Salam Isnin 15 April...dah masuk minggu baharu hari ini..apa kabar kawan2 serta pengunjung ZLC yang saya kasihi semua...semoga anda sentiasa sihat dan ceria di samping keluarga dan teman2 tersayang. Seperti yang saya janjikan pada kawan2 di fb semalam saya akan masukkan satu entry cake yang saya buat petang semalam...dan alhamdullilah cake yang sangat lembut nie rasa dia tak menghampakan dan sedap kata mereka yang berpeluang merasa seperti anak2 buah saya dan kawan2 di opis termasuklah bos saya...kembang kejap bila org kata kek akak sdappp.. laen kali i buat lagi..ekk kawan2 kira satu motivasi pada diri untuk rajin memasak bila ada yang memuji..boleh x gitu..muahahahaha.
Jom kita semak resepi seperti di bawah:
Bahan-Bahan:
250 gram Butter - SCS (atau apa2 butter yang anda suka)
200 gram gula castor
200 gram tepung naik sendiri
4 biji telur ayam - size A
80 gram - cranberry kering
3 sudu makan susu pekat manis
1/2 cawan susu segar
2 sudu makan - lemon juice
1/2 sudu makan esen lemon
Cara:
1. Putarkan butter dan castor sugar hingga kembang dan ringgan. Masukkan pula telur sebiji demi sebiji, pukul lagi hingga adunan gebu dan putih masukkan juga susu pekat manis dan putar lagi pada kelajuan sederhana.
2. Tepung naik sendiri di ayak, masukkan cranberry kering di dalam nya gaulkan.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan butter serta di gaul perlahan berselang seli dengan susu segar, akhir sekali masukkan jus lemon berserta esen lemon dan gaul rata adunan kek.
4. Letakkan ke adunan dalam acuan kek berukuran 8 x 8 yang di alas dengan kertas minyak dan digriskan sedikit dengan butter. Hentakkan acuan kek 3-4 supaya kek rata. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180'C selama 45 atau mengikut tahap kepanasan oven anda.
5. Sejukkan dulu kek sebelum dikeluarkan dan dipotong. Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment