Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Monday, July 2, 2012

Glutinous Rice Dumpling @ Kueh Chang

Assalamualaikum...

Salam  Isnin buat semua teman2 dan pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang saya sayangi...satu resepi masakan cina yang hendak saya kongsikan dengan anda semua hari ini Glutinous Rice Dumpling @ Kueh Chang Halal yang pertama kali saya cuba membuatnya dan alhamdulillah menjadi..sejak seminggu dua yang lalu saya ada menjengkat di Youtube cara2 untuk membuat Kuih Chang ini dan dari meninjau bahan yang digunakan sehinggalah saya dapat mengolah kepada citarasa kita iaitu dengan memedaskan sedikit inti di dalam chang saya ini..
Rice Dumpling yang siap direbus

Oleh kerana ada permintaan orang2 yang suka makan kueh ini iaitu my twin sister che ni n che no dan memang sukar untuk mendapat yang halal di pasaran so semalam saya pun buatlah kueh chang yang rasanya sedap bagi mereka yang gemar makan pulut macam saya dan semua2 di rumah saya...termasuklah si comel Aina Arissa tu pun suka..ok jom kita semak bahan2 yang diperlukan bagi membuat kueh Chang ini.. untuk cara2 membungkus boleh rujuk youtube yang ini ok..

Cara2 untuk membungkus boleh rujuk youtube di atas ok..

ini lah rupa kueh yang siap untuk dimakan..

Glutinous Rice Dumpling @ Kueh Chang Halal

Bahan-Bahan

1 kg beras pulut - direndam 12 jam atau semalam
40 helai - daun buluh (boleh dibeli di kedai sinseh atau supermarket) rebus dengan sedikit garam dan bila dah mendidih padamkan api serta biarkan terendam selama 12 jam
Tali Rapia secukupnya untuk mengikat.- 20  yang dipotong anggaran 2 kaki
Bahan2 yang digunakan

Bahan untuk Inti Chang:

1. 1 mangkuk isi ayamg yang di dadu - lebih kurang 3 keping dada ayam
(Tumiskan ayam ini dengan bawang yang dimayang bersama bawang putih dan sedikit halia, lada sulah dan masukkan juga sedikit kicap, masakkan anggar ayam empuk dan agak kering padamkan api)

2. 8 -10 keping cendawan hitam (shitake kering) di rendam dan dibelah 4

3. 1 cawan udang kering - di cuci dan toskan ( tumiskan udang kering bersama 3 sudu makan sambal tumis jika nak pedas lagi boleh tambah) hingga agak mengering

4.  1 cawan bawang goreng
daun buluh yang telah direndam 12 jam potong sedikit hujungnya

Bahan-bahan untuk Pulut
6 sudu makan - Oyster Sos
6 sudu makan - Kicap
4 sudu makan - minyak bijan


Cara:
1. Beras pulut yang telah direndam dan ditoskan tadi di masukkan dalam kuali dan masukkan oyster sos, kicap dan minyak bijan. Gaul dan balik2kan sehingga agak mengering padamkan api dan salinkan dalam mangkuk dan sedia.


Proses untuk membungkus Kueh Chang


1. Ambil dua helai daun buluh, yang telah direndam selama 12 jam daun buluh akan jadi lembut. letak di tapak tangan secara melintang bahagian hujungnya digunting sedikit, daun ini kemudian dibentuk seperti kun atau kelongsong kita nak buat kueh lopes atau ketupat palas, sila lihat cara2 membuatnya di Youtube
2. Isikan separuh dari kelongsong dengan pulut tadi, mampatkan sedikit letakkan intinya, ayam yang digoreng kicap tadi, sedikit udang kering bersambal, 2 hiris cendawan dan sedikit bawang goreng, tutupkan semula inti kueh kacang ini dengan pulut, tekan agar padat. 
3. Tutupkan pulut tadi  bentukkan segitiga hingga rapat dan ikat dengan tali agar benar2 rapat dan tidak terburai bila di rebus.  Buatlah sehingga habis.
4. Didihkan air di dalam periuk untuk direbus terendam kueh chang ini selama 2 jam. Bila dah masak toskan dahulu dan sejukkan.  Sedia untuk dimakan... selamat mencuba..

