Masakan Yang Lahir Dari Sentuhan Rasa Kasih Sayang Buat Insan-Insan Yang Menyayangi Diriku Ini..
Zalekha Luvs Cooking
Thursday, August 30, 2012
Salam Kemerdekaan ke 55..
Assalamualaikum..
Sempena hari kemerdekaan bumi bertuah Malaysia yang ke 55 pada 31 Ogos 2012 saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari kemerdekaan untuk semua warga Malaysia dimana jua anda berada.. Saya berasa amat bangga dan bertuah di lahirkan di Malaysia yang aman makmur dan pastinya akan mencurahkan khidmat bakti dan taat setia pada negara Malaysia yang tercinta..
Wednesday, August 29, 2012
CHOC CHIP CADBURY DELIGHT..
Assalamualaikum...
Nampaknya macam susah sangat saya nak mulakan intro mengupdate di blog, naper ek ke sebab hari ini merupakan wordless wednessday atau rabu yang bisu...ntah la pada saya sama ajer..cuma tahap mood hari ini agak sejuk@baik la tu sebab cuaca tak berapa panas n redup ajer..mungkin sebab dalam seminggu ini asyik hujan di sebelah petang so bila time pagi dan tengahari cuaca molek sahaja...
Sebenarnya hari ini cuma nak berkongsikan gambor choc chip cadbury delight yang saya buat semasa raya ke 5 tak silap saya...sebelum hari raya kemarin ada juga saya masukkan resepi choc chip@famous amos tu kan di SINI so yang ini tak yah resepi yer...cuma ada penambahan coklat cadbury dan chunk almond serta extra almond nib..kiranya sangat mewah lah biskut yang ini...tapi resepi asas masih gunakan resepi yang sama ok...jom la kita tengok2 sedikit dari gambar 3CnD cookies yang saya buat tu yer..untuk office mate dan boss saya cenderakasih dari Zalekha Luvs Cooking..kalau saper2 nak oder pun boleh harganya boleh pm pada saya di Facebook atau di email ok...

utk ofis mate..jd la rasa sorang sikit.. |
Tuesday, August 28, 2012
Kek Marble Mentega Berkastad Buah-buahan..
Assalamualaikum...
Salam selasa untuk semua, dah masuk hari raya yang ke sepuluh tentu semua yng bekerja dah naek kejekan..ada ker yang masih dalam mood bermalasan..entah lah bagi saya sama ajer..keje tetap kena pi keje nanti missuuru pulak n kena marah gan bos..tapi mood raya tu tetap ada sebab raya kan sebulan jadinya kalau ada saper2 yang nak buat open house n nak mengundang saya insyaAllah saya akan datang kalau tiada aral melintang.
Masyarakat malaysia memang kaya dengan budaya open house kerana bila musim2 raya kekadang tu sampai dah terkeluar dari bulan syawal pun masih ada yang mengambil kesempatan untuk mengadakan rumah terbuka..kerana di waktu2 beginilah sahaja dapat bertemu dengan sahabat handai dan saudara mara sambil berjamu selera dapat mengeratkan lagi silatulrahim..saya pun terfikir bila agaknya nak ajak kawan2 saya datang untuk makan2 sebab nak tengok tarikh yang bersesuaian..kalau asik nak berjalan2 tentu tak dan nak adakan rumah terbukakan..tapi tak kisah la saper nak datang jemputlah makan kueh2 raya yang ada cuma kalau kita dah tetapkan tarikh dan undang kawan2 pasti ada juadah sampingan selain kueh raya..yer tak,,
Ok lah kita tinggalkan dulu cerita rumah terbuka..saya nak kongsikan resepi kek marble berkastad buahan2 yang saya buat masa hari raya kedua..kononnyer kek hari jadi lah tu..jom kita semak resepi di bawah ini..
Kek Boleh di sediakan terlebih awal dan kemudian sediakan topping kastad buahannya.
