Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Monday, June 3, 2013

Jalan2 di Pekan....

Assalamualaikum...

Salam Isnin 3 Jun untuk semua kawan2 dan pengunjung2 ZLC yang masih sudi mengunjungi blog saya ini...terima kasih diucapkan.  Apa kabar semuanya, diharapkan sentiasa sihat dan dilimpahi rahmat Allah selalu hendaknya...

Memandangkan kita masih lagi dalam cuti sekolah di minggu ke dua ini pastinya ramai yang mengambil kesempatan untuk membawa anak2 bercuti tidak kiralah sama ada balik ke kampung atau ke tempat2 perangin.. dan  tidak kurang juga yang memenuhi undangan majlis perkahwinan di sana sini.  Saya dan ahli2 keluarga yang lain juga ambil kesempatan untuk menziarahi bapa saudara kami di Pekan, Pahang sebab memang dah lama tidak berziarah ke sana jadinya 3 kenderaan dari 3 arah atau tempat berbeza iaitu saya dan bedah mengikuti along serta kak zam..oh lupa akak kembar saya Che No juga ikut sama dari Johor Bahru menuju ke Pekan pada hari sabtu,  Dari Segamat pula Che Ni kembar satu lagi bersama suaminya dan anak2 Bedah, Yeyed Hawa n Sara yang telah dipostkan terlebih awal sebab nak ditumpangkan dalam kereta che ni dan dari KL pula kakak saya Noly n si montel Iqa n che mat..

Bila dah beramai2 berkumpul di rumah Amy Man kami di Kg Semangat, Pekan, Pahang memanglah amat seronok...dah lama kan tak berjumpa adik beradik yang tinggal di daerah laen2... dapat berkumpul ramai2 macam nie memang sangat2 meriah suasananya.. Di rumah Amy Man ada kolam ternakkan ikan Talapia Merah dan ada juga ikan keli...kawasan yang dikelilingi pokok2 hijau ada pokok2 buah2an jambu yang baru nak berputik lebat kalau dah masak pastinya anak2 buah saya sibuk meranggah tapi sebab belum nak masak lagi jambu air tu so selamat la di atas pokok lagi..hehehe.. dalam kebun kelapa sawit yang di jaga rapi xder nyamuk pun walaupun dah malam2 kami bersantai di berandar depan kolam, Amy Man ada juga menternak kambing...lupa pulak saya nak snap gambar kambing yang agak unik sebab pandai berdiri tinggi bila nak makan pucuk jambu batu dan pokok lain di tepi rumah..Kambing2 kacukan dari baka yang di import memang agak besar dan berwarna putih bersih...dan salah seekor kambing betina yang dibela tu baru melahirkan 3 ekor anak kambing...wahhh cerita pasal kambing pulak saya..mbekkk..hahaha memang teruja sebab jarang2 dapat menikmati suasana kampung, anak2 lah yang paling seronok..Aina siap terjerit2 cakap gan anak kambing suruh ikut ibu kambing...gelihati di buatnya..

Oleh kerana kolam ikan dah di depan mata tak kan tak teringin makan ikan fresh yang baru di sauk kan...so apa lagi chef2 dari Johor Bahru iaitu Chef Bedah n Chef Che No pun turun ke dapur untuk sediakan ikan stim dan ikan bakar..ada juga ketupat sotong..tapi yang ini dibeli yang baru dicandat..sedappp weiiiii.. sementara tu sempat jugak chef2 berdua dan  saya belajar buat kueh ganyang atau kuih tiram nama dia memang macam2 ada...yang di buat oleh makcik..memang sedap sebab makcik memang berjualan kueh ganyang nie..bila ada kesempatan...cewahhh bila la kerajinan ku akan sampai yer...saya pun nak buat kueh ganyang gunakan resepi makcik nanti memang sangat sedap dan terbaikkk..

Ok lah kita tinggalkan keterujaan kami  berada di kampung walaupun hanya semalam dapat tidur di sana tapi banyak sungguh moment indah yang dapat kami abadikan dan berharap akan dapat ke sana lagi...inshaAllah...dan pada hari keduanya kami ke Kg. Permatang Pauh..di Bandar Di Raja Pekan juga kerana menghadiri Majlis Perkahwinan anak kepada sepupu kami..Alhamdulillah di majlis ini dapat lah berjumpa saudara mara sebelah arwah abah kami...dah panjang lebar sangat berceritakan so jom kita cuci2 mata dengan sedikit gambar2 yang sempat saya snap selama 2 hari berada di Pekan...sehingga berjumpa di lain siaran...salam sayang dari saya di ZLC..

No comments:

Post a Comment