Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Friday, August 10, 2012

Majlis Khatam, Sumbangan Raya, Bubur Lambuk..

sumbangan duit raya dari ketua wanita bhg pulai..

Assalamualaikum...

Salam Jumaat 21 Ramadhan untuk semua..hari ini di sekolah saya telah berlangsungnya Majlis Khatam Al-Quran bagi murid2 yang telah bertadarus sejak awal Ramadhan dan juga pemberian sumbangan untuk murid anak-anak yatim dan miskin..dan ada juga bubur lambuk yang disediakan untuk semua warga sekolah...Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Kg Mukim Kempas yang turut menyampaikan sumbangan beras dari AP Kawasan Pulai serta Wanita UMNO bahagian Pulai yang turut menyumbangkan duit raya..Alhamdulillah nampaknya golongan asnaf yang memerlukan tidak dilupakan dalam kita menyambut kedatangan syawal nanti..bagi anak2 yang menerima sumbangan duit raya semoga dapat membeli sebahagian dari keperluan hari raya nanti..jangan pula beli mercun atau benda2 yang tidak berfaedah..ok lah jom kita lihat sedikit dari gambar2 yang sempat saya ambil tadi..tapi sayangnya gambar anak2 sedang Khatam Al-Quran saya x sempat ambil kerana berada di pejabat..so layan gambar2 yang ada ajer yer..

sumbangan duit raya dr guru besar..
  
Anak2 yang khatam Al-Quran..

Murid2 penerima sumbangan..
sebahagian dari beras dan barangan kering..
duit raya..alhamdulillah rezeki anak2 yatim n miskin..
bubur lambuk 3 periuk chef chegu mahmood n geng masak..
bubur lambuk untuk cikgu cikgi
bubur lambuk utk murid2
dj sensasi skolah yus n ustzah som
kak ct, mona, arina n azimah..irwana..
3 cikgu glam smbil wat keje..elin, fa n adik prktikum..
gift vip utk tok ketua n kump wanita umno..
org kuat di periuk cikgu feah, mek n cikgu kak wan..
kump. akak2 cleaner yg bnyk membantu..

Thursday, August 9, 2012

Ayam Rempah Satay..Berkuah..

Assalamualaikum...

Salam n selamat petang untuk semua pengunjung ZLC yang saya sayangi..petang ini nak kongsikan sejenis resepi yang mudah disediakan dan sesuai untuk dimakan bersama nasi putih atau nasi himpit..sebenarnya lauk yang saya masak petang semalam ini untuk gandingkan dengan nasi himpit dan kuah lodeh..dan patutnya masakkan ini perlu kering sedikit tapi dah berkuah..naseb lerrr kan kekadang bulan2 puasa ini bila memasak tu agak2 nak cepat terletak lebih air jadinya berkuah ler jadinya tapi masih sedap dan sesuai ler makan gan nasi himpit...k xbleh nak bercerita panjang sebab ada urusan lain nak buat...jom arr kita semak resepi campak2 saya ini ok...

Ayam Rempah Satay..

Bahan-Bahan:

500 gram isi ayam - dihiris kiub atau kecil sedikit
2 biji bawang besar - diblend halus
4 ulas bawang putih - di blend halus
2 batang serai - diblend halus
1 inci halia - diblend halus
1 inci kunyit hidup - diblend halus (kalau xder boleh guna kunyit serbuk)
2 sudu makan - sos lada hitam (boleh juga gunakan 1/2 camcateh serbuk lada hitam) saya tambah
(lada hitam ditambah untuk dapat rasa pedas2 sikit kalau xnak pedas xpayah letak)
1-2 sudu makan - kicap lemak manis
1/2 cawan air
2-3 sudu makan gula pasir (ikut suka klau xnak manis kurangkan -tp slalunya satay berasa manis sedikit)
1/2 cawan air asam jawa - di perah dari 11/2 sudu mkn asam jawa
1 labu bawang besar - dibelah dua dan dihiris bulat
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis

Cara:
1.  Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan2 yang diblend halus, tumiskan sehingga pecah minyak dan agak mengaring. Masukkan gula dan balik2kan dan masukkan pula isi ayam yang dihirs kiub  dan 1/2 cawan air.
2. Goreng dan balik2kan sehingga ayam setengah empuk masukkan pula  air asam jawa, masukkan juga sos lada hitam (kalau ada lada hitam serbuk boleh masukkan 1/2 camca teh xpayah letak sos lada hitam) dan juga kicap lemak manis.
3. Masak sehingga ayam empuk dan agak mengering sedikit, last sekali masukkan bawang besar yang dihiris, dan sedikit garam. Balik2kan sebentar dan boleh di padamkan api.. Hidangkan bersama nasi putih atau nasi himpit.


