Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Monday, September 17, 2012

Chicken Pie...sexy lady...oppss..

Hai..

Bertemu sekali lagi hari ini, kali ini saya nak kongsikan resepi chicken pie yang saya buat tadi petang untuk minum petang setelah sekian lama saya tak memasak atau baking..sebab asik menyiarkan cerita jjcm atau majlis2 di sekolah ajer baru hari ini ada entry masakan..mesti ada yang tertanya2 kenapa pulak chicken pie sexy lady...jangan salah anggap tauuu sebab pie nie saya yang buat bukan dibuat oleh perempuan yang seksi sebab ah-kak nie untuk pengetahuan semua x sexy langsung montel@tembam tu adalah...muahahaha jangan marah ek..

Sebenarnya kalau chicken pie sepatutnya pastry yang di isi dengan filling dan ditutup di atasnya kira cover up semua dan sopan gitu..tapi oleh kerana versi yang saya buat nie tidak ditutup di atasnya n sajer saya silangkan sahaja dengan jaluran pastry so sajer la bagi nama ala cheeky gitu...hehehe dan untuk pastry atau crust atau kulitnya saya gunakan yang readymade jenama kawan tu ajer sebab selain ianya mudah dibentuk pastry kawan tu berlapis dan garing bila di bakar sedapppkan, memang sesuai di buat pie atau puff sangat praktikal..so ladies n gentleman  d show will begin right after this...cewahhh macam ada pertunjukan kat broadway yer nak tayang kat u all resepi chicken pie..sexy lady nie..lets check it out..

Chicken Pie

Bahan-Bahan:
1 paket - Puff Pastry Jenama Kawan - 10 keping
Bahan untuk Inti @ Filling
2 keping dada ayam - di hiris kecil
1 pek mix vegie (500gram)
2 biji bawang besar - di dadu kecil
2 ulas bawang putih - cincang
1 inci halia - dicincang
2 sudu makan oyster sos
1 camca teh serbuk lada putih
sedikit garam dan gula sebagai perasa
sedikit minyak untuk menumis..

Cara:

1. Mula2 sediakan filling pie - panaskan sedikit minyak dalam kuali tumiskan bawang putih cincang, bawang besar dadu dan halia hingga layu dan berbau harum.
2. Masukkan ayam yang di hiris kecil tadi balik2kan masukkan oyster sos, lada sulah, garam dan gula, balik2kan sehingga ayam empuk masukkan pula mix vegie balik2kan sebentar dan boleh dipadamkan apinya dan ketepikan. (kalau nak pedas boleh juga gantikan lada sulah dengan serbuk lada hitam)
3. Untuk sediakan pie ambil sekeping pastry jenama kawan potong 2, taburkan sedikit tepung dan torakkan agar pastry jadi lebar sedikit. Masukkan pastry ke dalam tin mufin, bahagian yang terjurai sedikit potong dengan pisau dan lekatkan pada bahagian di kiri kanan untuk mendapatkan bentuk mangkuk bulat tekan2 sedikit dan ambil garfu tekan sedikit pada tepi2 pastry serta cucukkan pada dasarnya sedikit lihat seperti gambar..
4. Buat sehingga abis boleh dapat dalam 18 biji -20 biji pie. Masukkan inti pie sehingga penuh dan kalau ada lebihan pastry buatlah corak silang. Sapukan dengan sedikit kuning telur yang dicampur sedikit esen kuning di atas pastry yang disilang tadi..
5. Bakar pie pada suhu 180'C selama 30 minit atau sehingga masak garing - bergantung pada suhu oven masing2 ok..bila dah masak hidangkan panas2..sedappp cubalah..kalau nak makan dengan cili sos pun boleh..



No comments:

Post a Comment