Masakan Yang Lahir Dari Sentuhan Rasa Kasih Sayang Buat Insan-Insan Yang Menyayangi Diriku Ini..
Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..
Thursday, July 12, 2012
Pucuk Ubi Masak Tempoyak...
Hai...salam khamis untuk semua...sekejap betul masa berlalukan hari ini dah hari khamis dan dah nak berhujung minggu..tak lama lagi nak masuk bulan Ramadhan, bulan puasa bagi umat islam..macam pejam celik ajer kan...pastu raya la pulak...cepat sungguh masa berlalu.. Ok lah saya macam tak ada idea nak bercerita apa2 hari ini...mood pun macam xberapa ada mcm boring jer gitu so saya terus sahaja ke resepi tertungguk yang pernah saya janjikan di facebook beberapa minggu lepas...lamanyer kan baru nk bersiaran resepi yang ini...sorry ek kawan2..resepi di bawah ini dalam quantity yang banyak jadi kurangkan untuk mereka yang xbrapa ramai..
Pucuk Ubi Masak Tempoyak..
Bahan-Bahan:
5 - 6 ikat pucuk ubi - di rebus dengan air mendidih letakkan sedikit garam dan 3 sudu minyak masak
2 mangkuk tempoyak (mangkuk tafufa) lebih banyak lebih sedap
semangkuk udang hidup yang kecil pun x apa -bersihkan
1/2 kg santan pekat
5-6 helai daun kunyit - dihiris halus
8 batang serai - dihiris halus
20 ulas bawang merah*
2 inci kunyit hidup - kalau xder guna kunyit serbuk*
segemgam cili padi - ikut pedas yang dikehendaki *
sedikit garam dan gula sebagai perasa
Cara:
1. Pucuk ubi yang direbus di toskan dan perahkan airnya kemudian dipotong.halus
2. Bahan2 bertanda* di blender hingga halus
3. Masukkan kesemua bahan pucuk ubi, daun kunyit hiris, serai yang dihiris, udang, bahan2 kisar, tempoyak, santan ke dalam kuali, balik2kan dan masak sehingga sebati dan memekat dengan api yang sederhana, lama sedikit lebih bagus boleh tahan lama lauk ini.
4. Perisakan dengan sedikit garam dan gula sedikit kalau nak letak bahan perisa pun boleh letak. Masak hinnga agak memekat dan boleh di padamkan api. Hidangkan bersama nasi putih...sedap cubalah
*Kalau ada petai pun sedap..boleh dimasukkan bersama.
Tuesday, July 10, 2012
Bubur Kacang Durian...
Salam n selamat petang semua...musim2 durian tentu ramai yang telah membuat berbagai2 resepi yang menggunakan durian seperti bubur kacang durian, serawa durian, bubur pulut hitam durian, bingka durian, cekodok durian, beranika kek durian dan macam2 lagi lah...saya memang suka makan durian tak kira sama ada makan begitu sahaja atau dimasak.
Sebenarnya saya buat bubur kacang durian ini malam tadi kiranya tak makan nasi makan bubur kacang durian aje, nak buat untuk minum petang tak sempat balik keje dah petang mana nak rendam kacangnya lagi tapi akhirnya jadi jugak bubur kacang yang dimakan waktu malam nie..hehehe..ok jom la kita tengok bahan2 untuk resepi dibawah yer...
Bubur Kacang Durian...
Bahan-bahannya:
250 gm kacang hijau - direndam lebih kurang 2-3 jam
1 mangkuk durian - mangkuk ice cream 1.5 liter tu
200ml santan - saya guna santan kotak ajer
1 buku gula melaka yang sedang
air secukupnya anggaran 1 liter (kalau x cukup tambah sedikit.
2 helai daun pandan - disimpul
Cara:
1. Kacang hijau direndam hingga kembang, toskan dan jerang atas dapur bersama 1 liter air atau boleh lebihkan sedikit. Rebus kacang hijau hingga kembang dan mendidih biar lama sedikit.
2. Masukkan gula melaka, dan masak sehingga gula melaka cair kacau2kan masukkan pula daun pandan durian dan santan, masak hingga bubur mendidih agak lama dengan api sederhana sambil di kacau2 selalu.
3. Padamkan api hidangkan panas bersama teh o tawar. ada orang makan bubur kacang durian bersama roti atau biskut kream cracker saya makan gitu ajer..cubalah sedappp..

Monday, July 9, 2012
3D ~ Pinggitan pi Makan2 Steamboat@Rawa..
| sebahagian dari mknan yg diambil..tp ketam n udang di sini mmg fresh dan sedap,, |
Ok lah bagi sesiapa yang suka makan steamboat boleh juga di grill.. boleh la ke tempat ini..jom la kita tengok gambar2 yang sempat saya snap ok..
| tengok la tersenyum riang kawan2 sya gf pd plakon2 korea nie dpt mkn steamboat..hehe |
| Group 3 D setelah kekenyangan... |
| naper pulak la mata akak tpjam tu..hahaha |
| selesai smua2 yg kami ambil yg tinggal hnya kulit udang dan ketam...mmg sedapppp.. |
Kuew Tiow Goreng dengan sayur Pak Choy...
Assalamaulaikum...
Salam selasa buat semua teman2 dan pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang saya sayangi nampaknya dah lama sangat saya tak menjengah ke blog yang dah ala2 suam2 kuku ke dh nk jadi sejuk beku (huhu harap2 xsampai gitu la kan) sebab tiada langsung entry masakan atau apa2 bahan yang nak saya kongsikan.. maafkan saya yang tak menjenguk2 ke blog yang dah bersawang2 nie so hari ini saya nak buat pembersihan sedikit boleh la di isi dengan resepi yang bukan baru sebenarnya tapi resepi tertunggak yang di masak entah minggu bila..xingatlah pulak.
Ok jom la kita menjengok resepi mudah seperti dibawah yer...nie pun kuew tiow goreng ala x cukup bahan so masukkan sahaja apa yang ada godak2 dalam kuali dah jadi hidangan..
Kuew Tiow Goreng
Bahan-Bahan:
300 gram kuew tiow - dicuci dan tos
12-15 ekor udang sederhana dibersihkan
2-3 pohon sayur sawi pendek pak choy cuci dan toskan (boleh guna sayuran lain juga)
5 ulas bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dicincang
2 sudu makan sambal tumis (boleh guna cili blender juga jika tiada sambal tumis)
3-4 sudu makan kicap lemak jalen
2 sudu makan sos tiram
sedikit garam dan gula sebagai perisa
sedikit minyak untuk menumis
Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah hiris dan bawang putih yang dicincang hingga layu dan berbau harum masukkan pula sambal tumis atau cili blender, tumiskan hingga pecah minyak dan agak mengaring.
2. Masukkan pula sedikit gula, garam, sos tiram dan kicap serta sedikit sahaja air. balikkan dan masukkan udang hidup, bila udang dah bertukar warna kemerahan masukkan kuew tiow dan balikkan masukkan pula pak choy dan jika guna sayuran lain seperti taugeh dan tomato, masukkan akhir sekali. Balik2kan sekejap dan boleh la dipadamkan api. Hidangkan panas2 bersama cili padi yang dihiris halus celur sekejap dalam air panas letakkan sedikit garam, gula dan cuka atau perahan jus lemon bagi yang xmakan cuka..

Thursday, July 5, 2012
Cinta Sejati..
Assalamualaikum..
Wednesday, July 4, 2012
Pie Ayam Berkentang...
Selamat petang untuk semua teman2 dan pengunjung ZLC yang saya sayangi...dah minum petang ke belum kalau masih tercari2 idea nak buat hidangan minum petang bolehlah mencuba resepi pie ayam berkentang ini..sebenarnya pie nie dibuat pada hari sabtu lepas semasa rumah saya adakan tahlil arwah jadi kakak saya yang datang dari KL..Noly tu buat pie yang telah di dua jeniskan iaitu satu diisi dengan inti savori iaitu ayam bersama kentang dan satu lagi di buat inti manis iaitu inti apple..oleh kerana sukatan yang dibuat agak banyak iaitu boleh dapat 4 mangkuk pie yang sedang berkuran 8-9 inci tu yang 2 jenis dapat..jom kita tgk resepi pie yg sama2 di torak oleh saya ini k...hahaha melampau la tu keje2 finishing aje yang saya buat..tp ada akak kesah.. Kalau nak buat sedikit sila kurangkan n dibahagi 2 sukatan di bawah yer..Untuk Inti Apple saya akan masukkan di lain entry yer.
Pie Ayam Berkentang
Bahan-Bahan:
Untuk Kulit Pie
1 kg tepung gandumg
500 gm butter - saya guna buttercup ajer
4 biji kuning telur
sedikit garam
air ais - betul2 sejuk dari peti sejuk..