Wednesday, August 8, 2012

Lontong..Macam dh Nak Raya jer...


Assalamualaikum...

Salam Ramadhan yang ke 19...dah semakin cepat ramadhan berlalu lebih kurang 10 hari lagi kita akan meningalkan Ramadhan dan menyambut pula kedatangan Syawal...entah kita berpeluang untuk bertemu dengan Ramadhan di tahun akan datang atau tidak..waulahualam..semoga segala amalam kita di bulan mulia ini diterima hendaknya.. Hari ini saya hendak mengongsikan resepi iftar kami sekeluarga pada petang tadi iaitu Lontong, yang siap dengan kuah lodeh, sambal udang dan ayam berkuah ala rempah sate dan nasi himpit yang dimasak lembut..sedap.  Bila sesekali dapat buat nasi himpit dan lauk2 lontong kuah lodeh, sambal udang, ayam berempah ala sate.. macam nie dah terasa seperti dah nak beraya kan...hehehe berangan jer nak raya saya nie.. jom kita tengok resepi seperti di bawah..buat masa ini saya tulis resepi bagi buat nasi himpit dan kuah lodeh sahaja ok lain kali saya masukkan pula resepi sambal udang n ayam berkuah rempah ala sate pula k..


Nasi Himpit

Bahan-Bahan:

3 cawan beras - (sukat beras masuk ke dalam mangkuk -sama paras)
3 1/2 mangkuk air - mangkuk yang sama menyukat beras tadi
sedikit garam

Cara:

1. Basuh beras dan toskan, masukkan beras dan 3 1/2 mangkuk air bersama sedikit garam jerang di atas dapur dengan api sederhana hingga beras mengembang dan menjadi seperti bubur. Kacaukan sesekali dengan senduk kayu.
2. Bila beras dah mengembang dan memekat kacau2kan selalu api boleh kecilkan supaya tidak mudah hanggit. Masakkan sehingga nasi himpit menjadi agak pekat kering dan gelembung angin keluar. Proses ini ambil masa yang agak lama sedikit dan pastikan nasi himpit cukup kering dan gelembung semakin berkurangan..Padamkan api masukkan ke dalam loyang dan tekan atau himpitkan nasi sehingga padat, boleh gunakan scraper plastik untuk menekan nasi ini.  Sejukkan lebih kurang 4-5 jam sebelum digunakan.
Potong kan bentuk kiub, hidangkan bersama kuah lodeh, sambal tumis atau rendang.

Kuah Lodeh
Bahan-Bahan:

4 biji kentang - dipotong dadu
1 batang karet - dihiris batang mancis
4-5 batang kacang panjang- hiris serong (kali nie xder kacang panjang)
1/2 biji kobis yang kecil - dihiris
2 batang  cili merah dihiris serong
3 keping tahu - potong kuib goreng embal
3 keping tempe - potong kuib goreng embal juga
2 cekak suun - direndam dan potong 2 jika panjang
2 keping tahu kering - direndam dan potong kecil
 1/2 liter santan pekat
air secukupnya >< 1.2 liter jika guna santan pekat yang dibeli..