Sekitar Hari Keusahawanan SKPT2...

Assalamualaikum..

Salam pagi ahad dan selamat berhujung minggu pada semua teman2 dan pengunjung ZLC yang saya kasihi...hari ini nak kongsilan sedikit dari gambar2 yang sempat saya ambil semasa ke sekolah semalam.  Memandangkan semalam adalah hari terbuka sekolah dan hari keusahawanan maka banyak acara2 menarik yang diadakan seperti jualan beranika barangan daripada beranika makanan, pakaian, binatang peliharaan, barangan keperluan harian, buku2 dan acara game serta ada juga pertandingan mewarna kanak2 pra sekolah.
mendidik anak2 berniaga..

Oleh kerana saya agak sibuk semalam maka saya xturut serta dalam jualan yang diadakan kalau tak mahu juga saya menjual kueh atau makanan yang mudah disediakan, memandangkan saya dah beli kupon yang agak banyak juga so saya pun membelilah barangan yang dijual dengan harga yang berpatutan sambil sarapan pagi disana ada roti canai panas yang sedap dan juga lempeng yang dibuat oleh Jun pembantu kedai buku sekolah yang turut berniaga makanan..sedap jun lempeng gan sambal u i like n very d murah 3 keping sehengget.....nanti buatkan akak lagi yer...hehehe..oklah kita layan gambar2 sekitar hari keusahawan semalam yer..

Begitulah serba sedikit gambaran ringkas hari keusahawanan yang telah diadakan di skpt2 yang sangat2  happening meriah dan berjaya dikunjungi ramai orang walaupun pada hari yang sama ada jom heboh di Plaza Angsana..liputan yang dibuat hanya setakat 1 jam sahaja dari jam 8 - 9 pagi dan katanya memang sangat2 meriah kali ini...mudah2an tahun depan saya dapat join sama..
gerai ice blended terbaik cikgu mahmood gan cikgu azizul

gerai murid 6 orkid..

roti canai 0 satu...sedap roti canai nie..

noly, bedah n saya sempat bfast roti canai n lempeng..
En. Yusof jd dj..

Gerai che Mamat...mem dia jual anika kek coklat muffin n sandwich yg sdap..
burung yg cntik nie mahal sikit sekor rm35..saper nk leh contact cikgu solah

Thursday, June 28, 2012

Salad Segar..+ Semua Yang Segera...

Salam untuk semua...dah makan malam ke belum? ada yang dah makan dan ada yang belum yer...saya hari ini makan yang segera disediakan sahaja iaitu salad segar segera, hash brown patato @kentang segera digoreng apa yer klau dalam bahasa melayunya..n ayam goreng pun yang segera ajer..jadi penyediaannya tak makan masa cepat sahaja dah siap dan boleh dinikmati...ok lah memandangkan semua2nya segera saya kongsikan resepi salad segar segera yang ala2 x cukup bahan tapi bila dah dibuatkan dressing yang simple masam2 manis cukup sedap dimakan salada begini dan gandingan ayam goreng serta kentang hash brown memang sangat sesuai sekali...jom kita semak resepi dibawah...

Salada Segar Segera...

Bahan-Bahan

1 kuntum salad butterhead di buka kelopaknya siatkan sedikit dan cuci serta toskan
1 batang timun jepun - dibelah dua dan hiris serong
2 biji tomato segar - di potong dadu atau baji
1 biji bawang besar - dihiris nipis
1 biji lada merah - dihiris

Untuk Salad Dressing:

3 sudu makan - extra virgin olive oil
2 sudu makan gula putih
sedikit garam
2 biji limau nipis - diperahkan jusnya
(Kesemua bahan untuk dressing salad ini di gaul rata - tambah mana2 yang perlu gula atau jus limau bagi seimbangkan rasa masam manisnya.

Cara:
1. Masukkan salad butterhead, timun yang dihiris, tomato yang dipotong, cili hiris dan bawang hiris ke dalam mangkuk.
2. Curahkan salad dressing yang telah dibuat tadi ke atasnya, gaul rata dan sedia untuk dihidangkan.  Kalau nak buat lebih awal dan masukkan dalam peti sejuk pun boleh cuma bila nak menghidang baru di curahkan dengan salad dressing.  Sesuai untuk dimakan bersama ayam goreng dan kentang goreng..Sedappp cubalah...

Wednesday, June 27, 2012

Udang Butter dengan Nestum...

Assalamualaikum...

Apakabar kawan2 semua, semoga kalian sentiasa berada dalam keadaan sihat dan bagi yang kurang sihat tu jangan lupa makan ubat.. Malam ini saya nak kongsikan dengan kawan2 satu respi yang mudah dan senang disediakan tapi hasilnya sedap dan tidak mengecewakan..tapi bagi yang ada masalah alergi atau yang tak boleh makan makanan laut tu, tapi  teringin makan lah barang seekor sahaja buat sebagai ubatkan nanti meleleh pulak air liur bila tengok orang laun makan udang butter dengan nestum yang sedap nie..hehehe

Lain kali saya hendak mencuba pula buat udang butter yang gunakan kuning telur dan susu cair yang seakan floss tu teringin nak buat macam tu tapi kerana pernah mencuba dan tak menjadi tu yang frust menonggeng..,hehehe terukkan tak der lah sampai macam itu kalau teringin makan udang butter saya akan pergi ke Sayam Restoran Seafood di Taman Melati tu ajer..rasanya dalam banyak2 tempat yang pernah saya cuba udang butter kat Sayam tu yang terbaik sebab floss dia tu sangat halus dan sedap..nanti lah saya akan cuba buat jugak hingga berjaya...insyaAllah..

Ok jom lah kita terus semak bahan yang diperlukan bagi resepi ini ok...resepi ini saya belajar dari kak rosnah cc kat opis saya yang katanya belajar dari seorang Chef di salah sebuah Hotel di Batu Pahat...so terima kasih pada kedua2 chef rosnah dan chef yang x diketahui namanya tu sebab resepi anda menjadi dan sedap...

Udang Butter dengan Nestum

Bahan-Bahan:

300gm (lebih kurang 15 ekor) udang sederhana besar - dibuang hujung dan pangkalnya -bersihkan dan ditos
3 sudu makan butter
1/2 cawan nestum
5 ulang bawang putih cincang kasar
2 pelepah daun kari - lurutkan
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1/2 camca teh gula
garam sedikit sahaja -(kalau guna salted butter xperlu garam)
sedikit minyak untuk megoreng udang

Cara:
1.  Mula2 panaskan sedikit minyak dalam kuali gorengkan udang sehingga separuh masak atau bertukar warna balik2kan sebentar angkat dan toskan minyaknya.  Ketepikan.
2. Dalam kuali lain panaskan 3 sudu makan butter dengan api kecil, bila butter dah mencair masukkan bawang putih gorengkan masukkan pula daun kari diikuti dengan serbuk lada sulah, gula dan sedikit garam jika guna.
3. Balik2kan sehingga agak mengaring dan masukkan pula udang yang telah digoreng tadi. Bila udang dan bergaul rata masukkan pula nestum, kacaukan sebentar dan terus dipadamkan api.  Hidangkan bersama nasi putih atau nasi goreng...atau boleh juga diratah begitu sahaja...cubalah sedappp..

Monday, June 25, 2012

Red Velvet Cake...Yg xbrapa Red..hehe

Assalamualaikum...

Salam Isnin buat semua teman2 yang dikasihi....saya x dapat  menulis dengn lebih panjang lebar kerana mengupdate dari pejabat dan sedar x sedar dah jam 2 petang,,,almaklum bila hari Isnin banyak perkara2 yang perlu dikejarkan lebih2 lagi saya baru naik bercuti jadi banyaklah kerja2 yang perlu saya siapkan dengan segera.  Terus saja ke resepi yang saya buat semalam dan saya telah masukkan gambarnya di fb..barulah hari ini dapat di kongsikan diblog pula...resepi yang ini saya gunakan adalah resepi dari blog anak buah saya Briza dan alhamdullilah rasanya sedap...moist n yang pentingnya kurang manis...jomlah kita tengok resepi di bawah ok...terima kasih pada Liza atas resepi yang sedap ini..sila clik SINI  untuk resepi asal berbahasa inggeris ok...

