Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Tuesday, May 28, 2013

Udang Goreng Cheese...

Assalamualaikum..

Salam selasa dan selamat petang untuk semua kawan2 yang saya sayangi...buat apa tu...ada yang sedang termenung yer..memikirkan apa la agaknya tu..ke sedang mencari idea apa nak dibuat untuk minum petang hari ini...masa cuti2 sekolah begini pastinya ibu-ibu sentiasa memikirkan apa yang hendak di masak untuk anak2.. Kalau dah kebuntuan idea apakata beli sahaja goreng pisang ke goreng keledek ke...atau buat sandwich sardin untuk minum petang anak2 sesuai jugak...hehehe mcm2 la saya nie apa yg ...sebenarnya saya yg kat opis nie yg sedang memikirkan apa ekk nak mamam petang2 gini...huhu cuti2 sekolah nie mcm2 lak nak melayan tekak yer...

Asik ler bercerita bab nk mengemuzzz kan body ekk kita stop dolu sebab nak kongsi gan kawan2 semua satu lagi resepi ala2 utk mengemuks kan juga nie tapi memang sedap dan sangat disukai oleh anak2 buah saya terutamanya Sara, Aina dan Iqin dan yang lain2 pun termasuklah mak j pun suka gak...hehehe..ok teruslah kita tengok resepi mudah di bawah ini ok..

Udang Goreng Cheese

Bahan-Bahan:

500 gm udang (dibuang kepala dan kulit tinggalkan ekor sahaja)
4 ulas bawang putih - di cincang
2 sudu makan butter
1/2 cawan susu cair + xtra 3 sudu makan susu cair
1/2 cawan air
2 keping keju (cheese apa2 jenama boleh)
1 biji putih telur
1/2 camca teh serbuk lada sulah
secukupnya tepung jagung ( 3-4 sudu makan)
sedikit garam
minyak masak untuk mengoreng udang.

Cara:

1. Mula2 bersihkan udang, buangkan bahagian kepala tinggalkan janggut2 udang sahaja sebab bahagian ini yang manis, kulit udang di buang tinggalkan ekornya. basuh dan toskan.
2. Pukul putih telur, bersama lada sulah dan 3 sudu makan susu cair. Panaskan minyak untuk menggoreng udang bila minyak dah panas celupkan udang dalam bancuhan telur yang dipukul tadi dan golekkan pula di atas tepung jagung, gorengkan udang sehingga kuning keemasan dan angkat serta ditoskan.  Buat sehingga semua udang digoreng.
3.  Dalam kuali lain cairkan butter dan tumiskan bawang putih yang dicincang sehingga berbau wangi dan harum, masukkan susu dan air, bila agak mendidih masukkan cheese dan biar cheese mencair, masukkan pula udang yang telah digoreng tadi.
4. Balik2kan sehingga semua udang berpalut dan sebati, perisakan dengan sedikit garam. Bila udang dah berpalut nampak macam cheezy sos angkat dan hidangkan. Sanggat sedap di makan begitu sahaja atau dengan nasi putih.



Sunday, May 26, 2013

Bepang Badam @ Crunchy Caramel Almond...

Assalamualaikum...

Salam hujung minggu dan selamat bercuti bagi semua yang sedang bercuti, almaklumlah cuti sekolah selama 2 minggu dah bermula pada hari Jumaat lagi iaitu sehari lebih awal kerana ada perayaan Hari Wesak.. Apakahbar kawan2 serta pengunjung ZLC yang saya kasihi semoga anda semua sihat dan ceria selalu di samping anak2 dan keluarga tercinta.

Bagi ibu-ibu yang anak2 sedang cuti sekolah pastinya keadaan di rumah bertambah meriah atau riuh rendah sebab semuanya balik bercuti...macam kat rumah saya nie jugalah riuh ajer bila Sara n Aina tak bersekolah abg dorang yeyed yang tingal di asrama pun ada...cuma Hawa yang di Madrasah sahaja belum dapat bercuti.  Awal cuti anak saudara saya yang berdua lagi iaitu Iqin dan Aishah ke KL bersama ibu mereka sebabnya Aishah akan memulakan sesi pengajian di UM, Aishah dapat masuk Asasi Sains Hayat semalam melapor diri masuk ke kolej 12..pandai2 lah bawa diri Aishah yer semuanya perlu buat sendiri dan yang pentingnya kena berusaha gigih bila dah jadi student di IPTA tu..

Ok kita tinggalkan citer anak2 yg bercuti dan kak esah yg dah masuk U..sekarang saya nak berkongsi gan kawan2 semua resepi mudah untuk buat bepang badam@crunchy caramel almond @florentine cookies...sebenarnyakan cemilan atau snack ini sekarang ini sangat popular di talian internet seperti di facebook sana sini ada yang menjual secara online tapi harganya boleh tahan mahal..oleh kerana saya teringin sangat nak buat dan nampak pulak di blog Puan Azlita Aziz di blog Masam Manis tu tunjuk kan snack@cookies yang sangat sedapppp ini saya pun sangat teruja untuk membuatnya sendiri..

Bila ke kedai barang2 kueh Bake Well di BBU untuk beli bahan2nya memang la mahal..so bagi sesiapa yang membeli secara online tu tak perlu terkejut sebab dijual mahal cookies nie kalau buat sendiri pun sama gak mahal bahan2nya tapi kepuasan tu ada sebab berjaya di buat sendiri...walaupun sangat mudah dan x banyak bahan, tapi hasilnya memang sedap sangat2 weiiii berbaloi dengan harga bahan yang dibeli saya buat hanya setengah adunan dari yang saya tengok resepi pn Azlita tu kalau nak tengok yang chantek n molek silalah ke blog berkenaan disini  anyway Tqvm sebab saya selalu juga ambil resepi dari blog yang sangat cantik semua hasil tangan pn Azlita tu...

Jom  tengok resepi mudah di bawah:

Bepang Badam@Crunchy Caramel Almond
Resepi : Pn Azlita@MasamManis

Bahan-Bahan:

100 gram - tepung florenta (beli di kedai baking - 1pek 500gm =rm19.50)
100 gram - Badam Hiris
50 gram - Kuaci Hijau
10 gram - Jintan Hitam (saya xletak xder)

Cara:

1. Mula2 Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven 5 minit cukup - supaya garing sedikit (saya dah terover perang sikit)
2. Masukkan kedua2 bahan badam dan kuaci dalam mangkuk berserta tepung florentina kalau guna jintan hitam masukkan sekali dan di gaul rata.
3. Panaskan oven dan sediakan loyang pembakar saya gunakan loyang kek 8 x 8 alaskan dengan kertas silicon boleh beli di kedai baking juga. saya guna parchment paper hari tu..lebihkan sedikit di kiri kanan kertas alas supaya senang nak kuarkan nanti.
4.  Masukkan badam dan kuaci yang dah di gaul dengan tepung florentine ke dalam loyang dan ratakan.
Bakar dalam oven selama 10 minit dengan suhu 160'C.
5.  Bila dah masak terus keluarkan dari oven dan potongkan semasa ia masih panas sebab bila dah sejuk payah nak potong patah2kan ajer kalau tak di potong semasa panas.  Sejukkan dan siap untuk dihidang...sedappp cuba yer kawan2..

Monday, May 20, 2013

Rojak Tahu...

Assalamualaikum...salam Isnin untuk semua kawan2 dan anda diluar sana...apa kabar yer semua.  Semoga sentiasa sihat dan ceria di samping menjalani tugas harian.  Saya alhamdulillah sihat juga cuma kerajinan untuk menulis di blog tu belum ada...sebenarnya ada gak bahan yang boleh di kongsikan tapi kesempatan dan waktu sangat mencemburui saya...cewah kemain cemburu2 x main la ekk jeles2 nie..muahahaha..

Oklah kita terus sahaja tengok resepi mudah yang memang senang untuk dibuat dan berkhasiat bagi pengemar2 tahu dan rojak macam nie memang x jemu dimakan..next time saya nak buat tahu bakar sendiri pulak sebab selalu makan di kedai atau restoran ajer..padahal nak buatnya pun mudah dan senangkan..


Rojak Tahu

Bahan-bahan:

5 keping tahu - di goreng embal (goreng tak garing)
1 batang timun
1 cawan togey - secukupnya (dibuang ekor)

Bahan Kuah:
secukupnya >< 1 cawan kacang tanah kisar
10-15 batang cili padi (atau secukupnya)
3 ulas bawang putih
2-3 biji limau kasturi
kicap lemak manis secukupnya
sedikit gula -jika perlu

Cara:

1. Mula-mula sediakan kuah rojak - gorengkan cili padi bersama bawang putih, masukkan kedalam blender bersama kicap dan perahan jus limau kasturi, Blender hingga halus, masukkan dalam mangkuk bahan yang telah diblender tadi, masukkan kacang tanah kisar dan gaulkan, rasakan kesesuaian rasa kalau perlu tambah gula atau jus limau kasturi.
2.  Tahu yang digoreng di potong persegi kecil, timun dikupas kulit belah 2 dan hiriskan, taugey boleh sama ada dicelur sebentar dengan air panas atau di biarkan mentah sahaja.
3.  Cara menghidang letakkan timun hiris di piring atau pinggan letakkan taugey di atasnya dan susunkan pula tahu yang di hiris, siramkan kuah rojak di atasnya dan akhir sekali taburkan dengan sedikit kacang tanah kisar di atasnya.  Hidangkan..sedappp cubalah.

Thursday, May 16, 2013

Terima Kasih Cikgu...Jasamu Anugerah Tidak Ternilai..


Assalamualaikum...

Salam Khamis tanggal 16 Mei 2013...merupakan hari sambutan Hari Guru buat semua insan yang bergelar guru atau cikgu..bagi semua guru2 yang telah menabur bakti dan membanting keringat dalam mendidik anak bangsa agar menjadi insan yang mulia, sempurna dan berjaya.

Tiada kata-kata yang dapat diucapkan selain ucapan jutaan terima kasih kerana jasa anda mencurahkan ilmu dan mendidik kami semnua sehingga menjadi saya dan kami semua seperti hari ini...tanpa guru tiadalah mereka2 yang dapat mentadbir negara, berjasa kepada rakyat jelata, taat akan perintah agama...sebegitu besarnya jasa seorang guru dari itu untuk semua guru2 terutamanya guru2 yang pernah mendidik saya di SK & SMK IJ Convent, Johor Bahru juga buat Cikgu Suniza bff saya..semua guru2 di sekolah saya  SKPT2
kalau nak sebutkan nama mereka satu persatu sangat panjang, mantan guru2 yang pernah berkhidmat di sekolah saya bertugas ini, kak yatie di sarawak, choo bteen, cikgu Rohaiza di Perak dan semua rakan2 yang menjadi guru, saudara mara, kakak saya  buntat, kak z, acheh n semua2nya..selamat Hari Guru Jasamu Anugerah yang tidak ternilai..

Sunday, May 12, 2013

Puding Samolina ~~segera..


Salam Ahad..selamat hujung minggu dan..Assalamualaikum untuk semua, apa kabar kawan2 semoga sentiasa sihat dan ceria bersama keluarga...dah minum petang lum kawan2..mungkin ada yang sedang meraikan hari ibu hari ini dengan hidangan minum petang yang istimewa sama ada di rumah atau ada yang membawa ibu untuk jamuan di hotel..baguslah kalau macam tu..kerana kita sepatutnya meraikan ibu kita sebenarnya bukan setakat setahun sekali tapi berkali2 atau setiap hari kalau boleh...kalau di bandingkan dengan jasa ibu yang membesarkan anak2 hingga menjadi anak yang sempurna saya rasa memang tidak ternilai pengorbanan seorang ibu...Justeru itu untuk semua anak2 sayangilah ibu anda setiap hari, setiap saat dan ketika..kerana setitis air mata ibu tidak dapat di bayar walaupun dengan segunung emas. Selamat Hari Ibu untuk semua..

Ok kita tinggalkan kisah hari ibu, saya hari ini nak kongsikan dengan kawan2 resepi hidangan pencuci mulut yang mudah saya buat puding ini masa masak laksa johor minggu lepas, kalau tak ada idea apa hendak di buat atau kesuntukan waktu kerana ada tetamu yang datang boleh juga sediakan puding seperti ini..rasanya lemak2 manja gitu..cara nak memasaknya pun mudah macam kita buat puding kastad...jom kita semak resepi di bawah

Puding Samolina

Bahan-Bahan:

2 cawann - semolina @ tepung suji
1 tin susu cair
8 cawan air
3/4 cawan  gula pasir
1/2 cawan kismis kuning
1 camca teh esen vanilla

Cara:

1.  Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam periuk kacau dengan senduk kayu dengan api yang sederhana hingga adunan puding mendidih dan memekat, kacau selalu.
2.  Masakkan puding ini macam kita buat puding kastad, sehingga gelembung2 angin keluar  (blup,blup,blup) bunyi dia...x reti nak discribe la tu. Bila dah masak elok padamkan api dan sendukkan puding ke dalam mangkuk2 puding atau bekas bersesuaian..Puding ini sesuai di hidangkan secara individual kerana ianya agak lembut makan guna sudu.  sejukkan terlebih dahulu sebelum di hidangkan.  Kalau suka boleh juga di letakkan buah2an campuran fruit cocktail di atasnya semasa menghidang. selamat mencuba...

Saturday, May 11, 2013

Selamat Hari Ibu...


Assalamualaikum...

Salam hujung minggu buat semua kawan2 dan pengunjung ZLC yang saya kasihi sekelian, esok 12 Mei merupakan hari ibu yang di raikan untuk sekelian ibu2 di seluruh dunia.  Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu buat semua yang bergelar ibu...dan yang tidak bergelar ibu tapi bergelar ibu saudara, ibu angkat, dan sebagainya juga Selamat Hari Ibu buat anda...bagi anak2 yang masih mempunyai ibu..sayangilah ibu anda dan hargailah mereka selagi hayat mereka ada..tiada orang yang akan dapat mengantikan ibu kita di dunia ini..untuk yang telah ketiadaan ibu seperti saya hanya doa dapat di utuskan Al-Fatihah buat bonda yang amat dirindui Zahriyah binti Jabid.. buat adik saya Bedah selamat hari ibu semoga tabah untuk membesarkan anak2 walaupun bersendirian...InshaaAllah saya akan sentiasa memberi dorongan dan sokongan..pada kakak2 dan adik, kawan2 semua selamat hari ibu..Sesungguhnya pengorbanan kalian tidak ternilai.. Kasihnya ibu membawa ke syurga..amin..

Thursday, May 9, 2013

Laksa Johor ~~Mengamit Memori..


Assalamualaikum...apa kabar kawan2 semua..semoga semuanya sihat dan ceria di samping keluarga dan teman2 tersayang..saya alhamdullilah seadanya..petang-petang begini kalau dapat menikmati sepiring rojak tahu atau petis atau rojak tahu di lawankan pula dengan ais kacang tentu terasa nyamankan..wahhh dah mula berangan nampaknya saya ini..memang kena la cari kalau dah teringat2 dan terbayang2kan kawan2..