Bahan2 rencah ditumbuk halus
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup - (xder pakai kunyit serbuk ajer 1/2 cmteh)
2 batang serai - dititik/memarkan
garam secukup rasa

Cara:

1. Masukkan  air  ke dalam periuk bersama bahan2 rencah yang di tumbuk halus kecuali garam.
2.  Bila kuah santan cair agak mendidih masukkan karat dan kentang masak hingga kentang agak empuk baru masukkan sayuran2 lain.  Masukkan pula santan pekat dan diikuti dengan tahu tempe yang digoreng embal tadi juga suun dan tahu kering yang direndam dan dipotong kecil.
3. Kacau selalu kuah lodeh ini agar tak pecah santan, masukkan garam dan masakkan sehingga sayur2 dan bahan2 lain dalam kuah lodeh ini masak kalau nak tahan lama masak hingga kuahnya cukup mendidih lama sedikit baru dipadamkan api.
4. Sedia untuk dihidangkan bersama lontong, nasi impit yang dipotong2 masukkan dalam mangkuk siramkam bersama kuah lodeh dan sayur-sayurannya dan letakkan sedikit sambal tumis  jika dihidang secara individu. atau hidangkan secara berasingan kuahnya dalam satu mangkuk dan lontong/nasi impit dalam mangkuk lain dan sambal tumis dalam mangkuk lain bersama lauk pauk sampingan. sedappp cubalah..

Monday, August 6, 2012

Kini Hati Ku Telah Tertawan...




Salam...

Tengahari yang sangat mengantuk..melayan lagu2 Kak Pah di You Tube..antara lagu lama berirama keroncong yang sangat lembut alunannya..dengarkan yer kanda bait2 kata lagu ini..dinda ngantuk nk tdo jap...muahahaha..apa ajer yang saya melalut tghari nie..jom layan lagu nie..

Sunday, August 5, 2012

Biskut Strawberry ...



Assalamualaikum...

Salam hujung minggu dan salam ceria buat semua yang saya sayangi...bz ke hujung minggu nie..mesti ada yang tengah kusyuk buat biskut raya tu  kan atau ada yang sedang mengemas rumah...tinggal 2 minggu jer nak raya kan pastinya banyak perkara yang nak dibereskan. Bila tak siap siapa yang susah..kita sendiri juga yang susahkan..saya pun pagi ini sempatlah mengodek sejenis lagi cookies pepagi hari lagi jadinya bila tengahari siap dibakar dan dimasukkan dalam telab...sajerlah tengok2 kat blog bro Rozzan dari Singapura tu ternampak biskut strawberry yang cantikDISINI tapi bila dibuat oleh ah-kak jadi strawberry yang x glam n xmenarik kalernya pun agak kepucatan...tapi ada ah-kak kesahhh..sebab anak buah akak si Aina Arissa suka sangat biskut tori nie...n sedapp kata Aina... oleh kerana chenta hati @bangkit kerisik yang saya buat mula2 tu dah selamat di pulun@bedal oleh anak2 buah saya jadi kali ini adik saya bedah dah akal kan sikenitAina biskut stoberi yang ini ada orang oder bofren pak pandir mak j yang oder...muahahaha ada2 ajer la  kan...tapi Aina tetap  dapat sebekas tecik biskut  stoberi yg sedap ini untuk Aina makan...kesian kan bila dah buat anak2 nak makan...makan ajer lah kalau xder kueh raya kita beli jer nanti biskut timbang cream craker tu cicah kopi pun sedap kan..hehehe ok lah kita tinggalkan citer Aina yang suka makan kueh raya sebab x posa..jom la kita semak resepi biskut di bawah ini yang saya copy n paste dari blog rozzan yer..terima kasih yer bro sebab akak mencuba resepi awak yang ini..baunyer harum semerbak strawberry n sedappp kata Aina..akak buka puasa nanti baru nak merasa keenakkan biskut ni..


BISKUT STRAWBERRY
Sumber : Rozzan Blogspot

Bahan-Bahan:
2 biji kuning telur
250 gm mentega
200 gm gula halus
100 gm tepung jagung
400 gm tepung gandum
50 gm badam (dikisar)
sedikit badam (utk dibuat batang berwarna hijau)
100 gm buah asam gambir (haw flakes)-dikisar
2 sudu teh pewarna merah
2 sudu teh perisa strawberry (essence atau paste) - (saya guna esen perisa strawberry)sedikit gula kaster utk ditabur atas biskut - (saya x letak xder)sedikit putih telur utk pelekat badam