Kek Marble Mentega
Bahan-bahan:
300 gram mentega berkualiti tinggi - saya guna SCS
280 gram tepung gandum *
1 camca teh baking powder* (*disatukan dan diayak)
1 sudu makan ovallate
4 sudu makan susu cair
5 biji telur gred A
250 gram gula halus (gula pasir yang diblender)
1 camca teh esen vanilla
Sedikit pewarna makanan hijau
Sedikit pewarna makanan kuning (atau biarkan pada warna asal)
Sedikit pewarna makanan pink
Cara:
Topping Kastad Buah-buahan
Bahan: Untuk Kastad
1 cawan tepung kastad
1/2 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
2 1/2 cawan air
1 camca teh esen vanilla
Cara Masak Kastad:
Masak kesemua bahan di atas dalam periuk hingga memekat dan keluar gelembung angin..kacau selalu dengan whisker atau senduk kayu dengan api perlahan dan kena buat pantas sebab nak letak atas kek dan atur buah2an diatasnya.
Bahan Untuk Buah-Buahan:
1 tin buah-buahan cocktail campuran dalam tin - buang airnya dan toskan
1 tin buah peach slice - di buang airnya dan ditoskan
1-2 biji buah kiwi - di buang kulit dan potong kecil
1-2 biji buah oren - di buang kulit dan poton kecil
Cara untuk menghias kek:
1. Keluarkan Kek dari tin atau loyang kek letakkan di atas papan kek, ambil plastik putih yang agak keras ukurkan sekeliling kek dan lilitan plastik mestilah di lekatkan rapat2 pada kek dan hujungnya lekatkan dengan cellophane tape. pastikan plastik berukuran tinggi dari kek kalau kek dalam 3 inci tinggi plastik mistilah 5 inci supaya bila letakkan kastad tidak melimpah.
2. Pastikan lilitan plastik benar2 rapat atau boleh juga ambil tali dan di ikatkan pada sekeliling plastik. Sudukan kastad atas kek secukupnya dan ratakan sedikit. susunkan hirisan buah peach di sekeliling kastad dan letakkan pula buah kiwi dan orange yang dihiris berselang seli, akhir sekali letakkan buah2an coktail di tengah2.
3. Jika ada jelly berwarna putih boleh juga dimasak dan bila agak2 suam curahkan diatas buah2an tadi agar nampak berkilat..tapi saya tak buat. Siap untuk dihidang atau boleh juga disejukkan dahulu di peti sejuk sebelum dihidang.

- Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin 4 segi 9 inci x 9 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak
- Putar mentega hingga putih, gunakan kelajuan sederhana laju. Perlahan kan kelajuan dan masukkan telur sebiji demi sebiji putar lagi hingga adunan sebati dan kembang masukkan juga susu cair, esen vanilla dan ovallate putar lagi..
- Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit, putar hingga semua bahan bergaul rata
- Bagi adunan pada 3 bahagian, 1 dicampur warna hijau, kacau rata. 1 dicampur warna kuning, kacau rata dan 1 lagi dicampur warna pink, kacau rata. Sudukan berselang seli setiap warna secara bertindih dalam tin kek tadi, hingga habis, kemudian lorekkan dengan hujung pisau atau lidi 3 - 4 kali. . Nanti marble akan menjadi semasa proses memasak.
- Bakar 50 minit hingga 1 jam, ikut oven masing, jika kek masih belum masak, sambung bakar lagi sekejap. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek anda telah masak.
Topping Kastad Buah-buahan
Bahan: Untuk Kastad
1 cawan tepung kastad
1/2 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
2 1/2 cawan air
1 camca teh esen vanilla
Cara Masak Kastad:
Masak kesemua bahan di atas dalam periuk hingga memekat dan keluar gelembung angin..kacau selalu dengan whisker atau senduk kayu dengan api perlahan dan kena buat pantas sebab nak letak atas kek dan atur buah2an diatasnya.
Bahan Untuk Buah-Buahan:
1 tin buah-buahan cocktail campuran dalam tin - buang airnya dan toskan
1 tin buah peach slice - di buang airnya dan ditoskan
1-2 biji buah kiwi - di buang kulit dan potong kecil
1-2 biji buah oren - di buang kulit dan poton kecil
Cara untuk menghias kek:
1. Keluarkan Kek dari tin atau loyang kek letakkan di atas papan kek, ambil plastik putih yang agak keras ukurkan sekeliling kek dan lilitan plastik mestilah di lekatkan rapat2 pada kek dan hujungnya lekatkan dengan cellophane tape. pastikan plastik berukuran tinggi dari kek kalau kek dalam 3 inci tinggi plastik mistilah 5 inci supaya bila letakkan kastad tidak melimpah.