Berbalik pada tajuk entry saya pada kali ini merupakan kenangan indah bila makan laksa johor so ianya tidak ada kena mengena gan angan2 saya untuk makan rojak petis atau rojak tahu hehehe..seperti lazimnya Laksa Johor yang sangat terkenal dan popular di Negeri Johor memang amat digemari oleh orang2 Johor tapi saya rasa ianya di sukai oleh ramai di serata Malaysia..Laksa Johor yang merupakan hidangan warisan masyarakat Melayu Johor sebenarnya merupakan gabungan Spagetti sebagai bahan utamanya yang digandingkan  dengan kuah laksa yang diperbuat dari ikan dan santan juga rempah yang dimasak sebati ...bila nak makan pula kena ada pelengkapnya ulam2an seperti taugey, timun yang dimayang halus, daun kesum dan daun selasih yang di hiris nipis, bawang besar hiris, lobak asin dan juga sambal belacan dan perahan limau kasturi...pehhh kalau dapat sepinggan laksa yang dimasak sendiri memang terasa nikmat bila nak makan kena gunakan tangan..memang terbaik...

Sebenarnya adik saya Chef Bedah telah memasak seperiuk kuah laksa sehari lepas hari Pilihanraya jadinya kami ajaklah adik beradik yang lain, memang seronok bila dapat makan ramai2 macam nie..dan alhamdullillah 3 paket laksa yang direbus selesai..dan bila makan Laksa Johor ini memang teringat akan arwah abah kami yang sangat suka makan laksa..dan adik saya tu selalu teringat Laksa yang digaul oleh tangan abah jadinya bila abah dah mengaul laksa kami pun menghulurkan mulut masing2 untuk di suap laksa Johor yang sangat sedap..inilah yang dinamakan suapan kasih sayang oleh seorang abah..Al-Fatihah untuk Abah  Sheikh Ismail bin Bakar.  Sehingga kini pun kalau ada adik beradik yang lain yang mengaul Laksa Johor pasti Bedah nak rasa..yerlah mana tau sama dengan rasa suapan yang pernah kami makan dari tangan Abah..tapi nampaknya memang tak sama sebabnya bukan yang digaul oleh abah yang kami rindui selalu.

Itulah sebahagian kenangan yang tak dapat kami lupakan bila makan Laksa Johor dan kenangan indah ini tak mungkin akan luput dari memori kami..dan untuk kawan2 semua saya nak kongsikan resepi Laksa Johor yang dimasak oleh adik saya Bedah, saya cuma tolong siapkan ulam-ulamannya sahaja..ok jom kita tengok resepinya yang saya copy n paste dari entry yang pernah dimasukkan di SINI  sebelum ini.


Laksa Johor

Bahan-Bahan:

1 paket spaghetti di rebus hingga lembut dan ditoskan airnya capkan (orang johor mesti pandai cap laksa sama ada bentuk simpul lapan atau punjut macam siput) jadi cantik bila menghidang

Bahan untuk Kuah Laksa:
1 kilo ikan kembung - direbus dan diambil isinya sahaja diblend halus dengan air rebusan ikan tadi (kalau nak guna ikan parang atau ikan lain yang sesuai untuk laksa pun boleh)
1/2 cawan udang kering - direndam sebentar dan di tumbuk - kalau ada isi kurau masin pun sedap
1/2 kilo santan (beli dah siap di pasar) kalau x perah kelapa 2 biji dan dapatkan >< 1 liter pati santan pekat
Air secukupnya - anggaran 1.5 - 2 litter
5 sudu besar serbuk kari ikan - jadikan pes (bancuh dengan sedikit air)
5 biji bawang besar - di blender halus
6 ulas bawang putih - diblender halus
4 batang serai - diblender halus
2 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit
4-5 keping asam keping/gelugor -direndam sebentar
semangkuk kecil kerisik yang dibuat dari sebiji kelapa parut sangai dalam kuali sampai kuning keemasan dan kisar kering sampai keluar minyaknya. = kalau tak ada beli ajer yang dah siap
minyak untuk menumis
garam secukup rasa.