Red Velvet Cake....

Bahan-Bahan:

Untuk Kek

2 cawan tepung gandum - diayak
2 camca teh baking powder - diayak
1/4 camca teh bicarbonate of soda - diayak
1 cawan butter @ 250gm pada suhu bilik
1 cawan gula halus
1/4 cawan gula perang
1 cawan butter milk pd suhu bilik - saya subtitute 1 cawan susu HL + jus 1 biji lemon
1 cawan susu cair
4 biji telur - pada suhu bilik
1/2 cawan serbuk koko - boleh guna Van Houten, Hershey's atau sebarang jenis
 2-4 sudu mkn pewarna merah - saya guna 2 sudu mkn ajer sbb tu xjd merah.
1/2 cmteh garam - yang ini saya tak letak sebab dh guna salted butter

Cara:

1. Pukul butter dengan gula halus serta gula perang hingga kembang dan ringgan, masukkan telur satu persatu.
2. Masukkan tepung yang diayak tadi bersama bahan penaik sedikit demi sedikit berselang seli dengan buttermilk, susu cair dan serbuk koko, gunakan kelajuan sederhana dan pukul kesemua bahan hingga bergaul rata dan sebati.
3. Masukkan pula  pewarna merah, kalau nakkan warna yang lebih cantik letak lebih pewarna saya hanya letak 2 sudu cherry red food colouring tu yg x brapa nak red.
4. Sediakan loyang cake jika ingin buat 3 atau 4 layer macam saya gunakan dulang cake yang agak panjang dan alaskan dengan silicon paper atau parchment paper.-boleh di beli di kedai menjual alatan kek. Gris dengan sedikit butter disekeliling acuan atau loyang. Masukkan adunan kek.
5. Bakar adunan kek dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30-35 minit, uji kek dengan mencucukan lidi bila lidi yang dicucuk ditengah kek bersih, bermakna kek telah masak.  Sejukkan kek dahulu sebelum di hiaskan dengan toppping.

Untuk Topping

1 cawan @ 250 gm butter (kalau nak gunakan 3/4 buku pun boleh)
4 sudu makan besar - tepung gandum
1/4 cawan gula halus
350ml susu
1 camcateh vanilla

Cara:

1. Panaskan butter dalam periuk dengan api yang kecil, masukkan tepung kacau selalu jangan biarkan masukkan juga gula halus.
2. Untuk mudahkan kerja gunakan whisk dan masukkan pula susu segar dan kacau hingga agak memekat
masukkan juga esen vanilla, adunan ini akan memekat sedikit apabila telah sejuk.

Cara Untuk Melapis Kek dengan Topping

1. Kek yang telah disejukkan di potong menjadi 3 atau 4 bahagian (saya potong pada empat bahagian)
2. Letak kan selapis kek di atas pinggan curahkan atau sudukan topping secukupnya sahaja, lapiskan dengan sekeping lagi kek dan ulangi proses melapis hingga habis. Hiaskan diatas kek dengan serpihan Chocolate  wafer stick yang dihancurkan atau kerak kek jika berbaki.

Selamat mencuba sedap kek nie sebab moist dan tidak manis...

Sunday, June 24, 2012

Tahu Teratai...

Assalamualaikum...

Salam Ahad untuk semua teman2 yang saya sayangi, saya nak kongsikan satu resepi yang pernah saya masukkan di blog 2 atau 3 kali juga iaitu Tahu Teratai..kali ini saya buat untuk jamuan beradap majlis perkhawinan anak office mate saya kak maria..so jom la kita tengok bahan2 yang diperlukan saya buat agak banyak dapat dalam 80 - 90 biji jadinya sila kurangkan sukatan jika nak buat sedikit ok..

Tahu Teratai...

Bahan-Bahan:

80-90 biji tahu pop - saya beli di pasar 2 bungkus besar
12 keping tahu lembut - dilecek halus
400 gram daging ayam kisar (boleh juga digantikan dengan isi udang yang dicincang)
2 labu bawang besar - dihiris dadu halus
4 ulas bawang putih - dicincang
2 pohon daun bawang dan daun sup - dihiris halus
2-3 sudu makan sos tiram
1 camca serbuk lada sulah
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis ayam
Minyak untuk mengoreng tahu teratai secukupnya.