2. Pastikan lilitan plastik benar2 rapat atau boleh juga ambil tali dan di ikatkan pada sekeliling plastik. Sudukan kastad atas kek secukupnya dan ratakan sedikit. susunkan hirisan buah peach di sekeliling kastad dan letakkan pula buah kiwi dan orange yang dihiris berselang seli, akhir sekali letakkan buah2an coktail di tengah2.
3. Jika ada jelly berwarna putih boleh juga dimasak dan bila agak2 suam curahkan diatas buah2an tadi agar nampak berkilat..tapi saya tak buat. Siap untuk dihidang atau boleh juga disejukkan dahulu di peti sejuk sebelum dihidang.
Monday, August 27, 2012
Raya ke 2...Birthday yang ke..oppss rahsia..
Assalamualaikum...
Salam Isnin bersamaan 9 Syawal untuk semua teman2 yang dikasihi dan pengunjung blog ZLC yang saya sayangi...sebenarnya nak meng-update entry yang ini semalam tapi oleh kerana semalam hari Ahad saya agak sibuk sedikit pagi2 lagi saya dah keluar dengan cikgu su untuk menghantar anak saudara saya ke kelas tuisyen di bandar jadi kami pun bersarapan di warung saga...balik dari sarapan saya singgah pula di rumah su dan hantar pulak adik su bad ke asrama...pada rancangan awal nak ke Angsana jalan2 tapi dapat pulak panggilan dari SIL saya yang mengajak ke Singapore saya pun apa lagi..setuju ajer lah...jadinyer seharian suntuk saya tiada di rumah..
Di Singapore kami menziarahi Mak Uda Midah di Hougang, sepupu kepada arwah abah saya...kami pergi bertiga sahaja iaitu Along saya bersama Kak Zam dan saya...apalagi dah berjumpa mak saudara kami banyak lah cerita2 lama yang kami bualkan...sampai hampir jam 5 baru kami ke satu lagi destinasi iaitu Mustafa Center...disini kami bukan berbelanja apa pun cuma membeli beras basmathi India Gate yang sangat panjang butiran nasinya bila di masak...perjalanan balik alhamdulillah sangat lancar dan tak jem pun kalau x punya la sesak jalan di tambak tu..ok lah panjang pulak saya bercerita tentang berziarah raya di hari terakhir cuti semalam..
Saya nak kongsikan sedikit lagi gambar2 yang sempat saya snap semasa hari raya ke 2 tempoh hari yang kebetulannya jatuh pada 20 Ogos iaitu hari lahir saya...dah very d old..opss young kot saya rupanya dah berganjak satu lagi angka pada usia...sebenarnya pada hari raya kedua kakak saya Hjh Siti Norbadar atau Angah saya yang tinggal di Taman Suria adakan majlis tahlil arwah dan buat sedikit jamuan hari raya untuk adik beradik kami dan kawan2 Angah dan suaminya Abg Lan...
Jadinya menumpang la hari jadi itu pun buat kek sendiri jer...Kek Marble Butter dengan Kastad Buah2an...saya sempat juga buat mini sardin puff, mini sausage n crabstik roll dan yang lain2nya angah saya la yang buat ada Nasi Goreng, Mee Goreng Spaghetty, Arissa Ayam ..masakan arab nie..Kambing golek yang ditempah oleh abg Lan.. sedapppp u sangat soft n tender lawan pulak dengan sos lada hitam dia yang sedap serta salad campuran thousand island.. buah2an serta kueh2 raya..tu ajer lah..
Jom kita tengok sebahagian dari gambar2 yang sempat saya ambil pada hari tersebut..tiada acara potong2 kek sebab kek buah2an mana nk letak lilin kan...buat malu jer nnti kena tiup lilin..hehehe...ok la sehingga bertemu bila2 saya ada kesempatan saya akan masukkan entry masakan pula yer..Taklupa juga nak ucapkan terima kasih pada semua yang mengucapkan selamat hari lahir pada saya...terima kasih atas doa2 kalian semua..amen....
kek besday girl buat sndiri huhu..butter marble cake with fruitty custard topping.. |
Salam Isnin bersamaan 9 Syawal untuk semua teman2 yang dikasihi dan pengunjung blog ZLC yang saya sayangi...sebenarnya nak meng-update entry yang ini semalam tapi oleh kerana semalam hari Ahad saya agak sibuk sedikit pagi2 lagi saya dah keluar dengan cikgu su untuk menghantar anak saudara saya ke kelas tuisyen di bandar jadi kami pun bersarapan di warung saga...balik dari sarapan saya singgah pula di rumah su dan hantar pulak adik su bad ke asrama...pada rancangan awal nak ke Angsana jalan2 tapi dapat pulak panggilan dari SIL saya yang mengajak ke Singapore saya pun apa lagi..setuju ajer lah...jadinyer seharian suntuk saya tiada di rumah..
Takzirah sebelum bacaan Tahlil.. |
Saya nak kongsikan sedikit lagi gambar2 yang sempat saya snap semasa hari raya ke 2 tempoh hari yang kebetulannya jatuh pada 20 Ogos iaitu hari lahir saya...dah very d old..opss young kot saya rupanya dah berganjak satu lagi angka pada usia...sebenarnya pada hari raya kedua kakak saya Hjh Siti Norbadar atau Angah saya yang tinggal di Taman Suria adakan majlis tahlil arwah dan buat sedikit jamuan hari raya untuk adik beradik kami dan kawan2 Angah dan suaminya Abg Lan...
kambing golek tergolek2..hehehe |
Jadinya menumpang la hari jadi itu pun buat kek sendiri jer...Kek Marble Butter dengan Kastad Buah2an...saya sempat juga buat mini sardin puff, mini sausage n crabstik roll dan yang lain2nya angah saya la yang buat ada Nasi Goreng, Mee Goreng Spaghetty, Arissa Ayam ..masakan arab nie..Kambing golek yang ditempah oleh abg Lan.. sedapppp u sangat soft n tender lawan pulak dengan sos lada hitam dia yang sedap serta salad campuran thousand island.. buah2an serta kueh2 raya..tu ajer lah..
kambing golek yg telah dislice.. |
salad 1000 island mkn gan kambing golek |
Jom kita tengok sebahagian dari gambar2 yang sempat saya ambil pada hari tersebut..tiada acara potong2 kek sebab kek buah2an mana nk letak lilin kan...buat malu jer nnti kena tiup lilin..hehehe...ok la sehingga bertemu bila2 saya ada kesempatan saya akan masukkan entry masakan pula yer..Taklupa juga nak ucapkan terima kasih pada semua yang mengucapkan selamat hari lahir pada saya...terima kasih atas doa2 kalian semua..amen....
jemput lah makan..apa yang ada.. |
Arissa Ayam...makan dengan honey n lada garam..masakan arab sedappp |
nie aje yang akak buat mini sardin puff gan mini sausage n crabstik roll.. |
Akiff |
Luqman dengan ayah dia..Aman Shah.. |
Qistina dengan mama dia Nora |
Akiff yang asik tersengih tutup lak mulut tu.. |
Danial baby baru Nigel anak buah saya.. |
Sunday, August 26, 2012
Raya 2012...cucu2 saudara yang pertama kali beraya..
Assalamualaikum...
Salam 8 syawal untuk semua teman2 dan pengunjung2 yang sudi singgah di ZLC nampaknya semakin berhabuk dan bersawang blog nie kerana dah lama saya tak dapat mengupdate..so buat pertama kali bersiaran untuk Hari Raya 2012 ini saya ingin kongsikan bersama anda semua sedikit dari gambar yang sempat saya ambil di hari raya pertama, kedua dan seterurusnya...rasa macam 2 hari jer yang saya snap pic pastu dah terasa malas..tu pun kebanyakannya gambar cucu2 sedara saya..dh tua dah tok j nie ek ramai dah cucu, gambar2 candid keluarga dan majlis tahlil arwah di hari raya ke 2 (pic untuk raya ke 2 akan saya update kemudian yer) di rumah kakak saya di Taman Suria...lets d picture do d talking ok..untuk semua selamat hari raya maaf zahir batin dari Zalekha Luvs Cooking..

