Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Tuesday, November 6, 2012

Burger Masala ....with garam masala onion..


Assalamualaikum...

Apakabar kawan2 semua semoga anda semua ceria disamping keluarga tersayang.  Hari ini saya nak berkongsi satu resepi tertungguk yang mudah,  saya buat minggu lepas rasanya..iaitu burger dengan sedikit kelainan kerana saya perisakan dengan garam masala sejenis rempah campuran kaum India dan juga saya letak caramelized onion yang saya buat campur dengan garam masala juga...sedappp u rasa dia bagi sesiapa yang tak pernah mencuba garam masala nie x berapa kari langsung ianya rempah2 campuran ketumbar, jintan manis, serbuk lada, kunyit, lada hitam sedikit dan campur2an rempah lain tapi tiada kari di dalamnya.
Ok saya terus tulis resepi mudah untuk burger dan bawang masala nyer sekali ok...

Burger Masala....

Bahan-Bahan:

Daging Burger - secukupnya ikut berapa yang kita nak buat (saya guna jenama ramly)
Roti Burger - secukupnya
sedikit rempah garam masala
sedikit sos tiram
sedikit butter/majerin
bahan2 sayuran
Daun Salad secukupnya (saya guna butterhead salad)
Hirisan Tomato secukupnya
Hirisan Timun secukupnya
Sos Cili dan Mayonis secukupnya

Bahan untuk caramelized onion masala:
1 labu bawang besar holland - dipotong dua dan dipotong/dihiris
1 camca teh garam masala
1 sudu makan sos tiram
sedikit garam dan sedikit minyak untuk menumis.

1. Mula2 sediakan bawang dahulu, panaskan sedikit minyak dalam kuali masukkan bawang besar holland yang dihiris gorengkan sehingga layu dan berbau harum. masukkan garam masala diikuti dengan sos tiram dan sedikit garam balik2kan dan padamkan api.
2. Untuk sediakan burger gorengkan daging burger di atas nonstick pan tak perlu letak minyak sebab daging burger akan keluarkan minyak sendiri. balik2kan kedua2 bahagian, apabila daging burger separa masak belah di tengahnya taburkan dengan sedikit garam masala dalam 1/4 camca teh serta 1 camca teh sos tiram di tengahnya dan juga kiri kanan daging, sambung goreng hingga masak. ketepikan.
3. Untuk sediakan burger roti burger di belah 2 sapukan dengan sedikit butter/majerin, panaskan sekejap atas nonstick pan. Letakkan roti bersama daging burger sapukan dengan sedikit mayonis dan lapiskan dengan bawang masala tadi dan susunkan sayuran salad, timun dan tomato boleh tambah sos kegemaran masing2 sedappp, cubalah..


No comments:

Post a Comment