Kuning telur yang dicampur dengan sedikit pewarna kuning untuk glace di atas pie
Bahan Inti Ayam Berkentang
5-6 biji kentang yang sedang - dipotong dadu sedang
500 gm daging ayam cincang - jenama ramly atau apa2 pun boleh
2 labu bawang besar - didadu
5 ulas bawang putih dicincang
2 pokok daun sup - dihiris halus
4 sudu makan rempah kurma/rempah bukhari (guna jenama faizah)-bancuh dengan sedikit air jadikan pes
air secukupnya untuk empukkan kentang
sedikit garam dan gula untuk perisa
sedikit minyak untuk menumis
Cara:
Untuk Buat Inti
1 Mula2 sediakan inti, panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih yang dicincang
masukkan bawang besar yang didadu goreng hingga bawang layu dan berbau harum, masukkan pula rempah kurma yang dicampur dengan sedikit air, tumis sehingga agak mengaring dan naik minyak.
2. Masukkan ayam cincang dan balik2kan masukkan pula kentang dan diikuti sedikit air. Balik2kan sehingga kentang empuk masukkan pula garam dan sedikit gula sebagai perisa, kalau nak letak pak aji @ msg pun boleh tapi saya xguna. akhir sekali masukkan daun sup yang dihiris halus tadi. Balikkan inti ini sehingga kesemua bahan sebati dan kentang masak empuk. Tutupkan api dan sejukkan sehingga digunakan.
Cara membuat kulit pie dan diisi inti..
1. Tepung di ayak di dalam besen, massukkan butter dan garam sedikit, gaulkan tepung dan butter menggunakan hujung jari hingga membentuk seperti serbuk roti,
2. . Setelah adunan menjadi seperti serbuk roti masukkan pula kuning telur yang dikocok sedikit gaulkan atau uli lagi dan masukkan air ais sedikit demi sedikit hingga mencukupi sahaja bila adunan yang digaul tadi boleh dikepal dan lembut rasanya.
3. Biarkan adunan lebih kurang 1/2 jam untuk proses melembutkan adunan, kemudian bahagikan kepada 4 bahagian, setiap satu bahagian pula dibahagikan kepada dua tapi untuk base kulit pastri besarkan sedikit dari penutupnya.
4. Ambil 1 bahagian doh dan canaikan sehingga membentuk bulat lebih besar dari mangkuk pie. Jika nak mudah canai atau torak di atas plastik, dan torakkan sehingga agak tipis angkat dengan plastik dan telungkupkan pada mangkuk pie, ratakan bahagian teoi mangkuk pie dengan menekankan2 sedikit di keliling mangkuk, ambil pisau dan potong reje2 yang terjuntai dari tepi mangkuk pie. ambil garfu dan cucuk di dasar mangkuk pie.
5. Isikan inti ayam berkentang tadi sehingga penuh mangkuk pie. sekarang ambil 1 bahagian doh yang telah dibahagi tadi dan torak sehingga nipis dan besarnya boleh menutupi inti pie. Ratakan dengan pisau di sekeliling penutup pie mana2 lebihan reje dan lebihan kulit pie ini boleh di torak dan dibentuk bentuk yang disukai untuk menghiaskan atas pie yang telah bertutup tadi seperti bentuk daun atau diamond shape susun atau hias ikut kreativiti masing2.
6. Di sekeliling pie ini tekankan dengan garfu agar melekat dan cucukkan sedikit diatasnya. Sapukan kuning telur yang dikocok sedikit dan dicampur dengan sedikit esen kuning di atas pie. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga pie masak dan warna keemasan dan garing. waktu membakar pie bergantung pada oven masing2.
7.. Sejukkan dan potong mengikut size yang dihendaki dan hidangkan.. selamat mencuba.

Nisfu Syaaban...
Assalamualaikum...
Salam Nisfu Syaaban buat semua umat islam diseluruh dunia, marilah kita sama2 menghidupkan malam Nisfu Syaaban ini dengan bacaan Surah Yasin dan amalan yang dilakukan oleh Baginda Rasurullah S.A.W.. sedikit dari petikan yang saya ambil dari laman Wikipedia untuk kita kongsi bersama..
Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi
tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yangg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah
telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh
lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat
demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda
dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda
berkata dalam sujudnya,
“Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan
aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung
kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu
seperti kamu memuji diriMu sendiri.”
Setelah Baginda
selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a.
“Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala
telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi
keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka
yang memberi rahmat (membuat amal makhruf dan nafi munkar) dan
melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”
Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.
Salam Nisfu Syaaban buat semua umat islam diseluruh dunia, marilah kita sama2 menghidupkan malam Nisfu Syaaban ini dengan bacaan Surah Yasin dan amalan yang dilakukan oleh Baginda Rasurullah S.A.W.. sedikit dari petikan yang saya ambil dari laman Wikipedia untuk kita kongsi bersama..
Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi
Rasulullah
Setelah Baginda
Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.
Subscribe to:
Posts (Atom)