yang baju hijau tu Mohd Akiff bin Mohd Yunos cucu n yg cute berkebaya tu Qistina aunty dia.. |
yang ini akid anak ayong cucu sedara yg ke 2.. |
Akak amik pic sndiri..so xdan nk posing..hehehe |
Akiff yang sangat aktif n laju bile bjln tp pegang jari ayah dia.. |
along, acheh, pcik n my cousin Ronnie @ Makcik house 1st raya.. |
kekanda2 ku bersama kak z n ain.. |
Tuesday, August 21, 2012
Hari Raya...Cuti Seminggu...
Assalamualaikum...
Salam 3 syawal pada semua teman2 dan pengunjung Zalekha Luvs Cooking, mohon maaf atas segalanya sepena syawal yang mulia ini..saya menyusun sepuluh jari dari kejauhan menghulurkan salam kemaafan.
Oleh kerana sepanjang minggu pertama Syawal ini saya tak dapat bersiaran dan mengupdate apa2 di blog kerana masalah teknikal line dan juga berziarah syawal bersama adik beradik yang lainnya ke rumah saudara mara yang lebih tua, jadi saya tangguhkan n3 ke blog ZLC ini buat sementara waktu ok..
Salam sayang dari saya semoga kita bertemu lagi di minggu hadapan...insyaAllah..
Friday, August 17, 2012
Lagu2 Raya...nostalgia..
Assalamualaikum...
Salam Jumaat bersamaan 28 Ramadhan..hanya tinggal satu hari sahaja umat islam akan menyambut kedatangan Syawal..nampaknya saya masih lagi di pejabat menjadi penunggu yg setia sebelum mula bercuti raya mulai esok selama seminggu..so oleh kerana dh takder mood lagi jom arr kita nikmati lagu2 raya nostalgia yang menjadi pilihan saya ini ok...jom layan..

Thursday, August 16, 2012
Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin..
Assalamualaikum...
Salam Khamis 16 Ogos bersamaan 27 Ramadhan...begitu pantas masa berlalu dan kita akan meninggalkan Ramadhan..mungkinkah kita semua dapat bertemu dengan Ramadhan yang akan datang, bulan puasa dah
tinggal 2 hari sahaja kita semua akan mengucap kan selamat tinggal kepada bulan yang Mulia yang hanya datang setahun sekali. YA ALLAH berkati lah Ibadah kami dalam RahmatMU - Amin..
Dalam kedatangan Syawal pastinya ramai di antara kita mengambil peluang untuk pulang berhari raya ke kampung halaman masing2 meraikan hari yang mulia ini bersama insan2 yang kita sayangi..dan bagi yang telah ketiadaan insan tersayang seperti saya yang kehilangan ayah dan bonda, hanya linangan airmata kerinduan dan keheningan Aidilfitri mengamit perasaan hati ini..hanya Al-Fatihah yang mampu dikirimkan buat ayahbonda yang dikasihi dan mereka2 yang telah pergi meninggalkan kita terlebih dahulu..bagi mereka yang masih mempunyai ibu bapa pulanglah dan jagalah mereka sebaiknya selagi hayat mereka ada..
Untuk anda semua ada serangkap pantun yang tak bersusun di bawah ini..
Untuk semua perantau di kota,
Pulanglah ke desa berhari raya,
Berhati2 di jalan raya,
Ingatlah pada insan2 yg menanti kepulangan kita,
Bermaaf2an sesama kita,
Semoga hidup aman bahagia..
Untuk kanda yang jauh di mata
Maaf dipinta dari kejauhan sahaja..
Semoga kita semua dapat bersua
Dihari lebaran hari yang mulia..
Di kesempatan ini saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai kata sahabat2 dan teman2 dan juga pengunjung2 Zalekha Luvs Cooking dalam tempoh saya berinteraksi bersama anda dengan celoteh2 saya di alam maya ini ada menguris mana2 pihak maaf jua dipinta. Semoga ukhwah yang terjalin antara kita akan berkekalan hendaknya..Salam sayang, salam lebaran dari saya..luvs u all..
Wednesday, August 15, 2012
Tart Nenas...
Assalamualaikum..
Salam...bersiaran di tengah hari Rabu ini dan kali ini saya nak kongsikan resepi biskut raya yang sangat2 digemari oleh ramai orang termasuklah saya iaitu Tart Nenas. Tart Nenas ini seakan menu wajib yang ada di setiap rumah pada hari raya dan sebenarnya biskut yang bertatah atau berinti kan jem nenas ini banyak jenis sama ada ianya di gulung, dicetak, disepit, dibentuk seperti epal yang akan diletakkan inti di atasnya atau dalamnya atau pada masa sekarang dibuat pula seperti kelopak bunga atau dipelbagaikan macam2 pesen la ada...cantik2 belaka.
Tapi bagi saya orang2 lama nie tetap suka pada jenis tart tradisional yang dicetak bentuk bulat di isikan inti di tengahnya kalau yang rajin disepit tentu cantik berseri jer kueh tart dolu2 niekan..tapi oleh kerana agak cerewat kalau nak disepit satu persatu jadi berpuas hati ajer lah dengan tart biasa yang penting kulit atau pastry nya rapuh dan berbau butter yang harum serta inti nenas yang tidak terlalu manis atau masam yang membangkitkan rasa tersendiri bila kita menikmati tart...amboiiii saya siap berimiginasikan keenakkan rasa tart..maaf yer kawan2 semua sebab masih berpuasa tunggu masa berbuka untuk kita makan tart ok atau bila hari raya.. Jom kita tengok resepi tart di bawah ini ok..
Tart Nenas..
Bahan-bahan:
250 gm butter berkualiti - saya guna SCS
500 gm tepung gandum
1 camca teh esen vanilla
sebiji telur
secubit garam - jika guna salted butter tak perlu letak garam
Jem Nenas secukupnya - digentel bulat untuk senang diisi dalam tart..
(jem nenas boleh dibeli di kedai barangan kueh atau supermarket kalau rajin boleh buat sendiri)
Cara:
1. Putar butter sehingga lembut dan kembang masukkan secubit garam dan 1 camca teh esen vanilla. Masukkan juga sebiji terlur dan pukul lagi sehingga adunan butter dan telur sebati.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan bila boleh dikepal gunakan tanggan.dan gaulkan atau uli sekadar adunan butter dan tepung bercampur rata.
3. Canai atau torak adunan tart dan bentukkan dengan pencetak tart. Susunkan di dalam dulang pembakar dan isikan inti. tekan sedikit inti agar rata dan kemas. (kalau rajin boleh sepit menggunakan sepit tart)
4. Bakar di dalam oven pada suhu 170'C selama 25-30 minit atau sehingga tart masak waktu membakar bergantung pada oven masing. Sejukkan di atas redai dan simpan dalam bekas kedap udara..sedapppp cubalah..
Tuesday, August 14, 2012
Mood Raya...
Assalamualaikum...
Salam Isnin untuk semua kawan2 dah masuk ke Ramadhan yang ke 25 hari nie dah semakin terasa mood rayakan..kawan2 kat opis pun dah terasa bahang nak raya dh mula bersenandung lagu raya nampaknya..so dalam suasana syawal yang semakin menjelang tu jom la kita dengarkan satu lagu raya lama dari Rahimah Rahim..yang agak catchy..saya suka lgu ini dan untuk anda semua Selamat Berhari Raya ucapan ku untuk semua..kita mengeratkan semula hubungan saudara yang terpisah..yang jauh mengirim salam yang dekat berkunjung2an...jom layan lagu nie..klip video rtm 1994 yg dinyanyikan beramai2 artis..
Monday, August 13, 2012
Cornflake Fruitty Crunchy...
Salam...sekali lagi bersiaran hari ini sebab x dapat bersiaran dari rumah so...ni kira rushing jer..ni projek megukis ku semalam pagi n petangnya ku berjaya gak wat bangkit kerisik bunga cina yang di masukkan entrynya sebentar nanti...lepas nak wat apa ekkk..xyah lagi la kan ckuplah yang ada..n kalau sempat akan masukkan juga tart nenas yang dibuat oleh che Bedah yang ditolonnnn oleh che ah-kak leha mengentel intinya.. wokey x bleh nak story lama2 jom kita tengok resepi di bawah..
Cornflake Fruitty Crunchy..