Bahan Hiasan
Daun Salad
Cili Bangala untuk jadikan mangkuk sos
Sos cili yang dibuat sendiri atau dalam botol

Cara:

1. Mula2 sediakan tahu pop dahulu, ambil sekeping tahu pop di gunting silang di atasnya, korekkan isi dalam tahu ini dan terbalikkannya untuk dapatkan bentuk bunga - isi tahu ini dikumpul untuk masukkan dalam inti yang di buat nanti. Buat sehingga kesemua tahu selesai.
2. Untuk sediakan intinya, panaskan sedikit sahaja minyak dalam kuali dalam 2-3 sudu makan tumiskan bawang besar yang didadu halus bersama bawang putih cincang hingga berbau harum dan layu,
3. Masukkan pula ayam yang telah dibilaskan sedikit dan ditos. kacau rata masukkan sekali lada sulah dan sos tiram, serta sedikit garam dan balik2kan sehingga ayam masak dan terus padamkan api.
4. Dalam satu bekas, lecekkan tahu hingga halus menggunakan belakang gelas, masukkan juga isi tahu pop yang dikorek tadi ke dalam tahu berserta rencah ayam yang telah ditumis tadi berserta daun sup  dan daun bawang yang dihiris halus. Gaulkan rata, rasa kalau kurang garam tambah sedikit lagi garam.
5. Ambil sebiji tahu pop yang telah dibentuk bunga tadi dan sumbatkan dengan inti yang disediakan secukup hingga ke paras belahan kelopak tekan padat menggunakan belakang sudu, buatlah sehingga tahu dan inti semua habis..bahan2 untuk ini yang saya buat ini memang cukup untuk 2 beg tahu pop yang tiap satu ada lebih kurang 40-45 biji tahu.
6.  Panaskan minyak dalam kuali dan bila minyak dah panas gorengkan tahu 7-8 biji sekali mengoreng dengan api yang sederhana balik2kan tahu dan inti di dalam nyer tidak akan terkeluar jika kita tekan agak padat. Bila tahu agak kuning keemasan angkat dan toskan minyaknya.
7.  Hidangkan panas bersama sos yang dibuat sendiri atau apa2 sos kegemaran anda. Jika nak buat makan bagi jamuan boleh lah dihiaskan dengan daun salad dan aturkan mengikut kreativiti anda...selamat mencuba..




Friday, June 22, 2012

Telur Masak Melor Tani...

Hai...selamat malam dan selamat berhujung minggu semua...tadi pagi saya janji nak masukkan entry sarapankan tapi nampaknya masih tak berkesempatan..so malam2 gini tukar yer pada resepi masakan berasaskan telur yang agak unik namanya...saya pun xtau mana datangnya nama bagi lauk telur ini mungkin ada petani yang suka makan lauk telur ini dah disuruh pula isteri atau anaknya yang bernama Melor masak...hehehe memandai ajer saya kan.. tapi arwah bonda memang selalu juga masak telur macam nie dolu2 sedap dan tidak menjemukan walaupun bersantan...ok jom la kita semak resepi di bawah ini

Telur Masak Melor Tani

Bahan-Bahan:

5 biji telur ayam - xkisah gred apa A @ B
250 ml pati santan pekat
1 cawan jus asam jawa
1 cawan air
5-6 batang cili hijau di belah dua memanjang
6 ulas bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1camca lada hitam - ditumbuk kasar (lupa nak letak tadi)
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dihiris hingga berbau harum dan layu, masukkan juga lada hitam yang ditumbuk kasar. Masukkan pula air dan santan, kacau selalu supaya x pecah santan.
2. Bila agak mendidih masukkan jus asam jawa dan cili hijau yang dibelah 2, dan masukkan juga garam.
Masukkan telur yang dipecahkan sebiji2.
3. Masakkan dengan api sederhana hingga telur masak dan padamkan api. Hidangkan bersama nasi putih
 sedap...cubalah...