Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Thursday, August 29, 2013

Ayam Szechuan ~~versi saya..

Assalamualaikum...

Salam khamis 29 Ogos untuk semua kawan2 dan pengunjung ZLC yang saya sayangi..cepat betul masa berlalukan kawan2. Hari nie dah masuk 29 hb Ogos 2 hari lagi negara kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 56 tahun...jatuh pada hari Sabtu jadinya tak ada ler cuti ganti..kalau pada hari Ahad dapatlah cuti ganti pada isnin...asik nak cuti saje saya nie..hehehe x cukup2 nak berehat ajer memanjang..bermalasan atau bersantai2 tentu seronokkan..kalau ada weekend yang panjang. Ok lah x boleh nak citer panjang hari ini sebab ada urusan yang perlu dibereskan sebentar lagi...

Saya nak berkongsi dengan kawan2 sejenis resepi masakan china selatan rasanya iaitu szechuan..yang rasanya agak pedas..saya memang gemar makan masakan cina yang halal x kiralah dim sum ke dumpling ke, masakan seafood atau sayuran2 yang di masak ala cina memang ngam gan citarasa tekak saya yang antarabangsa nie, makanan western boleh masuk, indian food boleh, masakan arab boleh, kalau masakan melayu toksah lah nak kata semuanya alhamdullilah rezeki yang x akan di tolak, cuma tolak batu gan kayu asal ianya halal dan bersih dan sesuai dimakan..tu pun ada gak batu dan kayu yang saya suka iaitu ubi kayu dan jambu batu...hehehehe...sorry yer kawan2 saya bergurau jer..orait kita stop dulu gurau senda saya pada pagi nie jom lah kita tengok resepi ayam szechuan versi saya yang saya masak tadi malam makan gan anak buah saya Iqin..kata ikin sedap sampai bertambah2 nasi Iqin..lain kali boleh masak lagi.

Ayam Szechuan..

Bahan-Bahan:

400 gram isi ayam - di potong sederhana kecil
1 labu bawang besar - di dadu kasar
4 ulas bawang putih dicincang
2 inci halia - dihiris
1 biji lada capsicum merah - di dadu kasar
5 batang cili kering - di potong 2 cm
2 sudu makan - sos tiram
1/2 cawan kicap lemak manis (saya guna jenama Jalen)
4 sudu makan - sos tomato
4 sudu makan - sos lada hitam (saya guna jenama Bumi Hijau)
(kalau tak ada sos lada hitam - boleh guna satu camca teh serbuk lada hitam)
sedikit air - dalam 3/4 cawan sahaja
 garam jika perlu - sedikit sahaja sebab semua sos2 di atas dah ada perasa.
sedikit minyak masak untuk menumis.

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih yang dicincang hingga berbau harum dan perang sedikit masukkan bawang besar dadu dan halia hiris, balik2kan masukkan pula cili kering yang dipotong tadi. Kacau pantas jangan sampai cili kering hangus sebab cili kering cepat garing, masukkan juga lada capsicum merah.
2. Masukkan pula ayam balik2kan hingga ayam berubah warna masukkan semua jenis sos dan kicap diikuti dengan air masak sehingga ayam empuk dan masakan agak memekat.  Rasakan jika perlu ditambah dengan sedikit garam. Padamkan api dan hidangkan panas2 bersama nasi panas, kalau suka boleh hiaskan dengan daun salad atau apa2 yang bersesuai.  sedap cuba lah kawan2..


2 comments:

  1. Hari ini kami berbukapuasa nasi ayam bersama ayam Szechuan. Memang lazat

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Zalekha kerana berkongsi resipi.

    ReplyDelete