Bahan-Bahan
250 gram butter
250 gram tepung gandum
3/4 cawan gula halus - di blend
2 biji telur
1 camca teh baking powder
1 camca teh esen vanilla
250 gram kellogs cornflake - slightly crush
150 gram dry mix fruits - (sultana, raisin, cherry, orange peel)
paper cup secukupnya
Cara:
1. Putar gula halus bersama butter hingga lembut dan kembang/ringan. Masukkan telur sebiji2 dan pukul hingga rata masukkan pula esen vanilla.
2. Tepung gandum diayak bersama baking powder, masukkan buah campuran ke dalam tepung dan balik2kan biar bersalut.
3. Masukkan tepung ke dalam adunan butter yang dipukul tadi sedikit demi sedikit berselang seli dengan cornflake yang telah diramaskan sedikit. dan gaulkan semua bahan hingga rata.
4. Masukkan adunan ke dalam paper cup dengan sudu kecil dan susun dalam dulang pembakar.
5. Bakar dalam oven dengan kepanasan 170'C selama 25 minit atau sehingga garing bergantung pada oven masing2. Simpan dalam bekas kedap udara.. sedappp n garing cuba lah..
Bangkit Kerisik Bunga Cina....again
Assalamualaikum..
Salam sejahtera dan salam 24 Ramadhan untuk semua kawan2 dan pengunjung ZLC yang saya sayangi...sebenarnya ini kira resepi ulang tayang jugak sebab saya dah 2 kali buat dalam dalam bulan puasa ini yang pertama bentuk chenta hati atau love tapi dah di makan abis oleh anak2 buah saya yang gemar rasa kueh bangkit kerisik ini..so semalam saya buat lagi 1 adunan tapi kali ini diberi sentuhan rupa yang berbeza sebab saya buat bentuk bunga n letak sedikit ceri di atasnya so saya bagi nama bunga cina...bleh mcm gitu...hehehe suka hati saya ajer kan...resepinya masih yang sama dari Kak Fida n saya copy paste kat sini juga..tqvm kak fida sebab sedap bangkit nie...
Bangkit Kerisik Bunga Cina...
Sumber: KakFida MyResepi
- 600 g tepung sagu
- 100 g tepung gandum
- 300 g butter- Saya tambah 50 gm sebab a bit dry..
- 300 g gula tepung/icing
- 150 g kelapa kerisik -(kelapa kering dlm tin di sangar kecoklatan dan kisar halus)
- 2 biji telur
- 1 sk baking powder
- 1 sk coconut essence- saya xder xletak
- 1 sk garam halus
- ceri merah - potong kecil utk hiasan - xletak hiasan pun
Cara-cara
- Kedua2 tepung disangar hingga ringan,sejukkan dan diayak
- Gula dipukul bersama butter hingga rata, masukkan telur satu-persatu dan masukkan coconut essence.
- Seterusnya masukkan kerisik, serta tepung2 dan baking powder sambil diuli hingga sebati.
- Adunan dicanai dan diterap lalu disepit dan hias di tengah2nya dgn ceri merah.- saya tak sepit pun
- Bakar dgn suhu 150C selama 15-20 min.
Saturday, August 11, 2012
Choc Chip Cookies@ Almost Famous Amos..
Assalamualaikum...
Salam sabtu untuk semua teman2 dan pengunjung ZLC yg saya sayangi...dah terasa bahang raya nampaknya di sana sinikan selain di pusat membeli belah yang sentiasa sesak dengan orang2 yang nak bershopping sakan agaknya jualan bazar raya dengan kueh raya yang beranika rupa memang begitu banyak sekali sampai rambang tengok bila kita ke bazar kueh2@cookies raya tu...tapi rasanya harap2 secantik rupa yang dipamerkan..nak merasa tak boleh sebab bulan puasakan...hehehe..saya kalau menjelang raya macam nie memang suka cuci2 mata tengok jualan seperti ini mana la tau boleh ambil idea utk buat cookies raya yang cantik2..tp di penghujungnya tetap lerrr terhasil cookies yang boleh dikatakan sama setiap tahun...asal sedap rupa saya rasa belakang kira kot kekadang cookies2 yang di jual tu lebih indah rupa dari rasa...so baik la buat sendiri walaupun kureng kecun--an nyer..muahahaha..janji sedappp n meletopsss kueh akak kan..ok tak mau bercerita panjang hari nie dah penat mengentel tart nenas tapi entry yang ini cuma nak kongsikan resepi yang pernah saya masukkan di blog sebelum ini yang saya ambil dari Blog Pn Rima dari Singapura @ Bisous A Toi...tqvm Rima sebab selalu kongsikan resepi yang sedap2 di blog anda akak panjangkan ilmu awak tu pada kawan2 yang lain juga yer resepi ni dalam bahasa inggeris saya malas nak tulis balik cuma cnp yang pernah saya masukkan DISINI.. kepada saper2 yang nak mencuba memang sedappp banget cookies ini..