Cara:
1) Pukul mentega dan gula halus hingga sebati. masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga kembang. Kemudian masukkan pewarna merah dan perisa strawberry.
2) Masukkan tpg jagung, tpg gandum, badam kisar dan buah gambir. Gaul rata-rata.
3) Uli doh, kemudian canai utk membuat biskut. Gentel2kan anggar guli kecil bentuk kan mcm strawberry
4) Sapukan putih telur pada badam berwarna hijau dan letakkan di atas biskut.
5) Kemudian dibakar dalam oven pada suhu 180 darjah Celsius.
6) Taburkan gula kaster di atas biskut setelah dibakar - (yang ini saya xbuat sebab gula castor xder)

Saturday, August 4, 2012

Tahu Anura...sedapppp weiii..



Hai...bertemu sekali lagi hari ini memandangkan belum ada rancangan nak memasak petang sikit baru ke dapur so sempatlah saya nak kongsikan resepi tahu anura yang saya buat semalam untuk iftar...sedap jugak la resepi tahu ini yang seakan2 tahu tulis yang biasa saya buat tu tapi yang ini agak lebih mudah (resepi asal ada sayuran mix veg tapi saya xder stok jd jer inti kentang berayam yg sempoiii hehe...sebenarnya saya ternampak resepi yang ini di blog Dari Dapur MaDiHaA DISINI yg katanya beliau ambil dari dapur Azean yang pernah makan n beli tahu nie di Bazar Ramadhan mana yer somewhere in KL la agaknya tu..so to both blogger saya nak ucapkan terima kasih sebab berkongsi resepi yang sedapppp ini ok...jom la kita terus lihat bahan2 yang diperlukan..saper yang ada tahu pop tu boleh cuba memang berbaloiii n sedappp..

Tahu Anura...
Sumber : Dari Dapur MaDiHaH

Bahan-Bahan:
1 paket tahu pop - lebih kurang 30-35 biji bentuk kroket
5 biji kentang yang sedang - dipotong dadu
1 cawan isi ayam cincang
1 1/2 labu bawang besar - didadu halus
4 ulas bawang putih - dicincang
2 sudu makan rempah sup - dicampur dengan sedikit air jadikan pes
1 sudu makan sos tiram
sedikit gula dan garam untuk perasa.
sedikit minyak untuk menumis
sedikit air untuk empukkan kentang ->< 3/4 cawan
2 biji telur - dikocok sedikit untuk celup tahu pop
minyak untuk mengoreng.
sedikit daun salad untuk perhiasan

Bahan untuk Sos
6-7 batang lada hidup - dikisar halus
4 ulas bawang putih - dikisar halus
gula - 3 sudu makan
cuka/air asam jawa - 1/2 cawan (kalau guna cuka agak2 yer)
air 1/2 cawan
sedikit garam
1 sudu makan tepung jagung -pemekat
sedikit bijan - disangai  untuk tabur
sedikit bawang goreng - utk tabur

Cara:
1. Mula2 sediakan inti tahu, panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar dadu bersama bawangputih cincang hingga berbau harum dan layu, masukkan rempah sup yang dijadikan pes, balik2kan hingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam kisar/cincang balik2kan dan masukkan air. Masukkan juga kentang masak sehingga kentang empuk baru masukkan sedikit gula dan garam sebagai perasa. Matikan api dan sejukkan sebelum digunakan.
3. Untuk sediakan tahu - ambil sebiji tahu di kelar atasnya untuk buat lubang sedikit, sumbatkan tahu ke dalam tahu pop sepadat yang boleh. Tahu pop berongga jadi boleh diisikan dengan inti. Buat sehingga semua tahu habis atau sekadar yang dikehendaki.
4. Panaskan minyak dalam kuali, celupkan sebiji tahu yang telah diisi inti dengan telur yang dikocok gorengkan dengan api yang sederhana, balik2kan sehingga tahu garing dan kuning keemasan. Angkat dari kuali dan toskan.
5. Untuk sediakan sosnya, masakkan lada hidup yang diblender bersama bawang putih, dalam periuk kecil masukkan gula, garam, air asam atau cuka dan air (rasa sos ini lebih sedap jika masam manis, boleh juga dibuat ala2 sos yong tahu). masakkan hingga mendidih masukkan bancuhan tepung jagung tadi..masak lagi hingga agak memekat dan padamkan api.  sejukkan.
6. Untuk menghidang ambil tahu bersumbat yang siap digoreng tadi potong kepada dua bahagian susun di dalam pinggan yang dialas dengan sedikit daun salad. Curahkan sos dan taburkan sedikit bijan dan bawang goreng di atasnya...sedapppp cubalah.





