua dan hiris kasar sedikit
4 ulas bawang merah  hiris halus
4 ulas bawang putih hiris halus
6-7 batang cili padi di hiris halus
2 sudu makan sos tiram
sedikit garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali, tumiskan bawang merah hiris, bawang putih hiris dan cili padi yang dihiris halus sehingga layu dan berbau harum, masukkan sos tiram balikan dan masukkan sotong, saya x masukkan air sebab sotong keluar air sendiri balik2kan.
2. Bila sotong agak 1/2 masak masukkan karet, diikuti lada banggala merah, hijau kuning. masukkan sekali bawang besar yang dihiris kasar tadi.
3. Balik2kan dan bila sotong dan sayuran agak layu sedikit masukkan garam, dan goreng sebentar sahaja lagi..sotong tak perlu dimasak lama2 nanti akan menjadi liat. Padamkan api boleh dihidangkan panas bersama nasi lemak kuning atau nasi putih biasa, makan gitu sahaja pun sedap...selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment