Kalau pergi makan saya suka juga order mantao bun nie sebab tak payah makan nasi makan lah bun yang sangat lembut ini dan dicicah gan kari ala indonesia ke kari biasa ke..atau dengan kuah pencecah ala kari yang saya buat ini...jom kita tengok resepi mudah di bawah ok...memang sesuai sebagai pencicah mantao bun sebab ianya agak2 pekat cukup rasa lemak2 pedas..sila lah mencuba yer manatau menepati citarasa anda..saya sebenarnya tak tau nak bagi nama apa kat kuah pencicah nie...sebab guna rempah kari so saya letak ajer nama kuah kari pencicah ok...
Kuah Kari Pencicah...
Bahan-Bahan:
200 gm daging/ayam kisar
200 ml santan pekat - saya guna santan kotak
10 ulas bawang kecil - tumbuk halus
3 ulas bawang putih - tumbuk halus
1 inci halia - ditumbuk halus
4 sudu makan serbuk kari daging - campurkan dengan sedikit air jadikan pes
2 sudu makan cili blender
air lebih kurang 1 1/2 - 2 cawan
2-3 helai daun limau purut
1 keping asam gelugor - direndam sebentar
garam secukupnya
dan sedikit minyak untuk menumis
Secukupnya Mantao Bun - digoreng (beli dah siap di supermarket je kalau rajin boleh juga buat pau/donut kosong)
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang dan halia blender dan lada blender, hingga agak garing dan berbau harum. Masukkan pes kari dan tumiskan sehingga pecah minyak.
2. Masukkan pula daging ayam kisar, boleh juga letak isi ayam yang dihiris kecil. Masukkan pula air dan masak sehingga mendidih, masukkan pula santan pekat.
3. Kacau selalu jangan sampai pecah minyak, masukkan pula daun limau purut dan asam keping yang direndam sebentar. Masukkan pula sedikit garam dan perisa jika suka. Masak sehingga agak memekat sedikit dan padamkan api. Hidangkan bersama mantao bun yang di goreng..sedap makan panas2.
ini lah rupa mantao bun atau pau kosong goreng - tergelap la pulak..hehe |
Siti. . .you and i a lot of similarity la, ni kesukaan sy. .mmang suka ***bun dip in curry gravy!
ReplyDelete.you very clever to enjoy life, sy pun sama mcm Siti. .masakan yg enak sentiasa memberi satisfaction pd sebahagian hidup harian kita.
ReplyDeletememang sama citarasa kita kan..suka makan2 n makan yang sedappp hehehe tp bezanya u stay slim...i jer yang montel...tp xkisahlah asal sihat kan..
ReplyDelete