Popia Sayuran
Secukupnya Kulit Popia - saya guna kulit popia size sederha dan
lapik 2 helai sebab kulit popia agak nipis dan mudah koyak.
Bahan2 Untuk Inti:
1 biji sengkuang yang kecil aje - parut atau hiris batang mancis halus
1/4 biji kobis kecil - hiris halus
1 mangkuk kecil - mix vege frozen
1/2 labu bawang besar didadu halus
2 ulas bawang putih - dicincang
secukupnya udang kering - untuk rencah direndam sebentar dan tumbuk
sedikit serbuk lada putih
garam secukup rasa
1 camca teh serbuk ayam pasti sedap
1/4 cawan air
sedikit minyak masak untuk menumis
Cara:
Panaskan Minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih cincang bersama bawang besar yang didadu halus hingga layu dan berbau harum masukkan juga udang kering tumbuk. Masukkan sengkuang, kobis yang di hiris halus. Balik2kan dan masukkan air sedikit, masuk kan mix vegie dan balik2kan sebentar.. perasakan dengan garam dan sedikit serbuk lada sulah. Masak sekejap sahaja tak perlu lama2 padamkan api dan sejukkan inti dahulu sebelum dibuat popia.
Cara untuk gulung popia:
Ambil 2 helai kulit popia di letakkan selisih sedikit sahaja. Masukkan inti dalam 2 sudu makan dan gulungkan kemas. Lekatkan hujungnya dengan bancuhan tepung dengan sedikit air dan buatlah sehingga habis. Panaskan minyak dalam kuali untuk mengoreng terendam. Gorengkan sehingga keperangan dan garing. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama sos cili atau apa2 sos kegemaran anda cubalah sedap.
No comments:
Post a Comment