Choc Chip Cookies @ Almost Famous Amos
Sumber: Pn Rima - BisousAToi
Ingredients:
250 gm Salted Butter
200 gm Soft Pack Brown Sugar
1egg
1/2 tsp Coffee Oil
1 tsp vanilla extract
1/4 cup oat or nestum -i use oat1/4 cup ground almond (i put in 1/2 cup)
300 gm self raising flour (if use plain flour add in with1 tsp of baking powder)
1 pack of Nestle Tollhouse Semi Sweet Chocolate - or chocolate chunk (i used choc chip)

1/2 cup of your favourite nut (chop finely and toasted) (optional)- i add almond nib
Method:
This is the most important step at least 2 hours before or the night before, beat the egg with vanilla and coffee oil to infuse..or u can do this the night before, refrigerate it then bring it to room tempreture before baking.
Preheat oven to 160C, Softened butter, beat in the sugar and beat in the egg, stir in the oats, ground almonds, optional chopped nut and the chocolate chunks. Sift the flour and fold in, this dough will not to be too stiff but not to wet eihter.
For small cookies, place half tsp of the dough, spaced slightly apart on the cookies sheet and bake for 20-30 mins. depend on your oven.. For large cookies place rounded tbsp of the dough spaced apart on the tray and bake for 30 -35 minutes.
Cool completely and let it sit overnight in an air tight container, this is for flavours and fragrance to develope further. Eat one freshly made and one the day after, there is a difference..

Friday, August 10, 2012
Majlis Khatam, Sumbangan Raya, Bubur Lambuk..
sumbangan duit raya dari ketua wanita bhg pulai.. |
Assalamualaikum...
Salam Jumaat 21 Ramadhan untuk semua..hari ini di sekolah saya telah berlangsungnya Majlis Khatam Al-Quran bagi murid2 yang telah bertadarus sejak awal Ramadhan dan juga pemberian sumbangan untuk murid anak-anak yatim dan miskin..dan ada juga bubur lambuk yang disediakan untuk semua warga sekolah...Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Kg Mukim Kempas yang turut menyampaikan sumbangan beras dari AP Kawasan Pulai serta Wanita UMNO bahagian Pulai yang turut menyumbangkan duit raya..Alhamdulillah nampaknya golongan asnaf yang memerlukan tidak dilupakan dalam kita menyambut kedatangan syawal nanti..bagi anak2 yang menerima sumbangan duit raya semoga dapat membeli sebahagian dari keperluan hari raya nanti..jangan pula beli mercun atau benda2 yang tidak berfaedah..ok lah jom kita lihat sedikit dari gambar2 yang sempat saya ambil tadi..tapi sayangnya gambar anak2 sedang Khatam Al-Quran saya x sempat ambil kerana berada di pejabat..so layan gambar2 yang ada ajer yer..
sumbangan duit raya dr guru besar.. |
Anak2 yang khatam Al-Quran.. |
Murid2 penerima sumbangan.. |
sebahagian dari beras dan barangan kering.. |
duit raya..alhamdulillah rezeki anak2 yatim n miskin.. |
bubur lambuk 3 periuk chef chegu mahmood n geng masak.. |
bubur lambuk untuk cikgu cikgi |
bubur lambuk utk murid2 |
dj sensasi skolah yus n ustzah som |
kak ct, mona, arina n azimah..irwana.. |
3 cikgu glam smbil wat keje..elin, fa n adik prktikum.. |
gift vip utk tok ketua n kump wanita umno.. |
org kuat di periuk cikgu feah, mek n cikgu kak wan.. |
kump. akak2 cleaner yg bnyk membantu.. |
Subscribe to:
Posts (Atom)