Bahan-Bahan untuk ulaman laksa:
Taugeh secukupnya - dibuang ekor
Timun dalam 2 batang - di buang kulit dimayang bulat (jgn sampai perut timun) dan dihiris halus
Daun Kesum - secukupnya dihiris halus
4 biji bawang besar - dihiris halus
Sedikit Lobak Asin - direndam sekejap - dicincang halus atau blender kering
Sambal belacan secukupnya
Limau Kasturi secukupnya di belah 2

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang blender, serai halia dan lengkuas hingga agak garing dan berbau harum. Masukkan serbuk kari yang telah dijadikan pes tadi, tumiskan sehingga pecah minyak dan masukkan air diikuti dengan isi ikan yang telah diblender dan udang kering yang ditumbuk atau kisar.
2.  Masakkan sehingga kuah agak mendidih dan masukkan santan pekat dan kacaukan selalu. Masukkan pula kerisik dan gaul rata. Kemudian masukkan pula asam keping dan garam. Masak sehingga kuah laksa sebati dan biarkan lama sedikit atas api yang sederhana rasakan kesesuaian rasa kalau nak tambah garam ke atau perasa.
3. Bila kuah agak memekat dan sebati boleh dipadamkan api dan hidangkan bersama spaghetti dan ulaman2 berserta sambal belacan.

*Nampak macam rumit nak sediakan bahan2 laksa tapi berbaloi bila masak sendiri puas makan dan dapat seperiuk saya rasa kuah yang sebanyak resepi di atas boleh buat untuk 2 paket spaghetti....
opss lupa pulak kalau orang johor makan laksa pakai tangan sedap u...sehingga menjilat jari..sedap cubalah...

Tuesday, May 7, 2013

Sup Merah Makaroni Dengan Bebola Daging

Assalamualaikum...

Salam Selasa dan salam sejahtera untuk semua...alhamdulillah bertemu kita sekali lagi di alam maya setelah 2-3 hari saya agak sibuk dengan urusan PRU jadinya setelah segalanya selesai saya dapatlah kembali bersiaran seperti biasa dengan entry yang ringkas dan mudah.

Hari ini saya nak berkongsi dengan kawan2 semua resepi Sup Merah Makaroni dengan Bebola Daging mini sebab daging yang di kepal menjadi bebola yang comel2 ajer size nyer..kalau kita buat bebola daging atau meatball sendiri gunakan daging kisar memang sedap tau kawan2 sebab rasa dagingnya tu lembut dan tak lah berasa tepung semata..macam yang kita beli yang siap di proses tu..cumanyer kalau ada masa dan kerajinan bolehlah mengentel bebola sendiri kalau tak masih boleh beli yang siap di proses..ok jom la terus kita tengok resepi yang mudah di bawah ini ok...

Sup Merah Makaroni dengan Bebola Daging

Bahan-Bahan

2 cawan makaroni - di rebus hingga lembut dan toskan.
400 gram daging kisar
1/2 tin - > < 250 gram tomato puree
1 senduk nasi - cili kisar
2 biji bawang besar - dikisar halus
5 ulas bawang putih- dikisar halus
1 inci halia - dikisar halus
3-4 sudu makan tepung jagung
1/4 camca teh lada sulah
1 cawan tomato cerry
4 biji kentang - potong kiub sederhana kecil
Secukupnya air kalau nak sup banyak lebihkan air
(lebih kurang 1.5 - 2 liter air)
sedikit tepung jagung >< 3 sudu makan dibancuh dengan air - untuk pekatkan sedikit sup
garam dan gula sebagai perisa 
sedikit minyak untuk menumis

Cara:

1.  Mula2 sediakan bebola daging, masukkan daging cincang ke dalam mangkuk campurkan sedikit garam dan 1/4 camca teh serbuk lada sulah, masukkan juga tepung jagung dan gaul rata, buatkan bebola daging sebesar size guli sederhana kecil, kalau nak buat size besar pun boleh, buatlah sehingga semua daging siap jadi bebola.
2. Masakkan air angganran setengah periuk atau secukupnya untuk merebus daging sebentar. Bila air telah mendidih masukkan daging dan apabila daging bertukar warna bolehlah diangkat dan ditoskan. ketepikan.
3.  Dalam periuk lain panaskan sedikit minyak masak untuk menumis, tumiskan bawang besar yang diblender bersama bawang putih dan halia serta cili yang dikisar sehingga naik minyak dan agak garing, masukkan pula tomato puree dan tumiskan sehingga warnanya cantik merah.
4. Masukkan pula air secukupnya dan biarkan sehingga sup mendidih masukkan pula kentang dan daging yang telah direbus sekejap tadi.  Bila kentang dah empuk masukkan pula makaroni dan perisakan dengan garam dan gula sedikit supaya rasa dia seimbang, masam2 pedas dan masin.
5. Masakkan sup ini dengan api yang sederhana kecil dan didihkan sehingga masak elok, masukkan sedikit bancuhan tepung jagung dan didihkan sup sebentar lagi sehingga agak sedikit memekat, akhir sekali masukkan tomato cheery dan bolehlah dipadamkan apinya.  Hidangkan panas taburkan dengan sedikit bawang goreng dengan daun sup dan daun bawang yang dihiris halus jika ada.  Boleh dimakan begitu sahaja atau dimakan dengan nasi.  Sedap..selamat mencuba

Friday, May 3, 2013

Potato Wedges...buat sendiri..


Assalamualaikum...salam Jumaat yang penuh barakah buat semua penggunjung alam maya ZLC dan teman2 yang saya kasihi..semoga di hari jumaat penghulu segala hari ini kita semua diberikan kesihatan yang baik di beri kesabaran dan dipermudahkan segala urusan yang kita lakukan. 

Tinggal sehari sahaja kita semua rakyat Malaysia akan menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihanraya Umum ke 13 hari ahad ini 5 Mei 2013..Alhamdullillah saya telah menjalankan tanggungjawab saya sebagai pengundi pos kerana pada hari Pilihanraya nanti saya akan menjadi petugas SPR di pusat mengundi di SKPT2..kalau nak tau apa yang telah saya pangkah pastilah saya memilih keamanan, kestabilan dan kesinambungan kemakmuran yang telah kita kecapi selama ini..dan yang pastinya saya tidak akan mengadaikan apa jua bentuk kelainan atau pembaharuan yang dilaungkan oleh banyak pihak..bagi saya apa yang kita lalui sekarang ini telah terbukti berada pada landasan yang betul..cumanya perlu diperbaiki dari semasa hingga ke semasa...terpulanglah kepada hak kita sebagai rakyat yang cintakan keamanan dan demokrasi untuk memilih yang terbaik di bumi bertuah Malaysia yang kita sayangi ini..Kalau nak cerita pasal politik n pilihanraya yang cuma di adakan 5 tahun sekali ini memang seronok rasanya..jadi demam pilihanraya ini memang menjadi isu hangat yang di perkatakan di sana sini..di kedai2 kopi, warung2, pejabat malahan di rumah juga..jadinya bagi mereka yang akan mengundi pada 5 Mei ini selamat mengundi saya ucapkan dan jalanlah tanggungjawab  anda dengan sebaiknya.

Ok kita hentikan cerita pilihanraya ini setakat ini sahaja sebab saya nak kongsikan dengan rakan-rakan semua resepi mudah potato wedges yang saya buat sendiri untuk sarapan pagi semalam..saya nie memang pengemar kentang goreng x kira la kentang goreng shoestring ke crinkle cut ke wedges ke semua saya suka..so jom la kita tengok resepi mudah di bawah ini ok..makan panas2 dengan cili sos n mayonis memang mabelessss la kalau atau cheezy sos lagi la terangkat kan...hehehe..

