Assalamualaikum...
Salam ahad untuk semua teman2 dan pengunjung ZLC yang saya kasihi...apa kabar semuanya semoga sentiasa sihat dan dibawah lindungan Allah hendaknya..dah lama sangat saya menyepi dari dunia alam maya nie kan tak silapnya yang terakhir entry ucapan hari raya sehari sebelum raya iaitu 7 Ogos...wahhhh lama betul kan nie dah 25 Ogos dah masuk hari kebarapa ekk dalam bulan syawal rasanya dalam 18 hari kot...pantas betul masa berlalukan kawan2..
Seperti biasa di negara kita nie musim raya nie musim orang buat rumah terbuka atau open house di sana sini..mungkin budaya yang telah di jadikan amalan nie bertujuan untuk memudahkan tuan rumah untuk menerima kunjungan tetamu sekaligus atau satu waktu sahaja..senang dah masak2 datang lah beramai2. mungkin juga kerana sesetengah orang x punya banyak waktu berada di rumah jadi bila ada kelapangan baru lah dibuat majlis sebegini...tapi bagi saya untuk berziarah hari raya x kiralah sama ada di undang ke rumah terbuka atau tidak yang pentingnya tujuan kita bertemu sesama saudara mara dan sahabat handai bagi mengeratkan lagi hubungan siratulrahim antara kita.
Saya pun ada dapat undangan ke rumah2 terbuka sepanjang musim raya ini tapi ada yang dapat di hadiri ada juga yang tak dapat dihadiri.. nak buat rumah terbuka sendiri untuk undang saudara mara dan kawan2 pun rasanya tak berkesempatan lagi..tengoklah bila ada masa yang bersesuaian...sebabnya saya asik lah berjalan ke sana kemari,,,xpenat2 berjalan..hehehe..
Ok lah panjang lebar saya bercerita mengenai suasana dan mood bulan syawal nie ekk..oleh kerana dah lama dapur saya sendiri pun tak berasap hari nie saya nak masukkan gambar juadah hari raya orang bujang...al-maklumlah walaupun saya sendiri ajer nak juga masak2 untuk hari raya kan.,,,so hidangannya pun sangat simple ketupat segera nona, rendang campur daging dan hati, sambal kacang dan serunding ikan...tu ajer lah...lepas makan pagi raya tengaharinya saya dah ke rumah along n SIL saya ikut mereka beraya..sampai kemalaman..
Rendang daging + hati.. |
sambal kacang sedappp cukup rasa.. |
Raya kedua kakak saya dari KL dan Bkt Kepong balik sini so beraya lagi sampailah hari raya ke 5 memang tak berasap dapur saya sebab beraya di luar ke rumah saudara mara jauh dan dekat so bila di jamu dengan apa2 juadah makan ajerlah kan...naseb baik di musim2 perayaan nie saya dah beringat untuk berhati2 bila makan tak boleh ikut sedap anak tekak saya ajer..jadinya alhamdulillah sepanjang musim raya nie sihat la juga..k lepas2 nie mungkin saya kongsikan resepi yang mudah2 untuk kawan2 semua yer hingga bertemu di n3 seterusnya...salam sayang dari ZLC..
Hidangan raya org bujang lodeh pun malas nak masak.. |
No comments:
Post a Comment