Rice Buble n Choc Chip Macaroons..

Assalamualaikum...

Selamat pagi Sabtu untuk semua rakan2 dan pengunjung ZLC yang saya sayangi apa kbar semua..semoga anda semua sehat dalam menjalani ibadah puasa..dah masuk 15 hari kita berpuasa hari ini sekejap ajer kan bila dah setengah bulan berpuasa nie memang  dah x terasa pejam celik dah nak raya pula..saya nak mohon maaf banyak2 sebab lama betul menyepi tak ada N3 pun sejak 31 july,  last masukkan n3 gulai kawah tu kan..lappy saya ini xbrapa nak ok..so hantar dia pi jumpa doc 2-3 hari service alhamdulillah boleh guna balik jimat sikit duit saya x yah beli yang baru..rupanyer masalah batery yang dah rosak dan saya xpernah keluarkan batery walaupun gunakan direct power...pandaikan so lain kali sendiri mau ingat bila gunakan apa2 laptop ke gadjet yang ada batery kena keluarkan bila tak guna..hehehe ada2 ajekan saya nie..ok lah kita tinggalkan cerita mak andeh@gf pak pander tu kejap sebab ada resepi yang nak dikongsikan kalau rajin sebenarnya ada 3 entry nk dimasukkan...adoyaiiiii bnyaknyerrrr larat ke saya...

Ok resepi yang pertama ini sejenis biskut..emm biskut kerrrr..bleh la di katogerikan biskut menggunakan bahan2 yang amat sedikit x guna tepung pun tau...saya sebenarnya masa ambil cuti tak bekerja hari khamis n jumaat buatlah projek ala2 guna bahan2 yang nak perabih stok sebelum expired iaitu  rice buble yang dah dibeli agak lama tapi x guna2 sebab tak tau nak buat apa..dulu masa beli tu ingat nak buat  rice buble coated with chocolate pun xbuat2 juga..so bila tgk2 resepi koleksi dari blog yang pernah saya print dari blog Rozzan singapura ada lah resepi Cornflakes Macaroons yang sangat cantik kejadiannya tapi oleh kerana tak der stok cornflake saya pun pepandai jer nukar..jadi gak walaupun apa eks nak discribe dia crispy outside chewy n gummy inside...anak2 buah saya terutamanya Aina Arissa suka sangat maklum budak2 tecik tu yang manis2 nie  dorang suka..ok nak ucap terima kasih pada Bro Rozzan sebab share resepi iniDISINI yang dah saya derhakakan..n kemenjadian dia xserupa sebab bahan asasnya dah berubah dari cornflakes ke rice buble..ampun kan saya yer sebab menderhaka..^___^; k kita tengok bahan2 seperti di bawah..

Rice Buble N Choc Chip Macaroons
Sumber: Rozzan blogspot

Bahan-Bahan:
250 gram Rice Buble
100 gram chocolate chip (size kecil)
4 biji putih telur
180 gram gula halus/kisar
1 camcateh vanilla
paper cup secukupnya

Cara:
1. Pukul putih telur hingga kembang, masukkan gula yang dikisar sedikit demi sedikit,putar pada kelajuan sederhana hingga putih telur sebati dengan gula dan benar2 kembang masukkan juga esen vanilla. Pukul lagi sehingga putih telur tadi betul2 pekat (stiff).
2. Masukkan ricebuble balikkan hingga rata dan masukkan choc chip raul rata. Masukkan ke dalam cupcake kecil dan susun dalam dulang bakar dalam ketuhar dengan suhu 140'c hingga garing atau lebih kurang 25-30 minit mengikut ketuhar masing2. sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara...rasa dia garing di luar  di dan dalam agak chewy n gummy..budak2 suka cuba lah...