Potato Wedges

Bahan-Bahan:

4-5 biji kentang bersize besar - kupaskan kulit dan dipotong baji - wedges
1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan tepung gandum
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1 camca teh serbuk perasa knorr pasti sedap
garam sedikit atau secukup rasa sahaja - sebab dah letak serbuk perasa knorr pasti sedap
air secukupnya >< 1 cawan (supaya bancuhan tepung tidak terlalu cair atau pekat)
Minyak masak secukupnya
Sos cili dan mayonis untuk pencicah

Cara:

1. Kentang yang telah dikupas dan dipotong baji, di rebus hingga empuk padamkan api dan toskan. Sejukkan sebentar.
2. Bancuhkan adunan tepung, masukkan kedua2 jenis tepung di dalam mangkuk bersama serbuk lada sulah, serbuk perasa knorr pasti sedap dan sedikit sahaja garam, masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul rata sehingga adunan tidak bergentel. Adunan better perlulah tidak terlalu pekat atau cair.
3. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan kentang yang direbus tadi ke dalam bancuhan tepung gaulkan dan gorenglah 7-8  potongan kentang jangan terlalu banyak sekali mengoreng, api semasa mengoreng boleh gunakan api sederhana kecil, balik2kan hingga kentang kuning keemasan.
4. Bila kentang dah garing angkat dan toskan minyaknya. Hidangkan panas bersama pencicah cili sos, mayonis atau apa sahaja pencicah pilihan anda sedappp cubalah.

Thursday, May 2, 2013

Puding Kastad Fruit Cocktail...

Assalamualaikum...

Salam Khamis buat kawan2 semua dan pengunjung ZLC yang saya kasihi...apa kabar semuanya semoga kalian sentiasa sihat dan ceria selalu..rindu rasanya bila lama tak menjengah ke blog.. Oleh kerana ada beberapa perkara yang tak dapat dielakkan dan kesuntukan masa jadinya baru hari ini saya dapat luangkan masa menjengah ke blog dan masukkan entry..

Hari ini saya cuma nak kongsikan resepi Puding Kastad Fruit Cocktail yang mudah bersama kawan2 semua cuma ada kelainan sikit di dalam pembikinan Puding Kastad kali ini sebab saya ada letakkan jagung cream style serta juga syrup fruit cocktail di dalamnya so agak lembut kejadian puding ini dan rasanya pun sedap..ok kita terus ke bahan2 untuk buat puding kastad ini ok...sebelum ini saya pernah buat di DISINI  


Puding Kastad Fruit Cocktail

Bahan-Bahannya
Untuk Puding:
1 Mangkuk tepung custard - saya guna mangkuk tafufa
1 mangkuk - air syrup fruit cockail
3 mangkuk air - gunakan mangkuk yang sama menyukat tepung kastad
1/2 cawan gula pasir
1 tin jagung cream style

Untuk Kuah Kastad:
1 tin susu cair
1 1/2 tin air
2 sudu makan tepung kastad - dibancuh dengan sedikit air
3/4 cawan gula pasir
1/2 cawan kismis -kuning

1 tin buah-buahan fruits cocktail
(Kalau suka boleh juga dicampurkan dengan laici atau longan)

Cara:

1. Mula2 buat puding, masukkan tepung kastad ke dalam periuk bersama, syrup fruit cocktail, air, gula dan jagung cream style..Kacau dengan api perlahan sehingga puding memekat dan mendidih..(blup..blup..blup gelembung angin kuar)
2. Bila dah masak elok masukkan puding kastad ke dalam acuan-acuan kecil atau loyang yang bersesuaian. sejukkan dahulu.
3. Sediakan pula kuah kastad, masukkan susu cair ke dalam periuk bersama 1 1/2 tin air, gula pasir, tepung kastad yang dibancuh dengan sedikit air dan kismis ke dalam periuk, masak di atas api kecil dan kacau selalu sehingga  kuah kastad mendidih dan masak. Padamkan api dan sejukkan kuah kastad.
4. Cara menghidang masukkan puding kastad ke dalam mangkuk puding, masukkan 2 atau 3 sudu atau secukupnya buah campuran fruit cocktail dan siramkan kuah kastad secukupnya di atas puding. Hidangkan sejuk.