Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Monday, February 18, 2013

Roti Naik..again n again..


Assalamualaikum...

Salam Isnin 18 Februari...apa kabar kawan2 dan pengunjung ZLC yang saya rindui...wahhh lama betul saya tak menjengah ke blog...huhu..ke-->busy--an melanda tu yang asik ler tertangguh nak masukkan entry..sebenarnya ada gak yang boleh saya kongsikan dengan kawan2 disini tapi nampaknya baru hari ini ada kesempatan untuk menulis di blog..





Ok lah tak boleh nak bercerita panjang di sini sebab ada lagi tugas2 yang perlu disiapkan tapi saya luangkan sedikit masa untuk kawan2 semua k..sebenarnya roti naik nie saya buat pagi ahad..semalam la tu..al kononnya terover rajin...sebenarnya ada permintaan adik saya bedah dah berapa kali kata nak buat roti naik jadi kakak tebabom dia nie pun mula la projek meroti pepagi hari...n alhamdulillah menjadi cantik n gebusss jer u..memang sedap makan panas2 apa lagi saya, bedah, sara pun dok ngap la roti panas2 yang sangat harum baru keluar oven.. jom kita tengok resepi yang saya cnp dari blog saya nie jugak sebab dah beberapa kali buat roti nie seperti di  SINI  ..k kawan2 cuba tauuuu..


ROTI  NAIK

Bahan-Bahan

1 kg tepung gandum - diayak
1 paket yis kering (11gram)
1/2tin susu pekat mnis*
3 sudu makan susu tepung * (yang ini saya tambah)
1 1/2 mug air suam* (kali nie saya guna 3 1/2 cawan air /sebab banyak air bergantung pd jenis mutu tpung yang diguna)
sedikit pewarna kuning* - bahan2 bertanda * dibancuh
 3/4cawan gula pasir
70 gm butter (>< 3 sudu makan)
garam secubit
1/2 cawan minyak masak (saya guna minyak canola)- ini untuk diletak atas doh yg siap digaul
sedikit butter untuk brush atas roti bila roti dah masak..

 Cara:

1. Mula2 buat bancuhan yis dulu dalam mangkuk kecil (Campurkan 2 sudu besar tpg gandum, 1 pket yis dengan 1/2 cwn air suam gaul rata biarkan naik kembang dlm 10 -15minit
2. Dalam mangkuk adunan masukkan tepung gandum, gula, butter garam n bancuhan yis td..
gaulkan dahulu bahan-bahan ini (rub in method jadi mcm breadcrumb)
3.Seterusnya masukkan bancuhan bertanda* gaulkan seperti kita membuat jemput2 sehingga ratal tak perlu diuli kuat2 cukup sekadar doh bergaul sebati.
4. Setelah doh siap diadun..letakkan 1/2 cawan minyak masak di atas doh biar kan lebih kurang 45 hingga 1 jam atau doh naik sekali ganda..
5. Griskan loyang yg sesuai saya guna tray empat segi 8"x8 dapat dalam 3 tray.. Untuk bentukkan roti ambil doh sebesar bola pingpong adunan di bulat2 kan sedikit dan susun dlm loyang rapat2...rehat kan adunan yg dibentuk tadi dalam 20-30 minit
 6. Panaskan oven 180C api atas bawah dan bakar selama 30 minit..dan tambah lagi 10-15 minit api atas bawah..bila dah berwarna kuning cantik keluarkan dari oven teruslah brush gan butter atas roti..selamat mencuba..sedap dimakan panas2  bila dah sejuk pun tetap lembut dan roti ini tahan lama juga 2-3 hari..
Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment