Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Sunday, September 9, 2012

Nasi Arab...


Assalamualaikum..

Salam Ahad untuk semua teman2 dan pengunjung ZLC walau dimana anda berapa..apa agaknya aktiviti cuti hujung minggu ini..pastinya ramai dari kita yang dapat undangan majlis perkahwinan mahupun rumah terbuka sempena raya yang belum abis nie kan..saya hari ini aje dapat undangan 3 rumah terbuka raya 1 majlis pengantin dan 1 undangan doa selamat sepupu saya yang nak ke Mekah x brapa lama lagi..banyak sungguh undangan tak tahu lah sama ada dapat dipenuhi semuanya ke tidak.

Sementara waktu belum ke majlis2 yang saya sebutkan tu saya nak kongsikan dengan anda semua resepi Nasi Arab yang digandingkan dengan dalca kambing, ayam masak merah dan pencuk...sebenarnya masa saya ke rumah akak saya Che Ni di Felcra Bukit Kepong minggu lepas akak saya Che Ni masak nasi arab yang sangat sedap ini..makan pulak ramai2, kembar che nie, Che No dan abg ramli pun ada saya gan along saya dan SIL kak zam jadinya penuh meja makan 7 orang..jom la kita tengok resepinya saya dah salin dari buku che no..lain kali saya nak fotostat buku resepi kakNo yang walaupun sangat antik buku lama la katakan tp banyak resepi yang sedap2..jom kita tengok resepi dan gambar2 yang saya sempat snap ok..


Nasi Arab

Bahan untuk rempah Nasi Arab:

2 sudu makan Ketumbar Biji *
1 sudu makan Jintan Manis*
1 sudu makan Jintan Putih*
1 sudu makan Lada Hitam*

Bahan2 yang bertanda * di atas disangai dalam kuali dan mesin kering - simpan dalam bekas kedap udara

Bahan-bahan Nasi Arab

4 cawan - Beras Basmathi
4cawan - Air
1 cawan - susu cair
10 ulas bawang merah - di kisar halus (kalau guna bawang besar 2 labu)
3 ulas bawang putih - dikisar halus
1 inci halia
200 gram daging atau ayam yang dipotong kecil
sedikit minyak jagung untuk menumis
garam secukup rasa

Untuk hiasan -
Bawang goreng, gajus dan  kismis kalau ada..

Cara:

1. Panaskan minyak jagung dalam periuk tumiskan bahan-bahan yang dikisar, masukkan rempah nasi arab sebanyak 2 sudu makan tumiskan hingga berbau harum dan naik minyak.
2.  Masukkan air dan daging atau ayam.  Didihkan baru masukkan beras dan susu cair dan garam. Tanak hingga nasi masak dengan kecilkan api, boleh juga masak pakai rice cooker caranya sama dan nasi tak mudah berkerak.  Bila nasi dah masak gemburkan sedikit.
3.  Hidangkan nasi dengan taburkan bawang goreng diatasnya beserta kismis dan gajus goreng. Hidangkan bersama lauk pauk sampingan seperti ayam masak merah, dalca, pencuk.  Nasi arab juga sesuai jika dihidangkan dengan lauk sambal tumis udang, kurma atau apa2 lauk pilihan anda...sedappp cubalah..
 








No comments:

Post a Comment