Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Friday, September 7, 2012

Spagetti Berkuah Tomato Udang...



Assalamualaikum...

Salam Jumaat 20 Syawal yang barakah untuk semua teman2 dan pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang saya sayangi..semoga anda semua sihat dan ceria2 selalu dalam menjalani kehidupan seharian..oleh kerana agak busy dengan tugas di pejabat 2-3 hari lepas, yang perlu disiapkan dengan segera jadinya terpaksa la saya menanguhkan hasrat masukkan entry masakan di blog..jadinya saya mulakan entry masakan pasta yang telah di fusion kan campuran barat dan timur..anak2 buah saya dirumah terutamanya yang dewasa seperti kak esah gan iqin memang suka makan pasta kalau di masak apa jenis sekali pun sama ada di goreng, cabonara, marinara, olio, blogenesse atau apa2 saje setiap minggu pun mereka tak akan jemu..

Resepi yang akan saya kongsikan ini dibuat oleh akak saya milah minggu lepas pada 31 Ogos sebelum saya berjalan2 merdeka raya sempatlah saya merasa spagetti berkuah tomato udang yang sedap sebab agak pedas2 sedikit dan bila nak makan taburkan dengan parutan keju dan bawang goreng yang mendatangkan rasa lemak2 dan sedappp sangat sebab aishah ajer makan sampai 3 mangkuk..melampau akak esah tu kalau dah suka sesuatu makanan tu memang dia bedal betul2..hehehe jgn sampai jadi montel macm mak j sudah la yer..Jom kita semak resepi di bawah ini..



Spagetti Berkuah Tomato dan Udang...

Bahan-Bahan:
1 peket spagetti - rebus hingga masak dan toskan airnya gaulkan dengan 2 sudu makan minyak zaitun
300 gm Udang sederhana besar - bersihkan buang kepala dan kulitnya tinggalkan ekor sahaja
2 senduk lada blender
10 ulas bawang merah- diblender halus
 3 ulas bawang putih - diblender halus
1 inci halia - diblender halus
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 tin tomato puree  - tin sedang
Air secukupnya - lebih kurang 1200 liter
2 senduk sedang tomato sos
garam dan gula pasir secukupnya
(kalau nak letak perisa atau kiub ayam pun boleh)
minyak untuk menumis

Bahan2 untuk taburan:
Parutan keju cheddar secukupnya
Bawang goreng secukupnya
Daun Bawang dan daun sup yang dihiris secukupnya

Cara:
1. Spagetti di rebus dalam air mendidih hingga masak mengikut arahan di pek dan toskan gaulkan dengan  2-3 sudu makan minyak zaitun dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk anggaran 2 senduk sedang tumiskan bawang besar yang didadu hingga berbau harum dan layu, masukkan cili blender dan bawang blender serta halia. Tumislah sehingga cili agak garing dan naik minyak.
3. Masukkan tomato puree dan gula kacau sebentar masukkan juga tomato sos dan masukkkan air. Biarkan agak mendidih masukkan pula udang dan masukkan sedikit garam rasakan kesesuaian masam manis dan masin kuah ini.jika gunakan perisa ajinomoto atau kiub perisa masukkan sekali.
4.Masak sehingga sebati dan agak memekat sedikit. Padamkan api dan hidangkan bersama Spagetti yang direbus tadi. Hiaskan dengan bawang goreng dan daun sup/bawang yang dihiris dan parutan keju cheddar.. sedappp cubalah..

No comments:

Post a Comment